Khamis, 19 Mei 2016

RAMADAN SEMAKIN HAMPIR.. ^_^

Dalam dua tiga minggu lagi kita bakal menghadapi bulan Ramadan. Ok la, sebenarnya aku tergerak nak tulis pasal Ramadan sebab 7 Jun 2016 (2 Ramadan 1437 ke berapa hijrah?) aku ada program Iftar bawah Persatuan SEEDS (Science Education Society). Aku bawah AJK Program. Jadi kami cadang nak buat tayangan video dalam 15 minit. Jadi aku pun menjelajah Youtube cari video-video pasal Ramadan. Dan, hasilnya, aku tak tau nak pakai video mana tapi tergerak pulak nak menulis.

Ok, aku tak tau nak bermula dari mana, tapi macam kita semua tau laa, bulan Ramadan ni bulan paling mulia dalam kalender Islam. Dan kita, sebagai orang-orang yang beriman wajib menjalankan ibadah berpuasa di siang hari sepanjang bulan Ramadan pada yang berkemampuan bersesuaian dengan dalil yang terkenal :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Di sini jelas dia sebut, 'orang-orang yang beriman'. Jadi ayat ini diturunkan di Madinah. Maka, sewajarnya kita sedar untuk menjadi seorang yang beriman, kita perlulah menunaikan ibadah puasa ni.

Lalu apa tujuan kita berpuasa? Ya dalam ayat ni disebut dengan jelas tujuan kita berpuasa adalah 'agar kamu bertaqwa'. Allah nak didik kita jadi orang yang bertqawa. Apa maksud taqwa. Buka buku Pendidikan Islam ada sebut, 'melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang Allah..' Ini yang aku ingat laa. Jadi apakah dengan berpuasa sahaja kita menjadi seorang yang bertaqwa. Jawapan dia mestilah tak. Yelah kalau kita puasa tapi tak solat, taqwa ke tu?

Berpuasa ni tujuan utama dia macam aku sebut tadi Allah nak kita jadi orang yang bertaqwa. Salah satu cara untuk didik kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Itu sebab, berpuasa ni bukan setakat menahan lapar, dahaga dan bersetubuh sahaja, tapi kita kena tahan diri buat segala apa yang dilarang. Dan itu sebab di bulan Ramadan, syaitan dari golongan jin diikat. Sebab Allah nak memudahkan kita beribadah di dalam bulan Ramadan. Allah nak memudahkan kita memperbaiki diri kita sepanjang bulan Ramadan. Supaya bila kita keluar dari bulan Ramadan, kita dapat sesuatu yang positif atau kebaikan atau seumpamanya.

Tapi malang sekali, berapa ramai antara kita (termasuk aku) yang berjaya dapat kebaikan tu? Sepatutnya dalam setiap kali kita keluar daripada Ramadan, kita jadi seorang yang lebih baik. So, sepatutnyalah, iman kita meningkat setiap tahun. Tapi masih ditakuk lama. Mungkin sebab 'mind-set' kita bulan Ramadan ni bulan ibadah tapi bila masuk Syawal, dalam kepala kita apa? Nak beraya atau teruskan ibadah bulan Ramadan tu? Selalunya kita tak teruskan pun kan.. T.T

Baru tadi aku dengar ceramah Ustaz Saiful kat Surau Ibnu Sina ni, dia ada sebut kat sini kalau satu Ramadan jemaah yang hadir melimpah ruah, tapi bila semakin susut hari demi hari. Aku rasa kat mana-mana pun macam tu. Pelik kita ni kan, awal Ramadan bukan main kita ke masjid tapi akhir Ramadan sibuk fikir raya. Sedangkan kita sendiri tahu 10 malam terakhir ada satu malam Lailatul Qadar, malam lebih baik dari seribu bulan.

Ok, aku sendiri pun tak tau apa aku merepek. Nak kongsi sikit Ramadan tahun 2014 aku. Kira ini merupakan Ramadan paling bermakna dalam hidup aku. Pertama sekali, buat pertama kali aku berjaya khatamkan satu Al-Quran untuk Ramadan. Rasanya tu je la sekali. Tahun lepas tak dapat. Ramadan 2014 (aku lupa tahun hijrah dia sebenarnya.. ) juga merupakan bulan yang betul-betul berjaya mengubah aku sikit. (tak banyak... sikit je..). Masa Ramadan tahun tu laa aku paksa diri aku pergi Subuh berjemaah dekat Masjid UPSI (masa tu aku masih diploma kat UPSI) dan solat-solat fardu yang lain aku berjaya berjemaah. Alhamdulillah aku berjaya kekalkan jugak lepas Ramadan tu walaupun kadang-kadang selalu je terlepas berjemaah kat masjid.

Dan Ramadan tahun 2014 masihi tu juga aku mula kenal dan rapat dengan masjid. Sebelum ni aku ke masjid solat jumaat je. Masa tu aku baru faham apa maksud bila ada ustaz-ustaz umpamakan Ramadan ni dengan madrasah. Sebab sepatutnya bulan Ramadan ni dia didik kita menjadi lebih baik. Jadi bila keluar kita jadi seorang hamba Allah yang meningkat ketaqwaannya.

Ok, akhir kata (uishh terus akhir kata...) untuk Ramadan tahun ni, kita tanamkan azam untuk kita berubah. Tak perlu tergesa-gesa sangat 1 Ramadan nak terawih 20 rakaat tahajjud sampai berpuluh-puluh. Buat perlahan-lahan pun tak apa. Masa Ramadan 2014 aku tu pun, awal-awal Ramadan, terawih aku dua rakaat je. Kadang-kadang lepas Isyak aku terus blah. Tapi Alhamdulillah aku usaha jugak sepanjang Ramadan tu tambah rakaat tarawih. Sampai lapan je, yelah masjid universiti selalu buat lapan je.

Semoga ramadan kali ni bermakna buat kita. Dan sama-sama kita doa Allah panjangkan umur kita sehingga Ramadan dan permudahkan usaha kita untuk berubah. Mula dari sekarang lagi elok. Tak payah nak tunggu Ramadan. Nanti dah masuk Ramadan senang, tinggal nak tambah dan tambah lagi je. Ok, sekian karangan aku ni. Ambil yang baik, yang tak betul tu janganlah ambil. :)


Ahad, 15 Mei 2016

Nakbah dan Hari Guru

16 Mei setiap tahun, kita menyambut Hari Guru. Sambutan yang kita semua pernah merasainya semasa di sekolah. Hari kita menghargai guru-guru kita atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka setiap tahun. Tidak dinafikan, sumbangan para guru dalam melahirkan generasi yang cemerlang amat besar. Guru merupakan salah satu kelompok atau komuniti yang sangat-sangat penting dalam sistem masyarakat kita dalam mencorak generasi akan datang. Lebih-lebih lagi di zaman serba moden ini, cabaran guru semakin sukar setiap tahun. Dengan kerenah pelajar yang semakin banyak ragamnya, 'kerja-kerja' selain mengajar yang perlu diselesaikan, dan ditambah pula oleh kerenah ibu bapa pelajar yang tak sedar diri.

Di kesempatan ini, sempena Hari Guru esok, terima kasih kepada semua cikgu, sir, teacher, ustaz dan ustazah, pensyarah dan semua tenaga pengajar yang pernah mengajar saya secara langsung atau tak langsung. Segala jasa tidak mampu untuk dibalas. ^_^ (ayat klise sangat rasanya.. huhu)

Tarikh sambutan Hari Guru Malaysia ini juga berdekatan (sesetengah kata sama) dengan tarikh hari penting di dalam Sejarah Umat Islam. Tanggal 15 Mei (atau 16 Mei atau 14 Mei.. perbezaan ini mungkin atas faktor perbezaan masa di setiap negara) 1948. Sejarah hitam untuk kita umat Islam. Hari di mana tanah Palestin dirampas secara rasmi dan jatuh ke tangan Yahudi Zionis. Semenjak Nakbah, rakyat Palestin merana dan terus merana sehingga ke hari ini. Tanah mereka dirampas, dibom dan sebagainya. Kini, setelah 68 tahun sejak peristiwa Nakbah, nasib rakyat Palestin masih belum terbela. Malah, negara-negara di sekitarnya seperti Syria menjadi semakin huru-hara.

Lalu, apakah kaitan di antara Hari Guru Malaysia dan Nakbah ini? Secara umum memang tak berapa nampak perkaitannya. Apa yang aku cuma nampak, peranan guru dalam memberi kesedaran kepada pelajarnya (khusus kepada yang beragama Islam) tentang penderitaan rakyat Palestin. Bukan sahaja Palestin tetapi kita lihat jiran-jiran di sekitarnya, Syria. Tanah Syria sedang bergolak. Syria dan Palestin termasuk dalam Tanah Syam. Memang di akhir zaman, tanah Syam bakal bergolak sebelum kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa untuk mengalahkan dajjal laknatullah.

Apa peranan kita? Apa yang sudah aku lakukan untuk membantu mereka? Hanya kata maaf yang mampu aku beri kerana hanya mampu berdoa serta menyumbang sedikit. T.T

Isnin, 21 Mac 2016

EDUCATION IN ANCIENT CHINESE CIVILIZATION

Ø  Historically, Chinese was a great empire ruled by a series of dynasties for more than forty centuries from 2200 BCE until 1912
Ø  Many its educational tradition (especially Confucianism), still have influence today.
Ø  The early Chinese were ethnocentric and believed their cultures are superior to all others. They refuse to adapt technology from other cultures until in 19th century, they are vulnerable to foreign exploitation
Ø  Chinese philosophy was more concerned about living here and now than with universal questions about afterlife and immortality of the soul.

THREE COMPETING PHILOSOPHIES
1.      Legalism
-          During Chin Dynasty, with the association of Shih Huang Ti, Legalism became imperial China’s official philosophy
-          Emperor’s edicts were unquestioned law. Legalism advocated a highly disciplined authoritarian government that would ruthlessly maintain order.
-          Fearing dissent, they imposed a strict censorship to repress alternative philosophies (eg: Taoism and Confucianism).
-          The purpose of education was to impose their definition of Chinese culture through indoctrination.
2.      Taoism
-          Associated with Lao Tzu.
-          Still influences Chinese culture and education
-          Alternative way to Legalism.
-          Tao Te Ching (The Way and Virtue), Lao Tzu began a philosophical search to find the path of true reality often hidden by appearances.
-          Advised people to stop trying to control other people
-          Education’s purpose is to encourage the self-reflection needed to find one’s true self and become free of the control of others.
3.      Confucianism
Replace Legalism when Han dynasty takes power
Need for harmony
-         Did not deal with theological or metaphysical issues about human relationship to God/Universe
-          Believed it was much more important to establish conditions for an ethical society than seek to answer unanswerable question.
-          Construct an educational philosophy based on ethical hierarchy of responsibilities began with emperor and going downward.
-          Idea of hierarchy can be depicted as ethical ladder (each rung is connected to people above/below
-          Major purpose of education is to maintain harmonious society
Rituals and manners
-          Emphasized civility-polite, correct and proper behavior. Believed that children learn to behave ethically when they have a clear role model. Teacher needs to personify this model
-          Maintains its social harmony as all its members learn and responsibly perform behavior their ranks require.
-          Established an academy to prepare students as officials in China’s Imperial Government. He set precise standards for admission to his school. Believes that high academic admission standards would select highly motivated students.
-          He taught rituals of polite behavior, court etiquette and ceremonies.
-          Developed well defined system of classroom management. Maintained a proper distance from his students but was approachable to them. He corrected and criticized his students in a positive and constructive ways.
-          Mentoring was important in Confucius’s philosophies of education. Confucius was esteemed by his students as ‘the master’
-          Confucian teacher is entrusted with guarding and transmitting the cultural heritage to maintain cultural continuity and school stability. The Confucian great books such as Classics of Change, Of Documents, Of Poetry, Of Rites, and the Spring and Autumn Annals. These text were used in Chinese education from 1313 – 1905.
Hierarchy
-          Confucius’s concept of hierarchical relationships, in which some individuals are superior and other subordinate.
-          People are accorded various levels of respect based on their position, status and achievements.
Respect for teacher
-          In China, teacher-student relationships were formal and followed hierarchical rules of approved behavior. Students behaved properly when they held their teachers in high regard and respect.
-          In China, Japan, South Korea and Singapore, Confucius is highly esteemed as the world’s greatest philosopher and educator. It shows how educational ideas and processes are transferred across cultures.
CHINA’S CONTRIBUTION TO WORLD AND WESTERN EDUCATION
-          National examinations
-          The examinations emphasized recalling memorized information rather than solving actual problems.
-          The examinations process, like the society, operated hierarchically and selectively, Students had to pass a series of rigorous examinations in ascending order. If they failed, they were dismissed from the process.
-          In imperial days, only a few finalists were eligible for the empire’s highest civil service position. The educational and examinations were reserved exclusively for upper-class males.
-          Now days, national examinations, especially for university entrance, dominate education in China, Singapore, Japan and South Korea. Other countries such as United Kingdom and France also require national tests.

Reference

            Ornstein Levine Gutek. Foundations of Education. s.l. : Wadsworth Cengage Learning.

Khamis, 10 Mac 2016

Masalah weiii..

Ok. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Tapi disebabkan soalan kalkulus yang menyerabutkan kepala aku membuatkan aku buka blog dan mula menulis. Jadi, kali ni aku nak merepek pasal masalah.

Setiap manusia mesti menghadapi masalah. Siapa yang tak ada masalah tu tak lojik sebab tiada masalah juga satu masalah. Tak faham? Baca beberapa kali sampai faham. Setiap manusia menghadapi masalah yang berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.

"Tapi masalah aku ni aku tak mampu nak lalui..."

Aku tak mampu nak cari jawapan lain selain ayat Quran paling terkenal yang telah digunakan sepanjang zaman,

...لا يكلف الله نفسا الا وسعها
Surah Baqarah ayat ke 286.

Maksud ayat ini adalah "Allah tidak membebani seseorang melainkan kesanggupannya.." Aku ni bukanlah ada ilmu sangat dalam bab tafsir Al-Quran. Jadi sebagai seorang yang noob aku hanya mengambil maksud ayat ni secara literal sahaja di mana Allah tidak akan menimpakan kita masalah yang kita tak mampu nak pikul.

Sejujurnya, aku banyak kali je fikir yang aku ni tak mampu nak pikul masalah yang aku hadap sekarang. Tapi sebenarnyalah lepas aku dah lalui masalah tu, tak kisah sama ada jumpa atau tak jalan penyelesaiannya atau masalah tu sekadar lenyap begitu sahaja, antara perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku adalah, "Eleh masalah kecik je. Kenapalah aku nak gelabah sangat dulu.."

Sebenarnya masalah atau dugaan atau ujian hidup ni (senang guna satu perkataan je... leceh nak taip banyak-banyak), mengajar kita untuk lebih matang. Ya.. aku tau ayat klise. Korang dah dengar benda ni beratus-ratus kalinya. Tapi benda ni laa yang kita akan ulang dan sebenarnya aku tak taulah, mungkin dari segi psikologi, aku rasa tenang sikit bila dengar ada orang cakap macam ni kat aku walaupun ayatnya dah diulang banyak kali.

Mungkin sebab tu kita kena baca Quran banyak kali. Lagi elok hafal semua. Sebab ayatnya walaupun ayat yang sama kita baca tapi dia punya kehebatannya tu tak akan pernah padam. Berapa ramai yang tau akan ayat 286 Surah Baqarah ni? Terlampau ramai. Boleh kata semua Muslim tau ayat ni. Tapi bila ditimpa masalah, kita sendiri akan berasa tenang bila dengar ayat 'klise' yang kita selalu dengar ni. Masha Allah, hebat sungguh mukjizat Al-Quran yang Allah turunkan kepada hambaNya.

Jadi, kepada sahabat, teman, siapa-siapa je la yang baca ni yang tengah hadapi masalah, lepas tu tak ada siapa nak dengar rungutan kita (macam apa yang aku lalui sekarang... weii rindu member upsi..), Allah sentiasa ada dengan kita. Sebenarnya ini lebih ditujukan kepada aku yang rasa kesunyian duduk kat UiTM ni ha.. Bukan sebab tak ada kawan. Aku ada ramai kawan dan sahabat kat UiTM ni. Alhamdulillah semua baik-baik, tapi biasalah, kita akan nak cari orang yang kita selesa untuk luahkan segala masalah.

Tapi manusia ni datang dan pergi. Hanya Allah yang ada dengan kita. Dia je yang boleh tolong kita. Mungkin Allah datangkan kesunyian kepada kita (kebetulan roomate aku balik, housemate aku semua hilang entah ke mana) untuk kita kembali kepadaNya.

Wahh.. sebagai seorang yang minat mengarang, menaip antara perkara yang memberi kepuasan. Apabila jari jemari mula menekan papan kekunci untuk menulis bait-bait ayat yang hebat.. ecehh... nak bersastera sekejap. ok dah.. sekian.

Isnin, 7 Mac 2016

Ijazah UiTM dan Diploma UPSI

Ok. Sekarang Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Aku mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) ; Kod: EDU 260 di Universiti Teknologi Mara. Fakulti aku (Pendidikan) kebetulan baru berpindah ke Kampus Puncak Alam. Jadi, aku nak cerita sikitlah perbezaan UiTM dengan UPSI (tempat aku buat diploma) ni.

Pertama, dari segi pengurusan semasa hari pendaftaran. Daripada apa yang aku lalui, UPSI lagi sistematik dan mudah. Aku tak pasti mungkin disebabkan fakulti yang baru sahaja berpindah menjadikan pengurusan UiTM lebih khusus, Fakulti Pendidikan agak kelam kabut sikit. Ikhlas kata, aku memang penat sangat masa hari pendaftaran. Penat sampai aku tak tertidur. Hari pertama sahaja dah kena fikir macam-macam benda. Dari tambah gugur kursus sehingga ke nak 'log in' wifi. Hehe

Kedua, dari segi kemudahan kolej. Keseluruhan UPSI lagi elok. Tapi UiTM tak adalah teruk. Walaupun sesetengah kolej (kolej aku) tak dapat wifi tapi ada kabel. Cuma kabel ada satu. Jadi kena kongsi atau guna 'hotspot'. Kafe untuk kolej pula tetap pada aku UPSI lebih elok dari segi susunannya tapi dari segi harga makanan UiTM aku rasa lebih murah dan berpatutan walaupun tidak begitu banyak pilihan yang ada.

Ketiga. Dari segi pengurusan (tadi masa pendaftaran, ni secara keseluruhan), pada aku pengurusan UiTM agak kelam kabut buat masa sekarang kerana fakulti baru saja berpindah. Jadi ada masalah dari segi kelas dan sebagainya. Aku sendiri ada kelas yang memerlukan aku untuk ke Kampus Induk di Shah Alam. Perlu tunggu bas selepas subuh. Memang memenatkan. Penyelaras kami juga tertekan dengan keadaan macam ni. Sebab baru pindah kan.

Keempat, dari segi pembelajaran. Aku rasa sama sahaja. Walaupun sebenarnya aku lebih berkenan dengan cara UPSI yang tak berapa menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Sebab aku tak begitu mahir dalam bertutur di dalam Bahasa Inggeris, UiTM sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Dalam perbentangan juga sesetengah pensyarah sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Tapi pada aku satu hari nanti perlu juga.. err... nantilah bincang pasal benda ni.. hehe

Kelima, dari segi rakan-rakan. Ok la juga. Walaupun tak seronok macam geng aku masa kat UPSI tapi baik-baik semuanya. Jaga hati masing-masing. Nanti lama-lama rapatlah juga tu. Yalah, masa kat UPSI jumpa kawan yang terus rapat macam dah jadi sahabat baik 10 tahun. Hehe

Keenam. Yang ni mungkin bukan perbezaan antara universiti. Ini lebih kepada perbezaan antara menjadi pelajar diploma dan pelajar ijazah. Masa diploma dulu banyak berehat-rehat. Ijazah, semester satu ni dah rasa macam semester 4 diploma dulu dah. Hehe.. Banyak benda nak kena fikir. Nak beli buku lagi. Masa diploma dulu buku kalau nak baca pun pinjam dekat perpustakaan je (pinjam ke?). Sekarang ijazah kena beli sebab memang akan digunakan untuk semester berikutnya. Betul apa kawan aku kata, 'degree ni tak boleh main-main'.

Kesimpulannya, ada baik dan buruknya di setiap universiti. Aku rasa antara hikmah Allah takdirkan aku di UiTM adalah supaya aku membuka mata dan sedar bahawa UPSI yang satu ketika dulu aku pernah merungut akan sistemnya, sebenarnya taklah seburuk mana. Aku mula nampak baik pada UPSI dan Alhamdulillah, aku nampak baik pada UiTM meskipun aku asyik kena buruknya... Haha. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis, tapi cukup saja sampai sini. Aku tulis panjang-panjang, bukannya orang suka baca pun. Hahaha..
Sekian.

Selasa, 19 Januari 2016

Novel Komsas

Masa aku tingkatan 1, novel komsas yang kami kena baca dan tau jalan cerita dia adalah novel 'Meniti Kaca'. Cerita dia berkisarkan kisah seorang remaja bernama Nazar yang menempuhi pelbagai dugaan. Ibunya menghidap penyakit narnar (aku dah tak ingat ejaan sebenar.) penyakit macam orang tak siuman la. Bapanya sering sakit-sakit. Satu hari mak dia hilang. Rupanya ditemui mati (tak ingat macam mana matinya). Masa tu dia tengah peperiksaan akhir tahun tingkatan 2. Habis PMR dengan cemerlang Nazar dapat masuk sekolah asrama. Masa sekolah asrama bapa dia pula meninggal. Jadi cerita dia memang macam tu je. Novelnya pun nipis. Adatlah. Budak tingkatan satu kot. Bagi tebal-tebal siapa nak baca.

Naik tingkatan 2, novel Pahlawan Pasir Salak. Cerita mengenai perjuangan penduduk Pasir Salak menentang penjajah British. Cerita ni rasanya semua boleh rujuk buku sejarah. Malas aku nak cerita. Cuma watak utamanya Deli (aku tak tau watak Deli ni memang betul-betul wujud ke tak) tapi yang pasti Dato' Maharaja Lela, Mat Arsyad dan beberapa nama lain ada dalam buku sejarah yang aku belajar. Secara peribadi, masa PMR aku paling suka novel ni sebab aku minat sejarah dan seronok baca. Ada lawan-lawan.

Tingkatan 3, novel Panas Salju. Ikhlas kata aku tak suka sangat novel ni. Cerita dia memang bagus. Mengenai seorang remaja perempuan yang ada kerosakan hati (ke jantung? tak ingat) tak dapat cari penderma (kot? tak ingat). Sudahnya mak dia yang jadi penderma. (ok mesti hati atau buah pinggang). Tapi tak lama ada komplikasi jadi mak dia meninggal. Tapi aku tak suka bila dia buat cerita macam ni sampai meleret-leret panjangnya. Hilang apa orang kata tu 'feel'. Aku rasa tak ramai ambil peduli pasal novel ni untuk PMR. Ramai fokus pada Meniti Kaca dengan Pahlawan Pasir Salak. Aku rasa la.

Naik tingkatan 4. Kalau ikut novel lama, sepatutnya Bukit Kepong. Tapi sebab masa aku tingkatan 3, novel komsas mula dirombak untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4, jadi aku kira 'batch' kedua yang belajar novel baru ni. Tajuk dia 'PAPA... akhirnya kau tewas jua'. Asasnya, cerita dia mengenai kekeluargaan. Julia (aku ingat lagi nama dia) bahagia dengan mama dan papa beliau. Satu hari mama dia mengandung. Pendekkan cerita masa nak bersalin tu ada komplikasi dan bayi (kembar tak silap aku) tak dapat diselamatkan dan mama Julia koma. Sepanjang tempoh koma tu papa dengan Julia dengan orang gaji (mak apa tak ingat) jaga mama yang koma tu. Papa pula kenal dengan Aisyah. Sudahnya papa dia kahwin dengan Aisyah. Mula-mula Julia tak setuju sudahnya dia setuju juga. Pengakhiran dia mama dia tersedar masa tu papa, Julia dengan Aisyah ada. Masa sedar tu peliklah mama ada Aisyah sekali. Yang papa ni pergi bagitau dia kahwin lain. Mama marah, nafas kencang sekali meninggal. Papa menangis sebab mama meninggal. Aku rasa siapa baca ni memang geram. Bini pertama tu baru sedar cik abang oi. Kenapa terus bagitau yang kau kahwin lain. Mengamuk la dia. Kan sampai meninggal dibuatnya. Perkara ni sampai jadi perdebatan antara kami sekelas dengan cikgu.

Tingkatan 5. Kami kira beruntung. Sebab mula-mula dapat novel 'Interlok'. Sebelum ni kontroversi novel ni sebab ada satu perkataan India yang orang India tak suka perkataan tu. Jadi nak ubah la. Jadi kami sempat rasa novel interlok ni dalam setengah tahun kemudian kena pulangkan untuk novel Konserto Terakhir. Alhamdulillah aku sempat baca novel interlok sekali. Tapi tak ingat sangat.

Interlok cerita dia pasal tiga kaum. Dia ada empat bab. Melayu, Cina, India, Merdeka. Tak ingat betul ke tak tapi apa setiap bab tu cerita mengenai realiti kehidupan setiap kaum sebelum merdeka. Di mana Melayu dengan kemundurannya. Cina dengan asyik mengenakan orang Melayu (yang jenis tamak kaut untung) dan India di ladang getah. Penulis (Abdullah Hussein) mengaitkan cerita setiap kaum antara satu sama lain. Eh, entahlah susah nak huraikan tapi memang bagus novel ni. Aku baca memang rasa macam hidup di zaman tu. Memang faham dan jelas.

Konserto Terakhir (penulis yang sama dengan Interlok) cerita pasal Hilmi yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur untuk cari kerja sambil menumpang di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Seorang kenamaan. Oh ya, latar cerita ni dalam penghujung 1970-an. Pada zaman tu, masih normal anak kampung belajar sampai darjah empat sekolah Melayu. Orang kaya-kaya ramai yang sombong-sombong. Jauh dari agama. Berbalik pada cerita. Datuk Johari ada anak nama Hayati. Hayati pandai bermain piano. Hilmi tertarik nak main piano dan dia belajar muzik dengan seorang ahli muzik bernama Encik Bakar. Kemudian berlaku satu peristiwa Hilmi dimarahi dengan teruk oleh Datin Salmah (isteri Datuk Johari). Sebelum ni pun dia selalu kena marah tanpa sebab. Akhirnya Hilmi lari. Kerja di stesen minyak. Dia sambung belajar muzik dengan Encik Bakar sampailah dia jadi terkenal bermain muzik. Ada elemen percintaan juga. Hayati dan Hilmi sebenarnya saling mencintai. Tapi akibat kekangan keluarga, Hayati berkahwin dengan Mohsin. Hilmi berkahwin dengan anak Encik Bakar, Azizah. Akhir cerita dia (aku dah malas nak cerita panjang-panjang... nak tau baca sendiri novel ni), Hilmi ada buat satu pertunjukan besar sampai Agung datang. Sekali dia sakit tak dapat buat. Hayati ganti. Habis persembahan. Semua melawat Hilmi di hospital. Datuk Johari, Datin Salmah semua datang.. Azizah, bapa Hilmi pun datang. Rupanya.. ada satu rahsia yang tersimpan selama ni. Nak tau? Baca novel ni. Memang bagus dan seronok.

Ok. Untuk apa aku merepek panjang-panjang pasal ni? Sebab kan sekarang kontroversi pasal novel tingkatan empat yang ada unsur macam lucah tu. Apa tajuk dia, Pantai Kasih? Tajuk je dah macam cinta. Lepas tu ada adegan yang tak elok. "..tidak mampu menahan nafsu berahi...." erghh. Pada aku novel ni wajar ditukar kepada novel yang lagi bagus macam Interlok ke. Interlok yang bagus dimansuhkan. Novel mengarut ni dibenarkan pula. Pelik KPM ni. Siapa agaknya yang meluluskan novel ni. Aku marah betul.

Sekian sahaja. Lawak kan. Aku merepek punya panjang pasal novel komsas aku belajar dulu, sekali tujuan utamanya satu perenggan pendek je aku cerita. Entah sebab aku suka menulis (menaip sebenarnya... ok laa menulis pun aku suka). Itu saja. ^_^

Jumaat, 15 Januari 2016

Pening nak masuk ijazah oi...

Ok, sekarang ni (masa aku tengah tulis entri ni), aku tengah menanti-nanti keputusan kemasukan ijazah untuk beberapa universiti yang aku mohon. Sekarang sebenarnya aku dalam dilema (cewahh dilema...) Alhamdulillah aku dapat tawaran untuk UIA (Universiti Islam Antarabangsa) untuk kursus Fisioterapi. Aku tak tau sama ada aku nak terima atau tak tawaran ni. Ada dua sebab aku macam tak nak terima:-

1. Aku bukanlah tak minat langsung fisio, tapi aku ada bidang yang lagi aku minat. [Dah tu kenapa kau mohon fisio bangang!] Hello, aku belum habis cerita.. aku mohon psikologi mula-mula. Fisio no 2 macam tu. Aku tak dapat masuk untuk psikologi. Dapat Fisio lak. [Woi bersyukur laa woi dapat]. Eh aku dah sebut Alhamdulillah kot tadi.

2. Aku ada mohon untuk UM (Universiti Malaya) untuk kursus Kaunseling (ada iras-iras psikologi) cuma ni bidang pendidikan laa (jadi cikgu kaunselor). Lepas tu kat UM aku mohon jugak sosio-budaya Melayu, Pengajian Media, Sosiologi.. Ok, aku tau.. aku ni lulusan Diploma Sains, sekali mohon sastera. Jangan pelik, aku ni bukan orang sains sangat. Banyak ujian (mind test apa kebenda ntah) aku buat, aku ni jenis 50/50. Selalunya dapat 50/50. Paling jauh beza pun 60/40 di mana 60 tu arts (sastera) & yang 40 tu sains. Jadi aku macam lebih minat ke arah sastera tapi aku ok je bawak sains.

Jadi isu dia sekarang ni, UIA daftar 19 Januari ni. UM pulak keputusan dia keluar 18 Januari ni. Haa.. korang nampak tak betapa dekatnya masa. Aku pun ada mohon UiTM gak. Keputusan dia keluar 5 Februari. Tu diaa... memang ketara kan aku dalam dilema untuk masuk UIA atau tak. Aku tanya mak aku dia kata aku ni bukannya minat sains sangat. Gatal nak amik degree sains, fisio pulak tu kerja kat hospital (untuk maklumat aku tak suka kerja dalam hospital, lab...) Gedik kan aku. Memilih. Tak bersyukur. Hurmm..

Ok, jadi seperti kebiasaan sesetengah remaja yang acah-acah Islamik di status pesbuknya, aku pun mula mencari petunjuk Tuhan. Berqiamullail weii.. Solat tahajjud istikharah memohon petunjuk. Solat dengan khusyuk (60% khusyuk.. satu pencapaian yg baguss). Dan aku terfikir, betapa Tuhan sangat sabar melayan kerenah aku. DiletakkanNya aku dalam dilema supaya aku bangun malam. Apa tidaknya, jarang sekali aku bangun malam lebih dari 2 malam berturut-turut. Kalau bangun pun solat tahajjud dalam keadaan mengantuk. Sudahlah Subuh berjemaah seringkali kelaut. Masha Allah brader....

Bagi sesetengah orang, masalah ni macam takde mende. Untuk aku, kira besar laa jugak. Maklumlah tak banyak pengalaman (baru masuk 20 woi.. tak banyak pengalaman lagi) Jadi aku pun mula mencari Tuhan di kala semenjak habis sem 5 itu hari aku semakin jauh daripadaNya. Kadang bila kita dilanda kesusahan, masa tu laa baru kita terhegeh-hegeh bertobat memohon ampun mencari keredaan Ilahi. Bila senang.. amboi.. baca fatihah masa solat mengalahkan ferrari pecut pada kelajuan maksima. Kelajuan rukuk dan sujud tu tak terkata lajunya. Tomakninahnya entah ke mana. Huhuhu... (haa kita pun berhuhu kesentapan)

Selalu masa mula-mula dilanda susah, dalam hati konfem pernah terfikir, "Apasal laa aku kena ujian ni.. Orang lain tak kena pun. Rilek je.. bla..bla.." Lepas tu kalau kita ni baik sikit kita akan beristighfar dan berfikir, "Eh, ada hikmah di sebalik semua ni.. Husnozon weii.. sangka baik dengan Allah!" Tu kalau baik sikit, kalau yang kurang baik sikit "Apa laa dosa aku ni weii..." (cakap dalam nada tak pernah buat dosa) Kalau yang alim pulak??? Mana laa aku tau. Aku tak alim. Aku baik sikit je oi..

Ok tu je aku nak merepek kali ni. Tak panjang mana pun. Ok bye, Assalamualaikum. (tak jawab salam dosa.. ^_^)
...................

*nah sajak aku saje buat... jangan copy paste pastu tak letak nama aku... hehehe

Maafkan Aku Tuhan

Tuhan,
maafkan aku,
andai diri ini sering melupakanMu
walau Engkau sentiasa mengingatiku

Tuhan,
solatku tiada khusyuk
ibadahku sedikit
amalanku ringan,
masih adakah harapan untukku
untuk kembali padaMu

Tuhan,
dosaku menggunung tinggi,
maksiatku tidak terhitung
kejahatanku tidak terkata,
mungkinkah ada harapan untukku
meninggalkan semuanya

Tuhan,
maafkan aku andai hanya mencariMu di kala susah
dan mula melupakanMu di saat mudah
aku insan yang leka
sering hanyut kerana dunia
mudah terpedaya dengan godaan dunia

Tuhan,
Allah,
Ar-Rahman
Ar-Rahim,
ampunkan segala dosaku
kaulah Maha Pengampun
kaulah Maha Segalanya,
tiada yang melebihiMu
aku hambaMu yang terlalu banyak dosa
ingin memohon ampun kepadaMu
meski Engkau juga tahu
aku berasa malu untuk meminta kepadaMu
namun siapalah aku tanpaMu....

-Adib-