Isnin, 7 Mac 2016

Ijazah UiTM dan Diploma UPSI

Ok. Sekarang Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Aku mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) ; Kod: EDU 260 di Universiti Teknologi Mara. Fakulti aku (Pendidikan) kebetulan baru berpindah ke Kampus Puncak Alam. Jadi, aku nak cerita sikitlah perbezaan UiTM dengan UPSI (tempat aku buat diploma) ni.

Pertama, dari segi pengurusan semasa hari pendaftaran. Daripada apa yang aku lalui, UPSI lagi sistematik dan mudah. Aku tak pasti mungkin disebabkan fakulti yang baru sahaja berpindah menjadikan pengurusan UiTM lebih khusus, Fakulti Pendidikan agak kelam kabut sikit. Ikhlas kata, aku memang penat sangat masa hari pendaftaran. Penat sampai aku tak tertidur. Hari pertama sahaja dah kena fikir macam-macam benda. Dari tambah gugur kursus sehingga ke nak 'log in' wifi. Hehe

Kedua, dari segi kemudahan kolej. Keseluruhan UPSI lagi elok. Tapi UiTM tak adalah teruk. Walaupun sesetengah kolej (kolej aku) tak dapat wifi tapi ada kabel. Cuma kabel ada satu. Jadi kena kongsi atau guna 'hotspot'. Kafe untuk kolej pula tetap pada aku UPSI lebih elok dari segi susunannya tapi dari segi harga makanan UiTM aku rasa lebih murah dan berpatutan walaupun tidak begitu banyak pilihan yang ada.

Ketiga. Dari segi pengurusan (tadi masa pendaftaran, ni secara keseluruhan), pada aku pengurusan UiTM agak kelam kabut buat masa sekarang kerana fakulti baru saja berpindah. Jadi ada masalah dari segi kelas dan sebagainya. Aku sendiri ada kelas yang memerlukan aku untuk ke Kampus Induk di Shah Alam. Perlu tunggu bas selepas subuh. Memang memenatkan. Penyelaras kami juga tertekan dengan keadaan macam ni. Sebab baru pindah kan.

Keempat, dari segi pembelajaran. Aku rasa sama sahaja. Walaupun sebenarnya aku lebih berkenan dengan cara UPSI yang tak berapa menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Sebab aku tak begitu mahir dalam bertutur di dalam Bahasa Inggeris, UiTM sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Dalam perbentangan juga sesetengah pensyarah sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Tapi pada aku satu hari nanti perlu juga.. err... nantilah bincang pasal benda ni.. hehe

Kelima, dari segi rakan-rakan. Ok la juga. Walaupun tak seronok macam geng aku masa kat UPSI tapi baik-baik semuanya. Jaga hati masing-masing. Nanti lama-lama rapatlah juga tu. Yalah, masa kat UPSI jumpa kawan yang terus rapat macam dah jadi sahabat baik 10 tahun. Hehe

Keenam. Yang ni mungkin bukan perbezaan antara universiti. Ini lebih kepada perbezaan antara menjadi pelajar diploma dan pelajar ijazah. Masa diploma dulu banyak berehat-rehat. Ijazah, semester satu ni dah rasa macam semester 4 diploma dulu dah. Hehe.. Banyak benda nak kena fikir. Nak beli buku lagi. Masa diploma dulu buku kalau nak baca pun pinjam dekat perpustakaan je (pinjam ke?). Sekarang ijazah kena beli sebab memang akan digunakan untuk semester berikutnya. Betul apa kawan aku kata, 'degree ni tak boleh main-main'.

Kesimpulannya, ada baik dan buruknya di setiap universiti. Aku rasa antara hikmah Allah takdirkan aku di UiTM adalah supaya aku membuka mata dan sedar bahawa UPSI yang satu ketika dulu aku pernah merungut akan sistemnya, sebenarnya taklah seburuk mana. Aku mula nampak baik pada UPSI dan Alhamdulillah, aku nampak baik pada UiTM meskipun aku asyik kena buruknya... Haha. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis, tapi cukup saja sampai sini. Aku tulis panjang-panjang, bukannya orang suka baca pun. Hahaha..
Sekian.

15 ulasan:

  1. senang tak amik degree kimia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bukan degree full Kimia. Saya education je. Belajar Kimia tu basic-basic je. Kami banyak belajar subjek untuk Pendidikan macam kaunseling, sosiologi pendidikan macam tu.

      Tapi setakat ni Alhamdulillah ok je Kimia yang saya belajar. Agak payah sikit berbanding masa belajar diploma dulu. Biasalah degree kan.

      Padam
    2. Assalam . Diploma sains bljr subjek APA ye ?

      Padam
  2. Kan. UPSI ttp dihati. Huaaaaaa. Cuma aku rse tempat ak dgree skrng ni terbaik dri segi kolej kediamannya berbanding UPSI sbb Kolej dia masuk rumah pon guna kad access cam Touch N Go gitu apatah bilik lagi lh selesa klu tido tu konfim akn terlajak sbb katil dia terlampau empuk. hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun dh bertahun lalu bleh tk nk thu kat mana buat degree tu

      Padam
  3. Masih ada lagi ke kos ijazah pendidikan sains ditawarkan utk kemasukan seterusnya ? Sbb tgok dkt portal ada 3 je kos bwh fakulti pendidikan .. Itupun pun bkn dlm bidang sains.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. nk tnya...mudahke nk tukar u-diploma sains d upsi dan amk pddkan di uitm?kna tgk cgpa juge k?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde masalah sangat setahu saya. In fact ramai je batch2 pendidikan uitm dimonopoli oleh lepasan diploma upsi.

      Padam
  6. salam.menarik blog ..bermanfaat..annyway nice entry..sy jus nak share je..sbb sy jaga program utk pakk..pndidikan awal kanak kanak under UPSI -klau ade adik2 lepasan spm brminat bole wsp sy bg info 011-16930576

    BalasPadam
  7. Saya nak tnya susah x beljar kimia pendidikan 😀
    Kelas macam Mana?
    Kalau NK dapat dekan kena pointer berapap

    BalasPadam
  8. hai saya nak tanya degree kimia edu ni ada belajar bnyak organic chemistry tak?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum, sy ingin bertanya. Sy diploma dari fakulti business and management di UiTM. Boleh ke sy nak sambung degree di UPSI. Berapa ama tempoh degree di UPSI dlm bidang ekonomi? Adakah sy berpeluang untuk menjadi guru? Maaf sekiranya byk pertanyaan.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum bro, nk mnta no fon boleh? Ad bnda nk sembang la..

    BalasPadam