Ok. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Tapi disebabkan soalan kalkulus yang menyerabutkan kepala aku membuatkan aku buka blog dan mula menulis. Jadi, kali ni aku nak merepek pasal masalah.
Setiap manusia mesti menghadapi masalah. Siapa yang tak ada masalah tu tak lojik sebab tiada masalah juga satu masalah. Tak faham? Baca beberapa kali sampai faham. Setiap manusia menghadapi masalah yang berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.
"Tapi masalah aku ni aku tak mampu nak lalui..."
Aku tak mampu nak cari jawapan lain selain ayat Quran paling terkenal yang telah digunakan sepanjang zaman,
...لا يكلف الله نفسا الا وسعها
Surah Baqarah ayat ke 286.
Maksud ayat ini adalah "Allah tidak membebani seseorang melainkan kesanggupannya.." Aku ni bukanlah ada ilmu sangat dalam bab tafsir Al-Quran. Jadi sebagai seorang yang noob aku hanya mengambil maksud ayat ni secara literal sahaja di mana Allah tidak akan menimpakan kita masalah yang kita tak mampu nak pikul.
Sejujurnya, aku banyak kali je fikir yang aku ni tak mampu nak pikul masalah yang aku hadap sekarang. Tapi sebenarnyalah lepas aku dah lalui masalah tu, tak kisah sama ada jumpa atau tak jalan penyelesaiannya atau masalah tu sekadar lenyap begitu sahaja, antara perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku adalah, "Eleh masalah kecik je. Kenapalah aku nak gelabah sangat dulu.."
Sebenarnya masalah atau dugaan atau ujian hidup ni (senang guna satu perkataan je... leceh nak taip banyak-banyak), mengajar kita untuk lebih matang. Ya.. aku tau ayat klise. Korang dah dengar benda ni beratus-ratus kalinya. Tapi benda ni laa yang kita akan ulang dan sebenarnya aku tak taulah, mungkin dari segi psikologi, aku rasa tenang sikit bila dengar ada orang cakap macam ni kat aku walaupun ayatnya dah diulang banyak kali.
Mungkin sebab tu kita kena baca Quran banyak kali. Lagi elok hafal semua. Sebab ayatnya walaupun ayat yang sama kita baca tapi dia punya kehebatannya tu tak akan pernah padam. Berapa ramai yang tau akan ayat 286 Surah Baqarah ni? Terlampau ramai. Boleh kata semua Muslim tau ayat ni. Tapi bila ditimpa masalah, kita sendiri akan berasa tenang bila dengar ayat 'klise' yang kita selalu dengar ni. Masha Allah, hebat sungguh mukjizat Al-Quran yang Allah turunkan kepada hambaNya.
Jadi, kepada sahabat, teman, siapa-siapa je la yang baca ni yang tengah hadapi masalah, lepas tu tak ada siapa nak dengar rungutan kita (macam apa yang aku lalui sekarang... weii rindu member upsi..), Allah sentiasa ada dengan kita. Sebenarnya ini lebih ditujukan kepada aku yang rasa kesunyian duduk kat UiTM ni ha.. Bukan sebab tak ada kawan. Aku ada ramai kawan dan sahabat kat UiTM ni. Alhamdulillah semua baik-baik, tapi biasalah, kita akan nak cari orang yang kita selesa untuk luahkan segala masalah.
Tapi manusia ni datang dan pergi. Hanya Allah yang ada dengan kita. Dia je yang boleh tolong kita. Mungkin Allah datangkan kesunyian kepada kita (kebetulan roomate aku balik, housemate aku semua hilang entah ke mana) untuk kita kembali kepadaNya.
Wahh.. sebagai seorang yang minat mengarang, menaip antara perkara yang memberi kepuasan. Apabila jari jemari mula menekan papan kekunci untuk menulis bait-bait ayat yang hebat.. ecehh... nak bersastera sekejap. ok dah.. sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan