Selasa, 19 Januari 2016

Novel Komsas

Masa aku tingkatan 1, novel komsas yang kami kena baca dan tau jalan cerita dia adalah novel 'Meniti Kaca'. Cerita dia berkisarkan kisah seorang remaja bernama Nazar yang menempuhi pelbagai dugaan. Ibunya menghidap penyakit narnar (aku dah tak ingat ejaan sebenar.) penyakit macam orang tak siuman la. Bapanya sering sakit-sakit. Satu hari mak dia hilang. Rupanya ditemui mati (tak ingat macam mana matinya). Masa tu dia tengah peperiksaan akhir tahun tingkatan 2. Habis PMR dengan cemerlang Nazar dapat masuk sekolah asrama. Masa sekolah asrama bapa dia pula meninggal. Jadi cerita dia memang macam tu je. Novelnya pun nipis. Adatlah. Budak tingkatan satu kot. Bagi tebal-tebal siapa nak baca.

Naik tingkatan 2, novel Pahlawan Pasir Salak. Cerita mengenai perjuangan penduduk Pasir Salak menentang penjajah British. Cerita ni rasanya semua boleh rujuk buku sejarah. Malas aku nak cerita. Cuma watak utamanya Deli (aku tak tau watak Deli ni memang betul-betul wujud ke tak) tapi yang pasti Dato' Maharaja Lela, Mat Arsyad dan beberapa nama lain ada dalam buku sejarah yang aku belajar. Secara peribadi, masa PMR aku paling suka novel ni sebab aku minat sejarah dan seronok baca. Ada lawan-lawan.

Tingkatan 3, novel Panas Salju. Ikhlas kata aku tak suka sangat novel ni. Cerita dia memang bagus. Mengenai seorang remaja perempuan yang ada kerosakan hati (ke jantung? tak ingat) tak dapat cari penderma (kot? tak ingat). Sudahnya mak dia yang jadi penderma. (ok mesti hati atau buah pinggang). Tapi tak lama ada komplikasi jadi mak dia meninggal. Tapi aku tak suka bila dia buat cerita macam ni sampai meleret-leret panjangnya. Hilang apa orang kata tu 'feel'. Aku rasa tak ramai ambil peduli pasal novel ni untuk PMR. Ramai fokus pada Meniti Kaca dengan Pahlawan Pasir Salak. Aku rasa la.

Naik tingkatan 4. Kalau ikut novel lama, sepatutnya Bukit Kepong. Tapi sebab masa aku tingkatan 3, novel komsas mula dirombak untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4, jadi aku kira 'batch' kedua yang belajar novel baru ni. Tajuk dia 'PAPA... akhirnya kau tewas jua'. Asasnya, cerita dia mengenai kekeluargaan. Julia (aku ingat lagi nama dia) bahagia dengan mama dan papa beliau. Satu hari mama dia mengandung. Pendekkan cerita masa nak bersalin tu ada komplikasi dan bayi (kembar tak silap aku) tak dapat diselamatkan dan mama Julia koma. Sepanjang tempoh koma tu papa dengan Julia dengan orang gaji (mak apa tak ingat) jaga mama yang koma tu. Papa pula kenal dengan Aisyah. Sudahnya papa dia kahwin dengan Aisyah. Mula-mula Julia tak setuju sudahnya dia setuju juga. Pengakhiran dia mama dia tersedar masa tu papa, Julia dengan Aisyah ada. Masa sedar tu peliklah mama ada Aisyah sekali. Yang papa ni pergi bagitau dia kahwin lain. Mama marah, nafas kencang sekali meninggal. Papa menangis sebab mama meninggal. Aku rasa siapa baca ni memang geram. Bini pertama tu baru sedar cik abang oi. Kenapa terus bagitau yang kau kahwin lain. Mengamuk la dia. Kan sampai meninggal dibuatnya. Perkara ni sampai jadi perdebatan antara kami sekelas dengan cikgu.

Tingkatan 5. Kami kira beruntung. Sebab mula-mula dapat novel 'Interlok'. Sebelum ni kontroversi novel ni sebab ada satu perkataan India yang orang India tak suka perkataan tu. Jadi nak ubah la. Jadi kami sempat rasa novel interlok ni dalam setengah tahun kemudian kena pulangkan untuk novel Konserto Terakhir. Alhamdulillah aku sempat baca novel interlok sekali. Tapi tak ingat sangat.

Interlok cerita dia pasal tiga kaum. Dia ada empat bab. Melayu, Cina, India, Merdeka. Tak ingat betul ke tak tapi apa setiap bab tu cerita mengenai realiti kehidupan setiap kaum sebelum merdeka. Di mana Melayu dengan kemundurannya. Cina dengan asyik mengenakan orang Melayu (yang jenis tamak kaut untung) dan India di ladang getah. Penulis (Abdullah Hussein) mengaitkan cerita setiap kaum antara satu sama lain. Eh, entahlah susah nak huraikan tapi memang bagus novel ni. Aku baca memang rasa macam hidup di zaman tu. Memang faham dan jelas.

Konserto Terakhir (penulis yang sama dengan Interlok) cerita pasal Hilmi yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur untuk cari kerja sambil menumpang di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Seorang kenamaan. Oh ya, latar cerita ni dalam penghujung 1970-an. Pada zaman tu, masih normal anak kampung belajar sampai darjah empat sekolah Melayu. Orang kaya-kaya ramai yang sombong-sombong. Jauh dari agama. Berbalik pada cerita. Datuk Johari ada anak nama Hayati. Hayati pandai bermain piano. Hilmi tertarik nak main piano dan dia belajar muzik dengan seorang ahli muzik bernama Encik Bakar. Kemudian berlaku satu peristiwa Hilmi dimarahi dengan teruk oleh Datin Salmah (isteri Datuk Johari). Sebelum ni pun dia selalu kena marah tanpa sebab. Akhirnya Hilmi lari. Kerja di stesen minyak. Dia sambung belajar muzik dengan Encik Bakar sampailah dia jadi terkenal bermain muzik. Ada elemen percintaan juga. Hayati dan Hilmi sebenarnya saling mencintai. Tapi akibat kekangan keluarga, Hayati berkahwin dengan Mohsin. Hilmi berkahwin dengan anak Encik Bakar, Azizah. Akhir cerita dia (aku dah malas nak cerita panjang-panjang... nak tau baca sendiri novel ni), Hilmi ada buat satu pertunjukan besar sampai Agung datang. Sekali dia sakit tak dapat buat. Hayati ganti. Habis persembahan. Semua melawat Hilmi di hospital. Datuk Johari, Datin Salmah semua datang.. Azizah, bapa Hilmi pun datang. Rupanya.. ada satu rahsia yang tersimpan selama ni. Nak tau? Baca novel ni. Memang bagus dan seronok.

Ok. Untuk apa aku merepek panjang-panjang pasal ni? Sebab kan sekarang kontroversi pasal novel tingkatan empat yang ada unsur macam lucah tu. Apa tajuk dia, Pantai Kasih? Tajuk je dah macam cinta. Lepas tu ada adegan yang tak elok. "..tidak mampu menahan nafsu berahi...." erghh. Pada aku novel ni wajar ditukar kepada novel yang lagi bagus macam Interlok ke. Interlok yang bagus dimansuhkan. Novel mengarut ni dibenarkan pula. Pelik KPM ni. Siapa agaknya yang meluluskan novel ni. Aku marah betul.

Sekian sahaja. Lawak kan. Aku merepek punya panjang pasal novel komsas aku belajar dulu, sekali tujuan utamanya satu perenggan pendek je aku cerita. Entah sebab aku suka menulis (menaip sebenarnya... ok laa menulis pun aku suka). Itu saja. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan