Jumaat, 15 Januari 2016

Pening nak masuk ijazah oi...

Ok, sekarang ni (masa aku tengah tulis entri ni), aku tengah menanti-nanti keputusan kemasukan ijazah untuk beberapa universiti yang aku mohon. Sekarang sebenarnya aku dalam dilema (cewahh dilema...) Alhamdulillah aku dapat tawaran untuk UIA (Universiti Islam Antarabangsa) untuk kursus Fisioterapi. Aku tak tau sama ada aku nak terima atau tak tawaran ni. Ada dua sebab aku macam tak nak terima:-

1. Aku bukanlah tak minat langsung fisio, tapi aku ada bidang yang lagi aku minat. [Dah tu kenapa kau mohon fisio bangang!] Hello, aku belum habis cerita.. aku mohon psikologi mula-mula. Fisio no 2 macam tu. Aku tak dapat masuk untuk psikologi. Dapat Fisio lak. [Woi bersyukur laa woi dapat]. Eh aku dah sebut Alhamdulillah kot tadi.

2. Aku ada mohon untuk UM (Universiti Malaya) untuk kursus Kaunseling (ada iras-iras psikologi) cuma ni bidang pendidikan laa (jadi cikgu kaunselor). Lepas tu kat UM aku mohon jugak sosio-budaya Melayu, Pengajian Media, Sosiologi.. Ok, aku tau.. aku ni lulusan Diploma Sains, sekali mohon sastera. Jangan pelik, aku ni bukan orang sains sangat. Banyak ujian (mind test apa kebenda ntah) aku buat, aku ni jenis 50/50. Selalunya dapat 50/50. Paling jauh beza pun 60/40 di mana 60 tu arts (sastera) & yang 40 tu sains. Jadi aku macam lebih minat ke arah sastera tapi aku ok je bawak sains.

Jadi isu dia sekarang ni, UIA daftar 19 Januari ni. UM pulak keputusan dia keluar 18 Januari ni. Haa.. korang nampak tak betapa dekatnya masa. Aku pun ada mohon UiTM gak. Keputusan dia keluar 5 Februari. Tu diaa... memang ketara kan aku dalam dilema untuk masuk UIA atau tak. Aku tanya mak aku dia kata aku ni bukannya minat sains sangat. Gatal nak amik degree sains, fisio pulak tu kerja kat hospital (untuk maklumat aku tak suka kerja dalam hospital, lab...) Gedik kan aku. Memilih. Tak bersyukur. Hurmm..

Ok, jadi seperti kebiasaan sesetengah remaja yang acah-acah Islamik di status pesbuknya, aku pun mula mencari petunjuk Tuhan. Berqiamullail weii.. Solat tahajjud istikharah memohon petunjuk. Solat dengan khusyuk (60% khusyuk.. satu pencapaian yg baguss). Dan aku terfikir, betapa Tuhan sangat sabar melayan kerenah aku. DiletakkanNya aku dalam dilema supaya aku bangun malam. Apa tidaknya, jarang sekali aku bangun malam lebih dari 2 malam berturut-turut. Kalau bangun pun solat tahajjud dalam keadaan mengantuk. Sudahlah Subuh berjemaah seringkali kelaut. Masha Allah brader....

Bagi sesetengah orang, masalah ni macam takde mende. Untuk aku, kira besar laa jugak. Maklumlah tak banyak pengalaman (baru masuk 20 woi.. tak banyak pengalaman lagi) Jadi aku pun mula mencari Tuhan di kala semenjak habis sem 5 itu hari aku semakin jauh daripadaNya. Kadang bila kita dilanda kesusahan, masa tu laa baru kita terhegeh-hegeh bertobat memohon ampun mencari keredaan Ilahi. Bila senang.. amboi.. baca fatihah masa solat mengalahkan ferrari pecut pada kelajuan maksima. Kelajuan rukuk dan sujud tu tak terkata lajunya. Tomakninahnya entah ke mana. Huhuhu... (haa kita pun berhuhu kesentapan)

Selalu masa mula-mula dilanda susah, dalam hati konfem pernah terfikir, "Apasal laa aku kena ujian ni.. Orang lain tak kena pun. Rilek je.. bla..bla.." Lepas tu kalau kita ni baik sikit kita akan beristighfar dan berfikir, "Eh, ada hikmah di sebalik semua ni.. Husnozon weii.. sangka baik dengan Allah!" Tu kalau baik sikit, kalau yang kurang baik sikit "Apa laa dosa aku ni weii..." (cakap dalam nada tak pernah buat dosa) Kalau yang alim pulak??? Mana laa aku tau. Aku tak alim. Aku baik sikit je oi..

Ok tu je aku nak merepek kali ni. Tak panjang mana pun. Ok bye, Assalamualaikum. (tak jawab salam dosa.. ^_^)
...................

*nah sajak aku saje buat... jangan copy paste pastu tak letak nama aku... hehehe

Maafkan Aku Tuhan

Tuhan,
maafkan aku,
andai diri ini sering melupakanMu
walau Engkau sentiasa mengingatiku

Tuhan,
solatku tiada khusyuk
ibadahku sedikit
amalanku ringan,
masih adakah harapan untukku
untuk kembali padaMu

Tuhan,
dosaku menggunung tinggi,
maksiatku tidak terhitung
kejahatanku tidak terkata,
mungkinkah ada harapan untukku
meninggalkan semuanya

Tuhan,
maafkan aku andai hanya mencariMu di kala susah
dan mula melupakanMu di saat mudah
aku insan yang leka
sering hanyut kerana dunia
mudah terpedaya dengan godaan dunia

Tuhan,
Allah,
Ar-Rahman
Ar-Rahim,
ampunkan segala dosaku
kaulah Maha Pengampun
kaulah Maha Segalanya,
tiada yang melebihiMu
aku hambaMu yang terlalu banyak dosa
ingin memohon ampun kepadaMu
meski Engkau juga tahu
aku berasa malu untuk meminta kepadaMu
namun siapalah aku tanpaMu....

-Adib-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan