Khamis, 28 Disember 2017

Sepanjang 2017 (Selamat Datang 2018 ^_^ )

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Seperti biasa apabila tiba hujung tahun, aku biasanya akan cuba mengenang semula apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini sama ada melalui penulisan aku atau sekadar di dalam kepala aku sendiri. Dan lagi sekali aku cuba merangkumkan (acah-acah) semula beberapa peristiwa yang telah sepanjang tahun ini.

Tahun 2017 merupakan antara tahun yang boleh kata bermakna bagi negara kita Malaysia kerana tahun ini merupakan tahun ke-60 kita menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan. Sudah enam dekad rupanya. Tidak lupa juga sambutan pada kali ini cukup bermakna apabila negara kita menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA. Lebih manis apabila negara kita berjaya menjadi juara keseluruhan dengan kita berjaya meraih sebanyak 145 pingat emas. Dan secara peribadi, aku cukup sukakan persembahan penutup yang dibuat sekali dengan konsert ambang merdeka di Stadium Putra Bukit Jalil di mana artis-artis terkenal tanah air mempersembahkan lagu-lagu popular dari zaman sebelum merdeka sehingga lagu terkini. Diikuti dengan lagu-lagu patriotik. Meremang bulu roma bila terdengar suara orang ramai-ramai nyanyi di stadium.

Sebut pasal sukan, tahun ini juga seorang pemain bola sepak kita berjaya meraih anugerah PUSKAS bagi jaringan tercantik iaitu Faiz Subri pada awal tahun ini. Timbul juga isu mengenai bahasa, pakaian dan adat resam namun itu tidaklah bermakna kejayaan beliau tidak dipandang malah cukup membanggakan negara.

Selain itu, tahun ini juga kita banyak didedahkan dengan isu sosial yang agak menyedihkan kita. Pada bulan Mei yang lalu kita dikejutkan dengan kes kematian seorang pelajar UPNM kerana 'dibuli'. (Berita lanjut cari di Google). Sesuatu yang agak mengejutkan seluruh negara apabila kes ini berlaku dalam kalangan mereka yang bergelar mahasiswa. Agak menyedihkan juga apabila kita dapati kerana sedikit kesilapan iaitu tidak dapat mengawal emosi, lalu mengakibatkan kematian insan lain. Dan lebih menyedihkan sabit kesalahan, mereka berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Kes kedua yang agak besar turut mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat terbakar akibat perbuatan khianat mengakibatkan lebih 20 orang termasuk pelajar dan tenaga pengajar maut. Dan lebih mengejutkan apabila penangkapan dilakukan ke atas beberapa orang remaja dalam lingkungan 11-18 tahun. Cerita mengenai cara mereka membakarnya juga tersebar luas di media sosial. Sekiranya benar pasti amat menyedihkan kerana menunjukkan kes dadah dalam kalangan remaja kita telah mencapai satu tahap yang ermmm.... menakutkan dalam masa yang sama juga menyedihkan.

Kedua-dua isu ini membuat kita berfikir, sebegini terukkah masyarakat kita? Inikah generasi muda kita? Inikah generasi aku? Generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara kita ini. Di mana silapnya. Tahun ini juga kita dihadapkan dengan beberapa isu di mana ibu bapa mengkritik, menyaman dan memarahi guru-guru yang mendenda anak-anak mereka meskipun sudah terang lagi bersuluh anak-anak mereka melakukan kesilapan. Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang guru disaman oleh ibu bapa seorang pelajar kerana guru tersebut menampar anak mereka yang ditangkap menghidu gam. Bagaimana seorang guru mahu mendidik generasi akan datang dengan kewujudan ibu bapa seperti ini? Apabila anak-anak sudah tidak mampu untuk dilentur lagi, siapa yang mahu dipertanggungjawabkan?

Tahun 2017 juga kita dikejutkan dengan dua kematian melibatkan penyanyi yang agak terkenal. Pertama sekali pada Julai lalu dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Chester Bennington iaitu vokalis kumpulan Linkin Park. Punca kematian adalah bunuh diri. Secara jujurnya, aku tidaklah mengikuti lagu-lagu Linkin Park dan aku juga tidak mengenali vokalis tersebut sampailah kepada hari kematian beliau. Namun apa yang membuatkan kematian beliau viral dan diperkatakan bukanlah bunuh diri semata-mata, tetapi depresi. Isu depresi aku perasan sudah mula berlegar-legar dan diperkatan sedikit di alam maya. Namun, apabila tersebar luasnya kematian beliau, ise depresi semakin mendapat liputan meluas. Dan mereka yang tidak pernah didedahkan dengan apa maksud depresi yang sebenar seperti aku mula mencari dan mengenal apa itu depresi. Kesedaran mengenai depresi semakin meluas dalam masyarakat kita namun tidaklah viral sangat pada aku pada ketika itu.

Namun baru-baru ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan kematian seorang penyanyi korea yang agak popular iaitu Jonghyun yang berpunca juga kerana bunuh diri. Dan aku perasan topik depresi semakin hangat diperkatakan. Malah, aku juga tidak sangka sehingga ke corong-corong radio isu depresi semakin hangat diperkatakan oleh penyampai radio. Pada aku, hikmah di sebalik kematian dua nama besar ini adalah kematian mereka memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat kita akan isu depresi. Diharap masyarakat kita semakin cakna dan tidak skeptikal terhadap mereka yang mempunyai masalah mental seperti ini.

Di seluruh dunia pula, kita dapat lihat isu di Asia Barat semakin tidak nampak jalan penyelesaiannya. Baru-baru ini juga, Trump entah kenapa tiba-tiba mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Palestin. Tak tau apa di sebalik isu ini. Wallahualam. Tapi kita dapat lihat isu Palestin timbul semula setelah beberapa ketika kita seolah terlupa akan mereka.

Tidak lupa juga akan isu Rohingya yang sehingga kini belum jumpa jalan penyelesaiannya. Namun, sejujurnya aku agak kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang seakan memandang remeh akan isu Rohingya hanya kerana sebahagian daripada warga Rohingya berkelakuan tidak sopan di negara kita. Apakah wajar? Aku dah ulas pasal hal ini pada entri aku yang lepas.

Satu isu yang agak besar turut melanda negara kita pada Februari yang lalu apabila seorang warga Korea Utara yang bukan sebarang orang iaitu abang kepada presiden Korea Utara sendiri bernama Kim Jong Nam terbunuh di KLIA. Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita disyaki membunuh beliau. Akhirnya sudah ditangkap, iaitu seorang wanita warganegara Indonesia. Heboh juga sementara isu ini kerana kita bimbang akan mengeruhkan hubungan kita dengan Korea Utara dan lebih bimbang akan mencetuskan peperangan. Yalah, Korea Utara, bukannya boleh jangka kan.. hehehe.

Secara peribadi, tahun ini aku rasa seperti tahun 2016 yang sudah. Agak pantas ia berlalu rasanya walaupun dengan pelbagai berita sensasi dan panas (wahh... hahaha) yang berlaku. Seperti baru semalam menyambut ketibaan 2017, tahu-tahu sudah sampai ke penghujungnya. Sungguh pantas masa berlalu aku rasa sekarang. Banyak juga perkara baru yang aku pelajari, kenalan-kenalan baru dan tak kurang juga ujian yang melanda.. gituhh...

Banyak lagi sebenarnya kan peristiwa suka duka pahit manis yang kita telah lalui sepanjang tahun 2017 ini. Persoalannya adakah kita mengambil pengajaran daripadanya? Sama-sama kita renungkan. Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan dan berharap agar tahun 2018 yang bakal menjelma ini memberikan kita seribu satu kenangan manis untuk kita.

Sabtu, 16 Disember 2017

Kau Ambik ISMP je... perlu ke belajar banyak-banyak ni?

"Eh kau kan ambik pendidikan kimia je. Kenapa nak kena belajar organic, physical chem bagai... nanti mengajar budak sekolah jugak..."

Itu antara ayat yang biasa aku dengar dan aku sendiri pernah terfikir jugak macam ni. Yelah kan, pendidikan je pun. Kenapa nak susah-susah belajar benda alah tu semua. Walaupun tak sebanyak pelajar sains gunaan, tapi tetap persoalan tu bermain di minda aku satu ketika dulu. Kemudian sampai satu fasa, aku fikir "Inikan ilmu jugak. Sekurangnya kalau ada budak terlebih pandai yang tanya benda luar silibus, aku dapat jawab..." Tapi sebenarnya, kepentingannya lebih daripada itu.

Baru jumaat malam hari tu, aku selak buku sains seorang pelajar tingkatan 1 yang akan naik ke tingkatan 2. Buku ni sekadar buku rujukan biasa untuk tingkatan 1. Aku dah pelik kenapa tebal semacam. Aku selak tajuk. Melihat tajuk saja dah cukup untuk buat aku tergamam. Korang tahu tak, seawal tingkatan 1, pelajar-pelajar kita dah diajar tentang Homeostasis (ni dulu aku belajar untuk biologi), Periodic Table (form 4 dulu kot baru sentuh), Pembiakan Haiwan dan Tumbuhan (ironinya bab untuk reproduction ni masih Bab 4.. hahaha), Cahaya dan Optik (yang dulu belajar masa form 2) dan ada beberapa tajuk yang kita sendiri tak pernah belajar dulu contohnya tentang lapisan dalam bumi (bukan yang kita belajar sekolah rendah dulu yang kerak bumi mantel. Yang ni banyak nama saintifik yang mengelirukan), lapisan yang terdapat dalam ozon (punya berselirat nama dia oi) dan paling menyayat hati aku (amboi.. hahaha), tentang beberapa spesis haiwan pra-sejarah. Reptilia pertama, mamalia pertama.

Jadi kalau tingkatan 1 saja dah macam ni, boleh bayangkan tak apa yang mereka akan pelajari masa tingkatan 5? Untuk Biologi, Kimia dan Fizik. Ya, mungkin saja apa yang kita sedang pelajari masa ijazah ni, yang kita dok bangga-banggakan susah, yang kita rasa hebat sangat, akan dipelajari di peringkat sekolah. Jadi memang penting sebenarnya belajar kimia lebih-lebih.

Tapi bila difikirkan balik, benda ni dah berlaku lama dah. Aku berani cakap, separuh daripada apa yang kita pelajari zaman sekolah dulu, tak sampai 100 tahun pun penemuan dia. Periodic Table yang kita belajar dicipta pada tahun 1970an, DNA ditemui tahun 1950an, teori atom yang kita pelajari ditemui awal 1900 (yang ni baru masuk 100 tahun). Jadi sebenarnya tak mustahil apa yang kita pelajari untuk pra-U dan ijazah ni satu masa nanti akan dimasukkan ke dalam silibus sekolah satu hari nanti. Dan kami, pelajar yang ambil pendidikan ni laa yang kena ajar benda yang kita pening satu masa dulu kepada pelajar yang belum mencecah 15 tahun pun lagi.

Bunyi macam menakutkan bukan? Jangan risau, masa Periodic Table baru dicipta pun, ia hanya diajar di peringkat universiti sahaja. Sama juga DNA dan sebagainya. Namun, sedikit demi sedikit ia dimasukkan ke dalam silibus sekolah. Maka, sebenarnya memang perlu untuk seorang bakal guru mempelajari semua ni lebih awal. Supaya apabila silibus ditambah, tidaklah terkejut sangat. Walaupun rasa aneh, sebab kena ajar pelajar yang sangat muda topik yang sangat mengelirukan.

Terfikir satu peribahasa yang sesuai... 'Sediakan Payung Sebelum Hujan'

Rabu, 6 Disember 2017

Bosan

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Cuma aku rasa bosan. Hahaha. Dah la lama tak tulis apa-apa kat blog ni. Hrmmm.... bosan. Ok tu je~ Hahaha

Isnin, 25 September 2017

BISIK PADA LANGIT - review sikit

Pada mulanya, aku memang teringin nak tengok filem 'Bisik Pada Langit' ni sebab pelakonnya yang sedia maklum merupakan pelakon yang hebat seperti Beto dan Jalil Hamid. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu pengarahnya Kabir Bahtia. Tak sangka pula semalam tercapai hajat aku nak tengok. Selama ni kalau filem Melayu, aku tak tengok dekat wayang. Sama ada tengok secara haram di internet atau tunggu je keluar kat TV masa musim perayaan.

Filem ni aku pernah dengar dalam sebulan yang lepas. Tak silap bila baca status Beto dekat facebook dia. Mula-mula ingatkan drama malam sabtu. Kalau diikutkan memang sesuai pun. Tak sangka rupanya ini filem.

Jadi lepas dah tengok ni, memang lebih daripada apa yang aku jangka kehebatannya. Jarang sekali aku bergenang air mata kalau tengok filem Melayu. Kali ni tumpah jua. Hahaha

Filem ni sangat menggambarkan realiti masyarakat. Filem ni bukan setakat cerita cinta biasa. Atau cerita kekeluargaan yang kadangkala tak begitu menggambarkan realiti. Mula-mula dah tunjuk keadaan apabila Hajar sudah lahir tahun 1994. Ada nurse dekat rumah, borang lahir apa semua. Intro ni saja aku dah nampak filem ni bukan sebarang punya filem. Selalu kalau kita tengok babak anak baru lahir jarang ada benda-benda ni. Selain itu, babak seperti bila ayahnya Hajar nak jual tanah, passport dan urusan membawa pulang Hajar juga banyak menggambarkan situasi yang akan dilalui. Keadaan kemiskinan keluarga mereka.

Di samping menggambarkan realiti masyarakat, dari sudut kekeluargaan juga secara peribadi agak dekat dengan aku. Jujur aku cakap, watak ayah Hajar ni ada iras-iras atuk aku sikit. Dari segi kerenahnya. Keadaan bila lost dapat tau tragedi menimpa anak. Dan secara jujur, aku sedikit kagum dengan kesabaran watak Dee melayan kerenah bapanya walaupun pada akhirnya lepas marah sikit. Yang tak tahan tu masa dia cuba fahamkan bapak dia apa yang dia nak, bapak dia tak faham. Adoii... Eh serupa laa macam atuk aku tu. Hehehe. Biasalah orang tua. Memang macam tu peel nya. Kadang-kadang aku pun terlepas marah kat atuk aku.. huhuhu T.T (rasa bersalah)

Dari sudut lakonan, memang aku berpuas hati laa. Aku rasa real pada semua lakonan yang dilakonkan melainkan babak ayat couple Hajar dengan Irwan (sebab tak pernah couple tak tahu memang cakap macam tu ke apa... hahaha) Tapi yang lain memang rasa real. Cara pembawakan nampak kekeluargaannya, eh memang feel laa.

Selain itu, cerita ni bukan cerita klise. Banyak babak yang aku tak jangka pun terjadi. Contohnya

SPOILER ALERT! DUA PERENGGAN NI SPOILER ALERT! JANGAN BACA KALAU BELUM TENGOK!

babak Hajar mati. Masa ayah dia ajar Hajar mengucap tu. Pehh meleleh satu panggung (aku bergenang air mata je... hehehe). Padahal kau bayangkan baru dapat berita anak kau sedar daripada koma. Buat solat syukur. Dapat call lagi sekali. Tengah nazak. Bapa mana tak sedih dengar anak nazak dalam telefon. Satu saat sebelum tu kau tergelak sikit, lepas tu kau dah sebak secara mengejut. Tapi memang itu laa situasi yang pada aku tak mustahil dan normal terjadi sebenarnya.

Lepas tu babak akhir masa bapa dia dah berubah. Mula memandang anak-anak yang lain kelebihan yang ada pada mereka. Aku dengan kawan-kawan aku ingat bapa dia pula pergi. Serius macam tak sanggup dah menahan air mata. Rupanya tak.

OK BOLEH BACA BALIK DAH HEHE

Banyak lagi babak yang kau tak jangka pun terjadi. Serius cerita ni memang bagus. Daripada 10 aku bagi 10. Memang terbaik. Watak tak perlu banyak mana pun untuk jayakan cerita ni. Ini adalah filem Melayu pertama aku tonton di pawagam. Jadi faham-faham sendirilah kehebatan cerita ni. Bukan sebarang cerita. Ok laa, nak cakap panjang pun tak guna. Nak belajar ni (acahhh) semalam dah buang masa berwayang-wayang. Hahaha

Rabu, 23 Ogos 2017

Selamat Malam Rohingya

Pada 21 Ogos 2017, berlangsungnya perlawanan bola sepak peringkat kumpulan antara pasukan Malaysia dan Myanmar untuk Sukan SEA ke-29 yang bertempat di Kuala Lumpur. Malaysia menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA kali ini. Alhamdulillah kemenangan berpihak pada Malaysia untuk perlawanan tersebut dengan kemenangan 3-1. Tahniah skuad Harimau Malaya.

Tapi apa yang aku nak tulis ni bukanlah mengenai bola sepak (aku tak reti main pun), tetapi berkenaan isu lain. Aku baru lepas tengok video penyokong Malaysia (Ultras Malaya mungkin) yang menyanyikan lagu 'Selamat Malam Rohingya' pada malam perlawanan tersebut. Video tersebut dikongsi oleh beberapa page facebook. Apa yang menyedihkan aku adalah terdapat beberapa komen yang pada aku sangat tidak matang.

1. "Save Rohingya. Tp rakyat rohingya datang malaysia perangai mcm h*n*t"

Ya. Aku tau memang sesetengah antara kita berasa marah dan bengang dengan pendatang yang datang dari sana yang berperangai tidak sopan. Ada yang pengotor dan sebagainya. Tetapi wajarkah kita hendak membiarkan penindasan yang dihadapi oleh mereka hanya kerana perangai mereka? Wajarkah pembunuhan beramai-ramai dibiarkan hanya kerana sebab ini? Fikirkanlah.

2. "Save la sgt..time rohingya kena tibai xde pulak pegi jihad kt sana..taik"

Jihad tu luas skop dia. Bukan perang atau hantar bantuan makanan semata-mata. Pada aku apa yang penyokong Malaysia buat ni boleh kata termasuk dalam kategori jihad jugak pada aku. Sebab ianya sebahagian daripada memberi kesedaran dan setidaknya tidaklah kita lupakan nasib saudara seislam kita dalam seronok-seronok tengok perlawanan Malaysia menentang Myanmar.

3. "Sukan SEA tempat memupuk semangat perpaduan...............biarlah politik dengan politiknya........"

Isu Rohingya bukan isu politik. Konflik Palestin-Israel bukan isu politik. Kita tiada hubungan diplomatik dengan negara haram Israel bukan kerana isu politik semata-mata. Selalunya ayat ni dikeluarkan oleh non-Muslim yang kurang faham akan perasaan persaudaraan sesama Muslim. Walaupun, hubungan ukhwah sesama Muslim itu tidak sekuat ketika zaman kegemilangan kita, tapi cukup untuk aku katakan perasaan itu masih ada. Kita tetap merasa saudara seislam kita di Rohingya, Palestin dan di seluruh dunia seperti saudara kita juga. Jika mereka disakiti, kita juga turut merasa marah dan sakitnya. Maka, mana mungkin untuk kita diamkan jika kita lihat negara yang menyakiti mereka di hadapan kita. Pasti kita mahu tunjuk sedikit soladiriti ke atas nasib saudara seagama kita. Kita bukannya memukul (walaupun memang ada kes pukul memukul berlaku selepas perlawanan.. aku tak menyokong tindakan ini.. sebab yang dipukul tu belum tentu terlibat atas apa yang terjadi ke atas Rohingya), tapi sekadar menunjuk rasa simpati dan menyokong saudara kita di sana. Dan seriuslah, orang kena bunuh kita masih nak abaikan atas kata-kata "Ini politik semata-mata.."

Ok tu saja apa yang aku nak tulis setakat ni. Sebab aku rasa kadang kita ni macam kejam sangat. Cuba bayangkan kita kena apa yang orang Rohingya kena, lepas tu negara lain tak nak tolong sebab benda macam ni? Mesti kita sedih kan. Lebih-lebih lagi negara tu ramai orang seagama dengan kita. Ya, bab bantu tu, ikut kemampuan masing-masing la. Kalau dah semua lelaki pergi sana ikut perang siapa pula nak jaga negara kita. Kita ni dah semakin lemah, janganlah kita lemahkan lagi dengan sikap tidak mahu bantu saudara kita pulak. T.T

#saverohingya

Ahad, 4 Jun 2017

Sikap kita di bulan Ramadan...

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ramadan Al-Mubarak datang lagi dengan berjuta rahmat, dan ganjaran yang menanti kita. Bulan yang mendidik kita untuk menjadi seorang insan yang bertaqwa. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang kurang eloklah orang kata tu yang sentiasa kita semua atau sebahagian daripada kita lakukan dalam bulan Ramadan.

1. Pembaziran
Benda ni memang lumrah. Bukan di Malaysia saja malah di negara-negara Islam yang lain. Seharusnya di dalam bulan Ramadan inilah kita boleh berjimat cermat dalam bab pemakanan. Namun sayang seribu kali sayang, di kala waktu berbuka puasa umpama pesta makanan jadinya. Nak-nak lagi kalau beli makanan di bazar ramadan. Semua makanan nak beli kalau boleh. Tapi bila waktu berbuka saja, hanya sedikit yang dimakan. Walau macam mana kita menyaksikan pembaziran itu seumur hidup kita, kita sentiasa mengulanginya. Kadang tu tanpa rasa bersalah. Bukankah orang yang membazir itu diibaratkan sebagai saudara syaitan? Ramadan seharusnya mendidik kita menjadi seorang Muslim yang bertaqwa, tapi kita? Bila masuk Ramadan mula membazir. Astaghfirullah.. T.T

2. 8 atau 20?!!!
Ini memang sentiasa diperdebatkan sejak zaman dulu lagi. Aku rasa sebelum merdeka agaknya dah digaduhkan. Cuma isu ini semakin luas merebak sejak ada media sosial ni. Aku rasa kita semua ni mesti dah muak dengar perdebatan ni. Tapi sekarang aku rasa isu ni dah mula senyap dan diharap kekal senyap tanpa perlu diperdebatkan lagi. Walaupun aku selalu terdengar golongan berusia masih memperbesarkan isu ini, tapi aku harap kita yang muda-muda ni dah boleh terima. Bayangkanlah, kita ni diasak musuh Islam dari segenap penjuru. Takkan kerana perkara khilaf ni kita nak berpecah? Tolak ansur itu perlu. Bukan dalam isu rakaat terawih di bulan Ramadan saja. Isu wirid selepas sembahyang, bacaan yasin pada malam jumaat, talkin, sambutan maulud dan banyak lagi. Tak perlu diperbesar-besarkan isu yang remeh temeh ni lagi. Banyak isu besar yang boleh kita fikirkan solusinya bersama-sama. 

3. Ramadan Muslim
Ini normal. Serius normal. Dan tak ada apa salahnya. Aku agak hairan dengan orang yang suka sindir orang yang nak buat baik dalam bulan Ramadan ni. Apa masalah dia eh? Eh baguslah orang nak datang masjid & surau dalam bulan Ramadan ni. Walaupun sebenarnya memang lagi elok kalau dikekalkan sehingga keluar dari bulan Ramadan tapi sekurang-kurangnya mereka masih fikir untuk merebut ganjaran pahala di dalam bulan Ramadan. Tak kurang pahala kau kalau orang yang jarang ke masjid datang masjid dalam bulan Ramadan. Kau kutuk dia yang buat kurang pahala tu. Sedangkan sahabat Nabi pun menambah amalan di bulan Ramadan. Kau rasa dengan amalan kau yang kononnya banyak tu cukup untuk kau memandang rendah orang lain. Eh terlebih marah pulak aku kan...

4. Persiapan raya
Yang ni aku rasa semakin berkurangan mungkin. Sebab sekeliling aku dah mula kalau sebut raya je diorang akan kata tak ada nak fikir apa sangat pun. Sambut apa adanya. Kadang-kadang aku rasa kita ni dah mula sambut puasa dengan meriah lebih daripada raya. Dah macam orang-orang Arab gitu. Tak ada dah acah-acah dramatik raya nak ada itu ini bagai. Kuih pun banyak kuih tunjuk. Lemang pun kalau teringin merata jual sepanjang tahun. Tak ada jumpa lemang cuma di pagi raya saja. Ketupat palas pun dah selalu sangat jumpa. Cuma ketupat anyam biasa tu memang jumpa time raya aje la. Yalah mungkin susah nak anyam tu yang cuma jumpa time raya je. Tapi serius, lagi elok bulan Ramadan ni fokus habis untuk cari ganjaran pahala je. Persiapan raya tu siap ala kadar pun ok. Walaupun ya aku tak nafikan di penghujung Ramadan, jumlah jemaah yang datang terawih semakin berkurangan. Agak aneh di situ. Seharusnya kita menambah amalan kita dah nak hujung-hujung Ramadan ni. Nak kata persiapan raya tu takkan tiap-tiap malam kau bersiap? Nenek aku pun suruh aku gantung langsir lepas aku balik terawih. Ya tak dinafikan kita kena bersangka baik mungkin saja yang tidak berterawih itu tidur awal untuk berqiamullail.

Kesimpulannya, bulan puasa ni sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan. Tujuan utama berpuasa pun menjadikan kita seorang yang bertaqwa bukan sahaja di dalam bulan Ramadan sahaja, tapi apabila kita keluar dari Ramadan kita mengekalkan ketaqwaan kita. Kita (termasuk aku) walaupun masih jauh untuk itu, tapi apa salahnya kita cuba sedikit demi sedikit. Bukankah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sekian.

Selasa, 9 Mei 2017

Sudah hilangkah rasa malu dalam diri kita? T.T

Kedatangan seorang pelakon cerita dewasa ke Kuala Lumpur mendapat banyak reaksi yang berbeza-beza oleh orang kita. Cuma dalam apa yang aku nak tulis ni, aku khususkan kepada yang beragama Islam. Dan ni lebih kepada apa yang aku nampak di media sosial terutamanya facebook.

Mula-mula, yes aku kenal dia daripada sekolah. Bukan sebab tengok ye. Sebab masa tu ada kawan-kawan aku asyik dok sebut nama tu. Lepas tu sebagai seorang kaki facebook, kadang tu selalu nampak orang buat trol nama tu. Tapi muka dia memang aku tak kenal. Jadi masa aku terbaca satu page kata dia datang Malaysia aku pun macam... tak rasa apa sangat. Cuma aku menjangkakan akan ada bangkangan dari netizen (sebab dia datang untuk bercuti je. Jadi tak ada orang politik atau siapa yang berautoriti boleh buat apa-apa). Jadi mungkin netizen akan meluahkan rasa bimbang mungkin bash pelakon tu. Dan aku juga menjangkakan page-page facebook akan menyiarkan netizen meroyan marah ke apa dia datang Malaysia. Atau paling tidak pun berita tu berlalu begitu saja dengan bunyi cengkerik krik..krik..krik...

Tapi... lain pulak jadinya. Sebab dalam dua tiga hari ni aku ternampak beberapa gambar orang Islam kita (semua lelaki setakat ni) bergambar dengan dia. Tak tahulah motif apa mereka ni? Aku tak berapa nak kisah sangat kalau bukan Islam sebab bukan tempat aku pun nak tegur. Cuma mereka yang Islam ni? Serius aku rasa malu dengan apa yang terjadi.

Aku pun bukannya tak pernah buat dosa? Kita manusia. Buat dosa dan kesilapan adalah normal. Cuma terpulang nak bertaubat atau tak. Dan lagi penting, jaga aib. Sebenarnya benda ni aku perasan lama dah. Banyak page-page (ada yang dikendalikan oleh orang Islam kita) banyak sebut nama pelakon-pelakon lucah ni. Tak kurang juga dalam kalangan kawan-kawan aku ada yang share dari page antarabangsa pasal post trol pelakon lucah. Aku yang daripada tak kenal pun boleh kenal. Bodoh gak aku gi google nak tau siapa diorang ni. Ingatkan siapa, rupanya.....

Memang, dalam masyarakat kita tak kira lelaki mahupun wanita, ramai yang pernah atau masih melayan benda tu. Kebanyakannya lelaki. Aku juga ada kawan yang dulu pernah. Tapi tak ada la pulak dia dok bangga-bangga kat media sosial. Baru tadi salah seorang kawan aku ni luahkan rasa marah dan malu dia dengan keadaan orang kita yang bangga bergambar dengan Maria ni. Kat mana kita dah campakkan rasa malu kita?

Ada juga aku perasan yang tulis "...daripada yang ambil rasuah, hak orang bla..bla..bla.." Perlu ke membanding-bandingkan dosa. Aku kasi contoh, kalau rumah kau masuk pencuri tengah malam. Dia curi barang kau. Ambil la sikit laptop kau, duit mana yang dia jumpa. Dijadikan cerita kena tangkap. Adakah kau boleh terima alasan kalau pencuri tu kata, "... daripada yang rompak ikat tuan rumah tanya mana letak harta benda. Aku sekurangnya jaga nyawa orang..." kau boleh terima? Adakah di hadapan Tuhan nanti kau nak kasi alasan macam ni atas semua dosa kau. "....sekurangnya aku tak bunuh orang, amik hak orang, tak rasuah ya Allah..."

Ada juga yang kata acah-acah islamik sikit kata mungkin kalau dia (agaknya si penulis merujuk kepada Maria atau yang bergambar dengan dia) bertaubat akan jadi Muslim yang baik. I mean? Yang selama ni kau kutuk Najib, segala ahli politik yang Islam atau bukan Islam tu boleh pulak? Tak pernah pulak kau keluarkan ayat-ayat ni masa tu.

Aku perasan, dalam zaman sekarang ni perbincangan benda ni (aku tak tau nak istilah apa yang sopan jadi harap korang faham laa kalau aku sebut 'benda') pun seolah jadi kebiasaan. Tapi kalau sampai nak cerita pernah tengok benda tu... agak-agak laa. Aku pun serba salah nak kasi nasihat agama sebab aku pun bukannya baik sangat. Tapi selagi kita mampu, kita sorok segala dosa yang kita dah dan pernah buat. Tuhan dah tutup aib kita. Jangan pulak kita bukak.

Apa? Hipokrit kalau macam tu? Aku tak tau definisi hipokrit pada korang. Tapi, yang pasti tu bukan tanda munafik. Kalau kau buat dosa dan kau rasa benci dengan apa yang kau buat, kau bukan munafik. Jadi tak ada salahnya kau tak cerita apa dosa yang kau buat. Itu yang kita kena buat. Jadi bila kita cerita dengan gebangnya pasal benda-benda lucah ni, nak-nak yang dok sebut link itu ini layan kat mana (ya ada yang tulis sampai ke tahap macam tu...), tu nak kata apa? Ada hadis pasal cerita pasal dosa kita kat khalayak. Try baca.

Aku pendosa, kau pendosa, kita semua pendosa. Tapi cukuplah dosa dengan Tuhan tu antara kita dengan Tuhan je yang tau. Dan kita semua berusaha untuk bertaubat. Sampai bila kita nak sesat jauh macam ni? Aku pernah dengar ceramah kat surau UiTM ni ustaz ni kata lebih kurang macam ni.. Islam ni pecahan di bawahnya Akidah, Ibadah dan Adab. Tak ada salah satu tak lengkap. Jadi isu pelakon ni datang Malaysia ni lebih kepada isu adab. Hishhh senang cerita mana rasa malu dalam masyarakat kita pasal benda ni? Tak tau malu ke?




***kalau yang jenis perhati, aku sebelum ni aku tulis, aku cuba jaga ayat supaya nampak ilmiah sikit. Tapi kali ni aku main bedal je. Sebab rasa meluat masa tengah tulis.... -_-

Isnin, 24 April 2017

Lawatan ke PPKI SMK Alam Damai, Cheras

Hari Jumaat lepas (21 April 2017) kelas aku dengan sebahagian kelas bio, kami telah pergi ke SMK Alam Damai untuk tugasan subjek Psikologi Pendidikan (Educational Psychology) kami. Tugasan kami secara mudahnya mengenai Pendidikan Khas senang cerita. Kami perlu memerhati dan kalau boleh menemubual mereka dan kami kaitkan dengan teori perkembangan kanak-kanak semua tu.

Jadi, sepanjang lawatan tersebut, aku banyak belajar benda baru. Pertama sekali, seronok yang teramat. Aku selalu dengar menguruskan pelajar Pendidikan Khas ni seronok. Orang kata sebab diorang ni dengar kata. Sebenarnya aku rasa seronoknya bukan tu. Sebab pelajar-pelajar istimewa ni ikutkan lagi banyak kerenah. Tapi kita rasa seronok sebab kerenah mereka. Biasalah, mereka-mereka ni orang yang diampunkan segala dosa. Jadi kita biasanya akan rasa tenang je melayan kerenah diorang. Walaupun mestilah sampai satu tahap akan ada rasa stres, tertekan dan sebagainya, tapi lumrah dalam apa jua keadaan sekalipun mesti akan rasa macam tu juga.

Ada salah seorang cikgu Pendidikan Khas kat sekolah tu dia sebenarnya kelulusan biologi dan pernah mengajar biologi sebelum mengambil keputusan untuk jadi cikgu Pendidikan Khas ni. Dia kata, beza mengajar pelajar Pendidikan Khas dengan pelajar biasa ni, kalau pelajar biasa buat hal, kita akan rasa marah, dan kadang-kadang sakit hati. Tapi kalau dengan pelajar pendidikan khas ni, buatlah apa pun kita secara automatik akan sabar sebab kita tau bukan salah diorang. Lagi satu kita akan rasa puas kalau kita tengok beberapa pelajar yang pada mulanya, nak butang baju pun tak reti, tapi lepas beberapa tahun kita ajar mereka, diorang boleh urus diri diorang sendiri.

Selain tu, aku pun berpeluang kenal beberapa orang pelajar istimewa ni. Salah seorang namanya Akil. Dia ni slow learner tak silap aku dan ada sawan. Dia pun ada masalah ingatan. Hrmm.. masalah ingatan pun sampai nyanyi memang sedap. Lirik lagu pun dia ingat. Biasalah, apa orang kata, dia ingat pada benda yang memang minat dia. Tapi serius suara dia sedap. Aku literally bergenang air mata masa dia nyanyi lagu Tajul tu.

Lagi seorang namanya Felicia. Dia ni kelakar sikit. Pertama kali nampak, comel, baik walaupun nampak la sikit dia berbeza daripada pelajar normal. Tak silap aku dia ni Autisme. Bila kami puji dia depan dikgu-cikgu, cikgu kata "Awak jangan tertipu. Dia ni ada hyper sebenarnya. Nampak je baik, sopan santun. Datang mood dia nanti, dia naik blok kacau pelajar-pelajar lain..." Hahaha.. comel je weh.

Lagi sorang namanya Yuanesh (aku tak pasti ejaan... tapi sebutan lebih kurang ni). Aku tak tau dia ada masalah apa, tapi satu benda istimewa pasal dia ni, dia boleh ingat hari untuk setiap tarikh tahun ni. Contoh hari jadi aku 23 September, automatik dia kata "Saturday". Ya tahun ni hari lahir aku jatuh pada hari sabtu. Kami memang terkejut gila la bila dia dapat teka semua betul.

Jadi, secara umumnya memang seronok pergi mengenal pelajar-pelajar pendidikan khas ni. Secara jujurnya dalam kepala aku memang fikir pasal assognment je sebelum jumpa diorang. Bila dah kenal tu, aku tak terfikir pun pasal assignment. Aku cuma enjoy dan hrmm.. seronok. Memang pengalaman ni satu yang sangat berharga la. Aku ada terfikir kejap kalau nanti aku nak jadi cikgu Pendidikan Khas je la. Memang seronok. Terima kasih SMK Alam Damai sebab menerima kami untuk mengenal anak-anak istimewa ni.


Ramai-ramai bergambar dengan cikgu dan semua pelajar.

Khamis, 6 April 2017

EduScitech2017 - Sebuah Pengalaman~

3 & 4 April yang lalu, berlangsungnya satu program besar untuk persatuan kursus aku iaitu Edu Scitech 2017 (Science Education Technology Festival 2017) yang berlangsung di UiTM Shah Alam khususnya di DATC dan Pusat Sukan di sana. Aku menjadi ketua unit logistik untuk program ini. Sejujurnya aku malas nak terlibat lebih-lebih dalam program ni. Asalnya aku cuma bawah roket. Entah macam mana boleh tersangkut logistik. Hahaha.


Image may contain: text
Poster Scitech
Scitech ni merupakan satu program di mana sekolah-sekolah yang menyertai akan bertanding. Terdapat lima pertandingan yang dianjurkan iaitu Roket Air, Kereta dan Bot Solar, Kapal Terbang Kertas, Rekacipta dan Inovasi dan akhir sekali Drama Sains.


No automatic alt text available.
Pertandingan yang dijalankan...
Daripada program ni aku belajar banyak benda dalam berprogram. Serius, rupanya banyak lagi benda yang aku tak tau. Paling ketara, perkara mengenai penajaan. Aku memang kosong kalau nak sebut soal sponsorship ni. Memandangkan scitech ni memerlukan perbelanjaan yang banyak, maka sponsorship merupakan perkara paling utama. Setiap kali meeting, sponsor merupakan perkara paling lama dibincangkan. Tapi aku tak faham apa sangat pun yang diorang cakapkan.

Selain tu, aku belajar banyak benda dalam urusan untuk kendalikan logistik ni. Dari soal peralatan sampailah ke bas. Macam-macam dugaan melanda. Daripada peralatan sampailah kepada tempat pertandingan dan bas. Sakit kepala aku memikirkannya. Hahaha. Masa hari program pun, penat dia tak payah cakaplah. Tapi aku tak kisah penat fizikal sangat. Asal bukan penat sebab berfikir atau menahan perasaan marah dekat orang. (ehemm.. bunyi lain macam je.. hahaha). Serius aku rasa logistik ni unit yang masuk dengan aku. Dua kali aku jadi logistik dan aku suka jadi logistik. Tapi mungkin nanti aku nak try masuk unit lain ke mana-mana program nanti untuk tambah pengalaman.. gituu~

Antara perkara menggembirakan jadi ajk logistik ni bila kau tengok peralatan yang kau dapatkan tu berguna. Hahaha. Lagi satu, kau tak perlu fikir sangat pasal penampilan kau sepanjang program. Rasanya aku sorang je dalam beratus tenaga kerja yang ada masa program yang pakai selipar. Hahaha. Sampai sir pun tegur aku kenapa pakai selipar.. 


Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor
Keadaan di dalam Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)
ketika majlis sedang berlangsung
Walaupun masa sebelum dan ketika program aku rasa nak cepatlah habis scitech ni, tapi bila dah habis baru aku sedar sebenarnya best scitech ni. Dah habis ni rasa lost la pulak. Nak belajar otak jadi blank. Hahaha. Thanks pada semua yang banyak membantu aku terutamanya pengarah asal, Izul yang berulang alik dari Shah Alam-Puncak Alam demi menjayakan program ni, bantu aku setelkan urusan logistik aku dalam keadaan susah dan payahnya, setiausaha, Kak Farah, Amani & Teah yang banyak bagi nasihat serta menjadi tempat meluahkan perasaan... hahaha.., mantan presiden Seeds, Hafiz yang jadi kaunter pertanyaan aku, team logistik yang lain, Rais, Mad & Razaq, lecturer-lecturer Sir Hisyam & Sir Furkan, event-event leader Fatin, Far, Eton, Bibo & Ana.. dan semua yang banyak tolong aku dalam menjalankan tugas logistik scitech ni. Cehhh ucapan konon.. hahaha..

Tapi seriuslah pengalaman scitech ni antara pengalaman berprogram aku yang paling best setakat ni. Kali terakhir aku seronok berprogram macam ni aku tak ingat bila. Aku rasa ini kali pertama aku terlibat dengan mendalam untuk sebuah program yang sangat besar. Sesuatu yang boleh aku ambil untuk jadi pengalaman di masa akan datang. Sekarang fokus belajar dulu. Kena rilek kejap dua tiga hari. Otak masih mamai-mamai nak fokus belajar semula. Hahaha. 

Sabtu, 18 Mac 2017

NORTH AND SOUTH

Dalam cerita Avatar (TLA & LOK), Water Tribe terbahagi kepada tiga bahagian. Satu di Kutub Utara yang merupakan kawasan pertama didiami oleh Water Tribe ni. Kemudian sebahagian mereka berhijrah ke Kutub Selatan dan membentuk satu komuniti baru. Tidak lama kemudian sebahagian daripada mereka berhijrah sehingga ke paya (The Swamp) dan masa berlalu, puak air yang mendiami paya ini mula lupa akan asal usul mereka di dua belah kutub itu.


Ketika Perang 100 tahun (100 year of war), Puak Air Selatan (Kutub Selatan) seringkali diserang oleh Fire Nation sehingga mengakibatkan bilangan waterbender di selatan berkurangan sehinggalah hanya tinggal Katara saja. Para lelaki di Selatan seringkali pergi membantu Earth Kingdom untuk mengalahkan Fire Nation yang mencetuskan perang. Malahan mereka juga antara yang terlibat dalam membantu Aang cubaan untuk menakluk ibu kota Fire Nation ketika gerhana matahari meskipun berakhir dengan kegagalan.

Puak Air Selatan Sebelum Perang
Masa Katara & Sokka kanak-kanak

Sudahnya tinggal ni je

 Ketika Puak Air Selatan membantu secara langsung untuk menamatkan perang, Puak Air Utara mengambil tindakan sebaliknya dengan bersembunyi di balik tembok dan mengekalkan ketamadunan mereka.  Tiada bantuan daripada utara kepada selatan atas faktor jarak antara keduanya yang sangat jauh. Bukan saja bantuan kepada saudara mereka di selatan, malah bantuan kepada Earth Kingdom juga tidak pernah dihantar. Senang cerita memencilkan diri hidup senang lenang.

Puak Air Utara punya tempat

Sesudah perang, Katara dan Sokka berhasrat untuk menjenguk bapa mereka (Hakoda) di Kutub Selatan. Hakoda kini telah dilantik sebagai Ketua Puak Air Selatan. Seluruh Kutub Selatan di bawah kekuasaannya. Sampai saja mereka berdua di Kutub Selatan, mereka tidak menyangka sudah banyak perubahan yang berlaku di kampung mereka. Oh.. bukan kampung lagi, ia sudah menjadi bandar.

nampak lain gila lepas setahun tak balik


Kemajuan yang dikecapi ini hasil kerjasama antara Hakoda dan wakil daripada Utara, Malina dan Maliq. Mereka berdua mempunyai visi untuk memajukan saudara mereka di Selatan supaya mengecapi apa yang telah dicapai oleh Utara sebelum ini.

Namun untuk melakukan perubahan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak tentangan yang dihadapi oleh sebahagian yang merasakan seolah-olah pihak Utara ini mahu menjadikan Selatan sebagai tanah koloni. Pada mereka kenapa perlu meminta bantuan Puak Air Utara untuk memajukan selatan? Sedangkan ketika Perang 100 tahun, mereka tidak membantu saudara mereka di selatan.

Dipendekkan cerita, Malina dan Maliq memberitahu Katara dan Sokka bahawa mereka telah menjumpai sumber minyak di sebuah kawasan di Selatan. Sebagai seorang yang sentiasa memandang ke hadapan, Sokka berasa teruja kerana ini dapat membantu Selatan maju ke hadapan. Tetapi Katara mula berasa tidak senang kerana ini boleh merosakkan budaya di Selatan. Namun Katara tidaklah membangkang rancangan Malina dan Maliq.

Malam itu, sebuah perayaan diadakan. Puak pemberontak mengganggu perayaan tersebut lalu menunjukkan bukti kepada orang ramai bahawa Malina dan Maliq berhasrat mahu menyerahkan telaga minyak yang dijumpai itu untuk menjadi hak milik Puak Air Utara. Malina mengaku bahawa itu rancangan asalnya tetapi kemudian dia ingin membatalkan rancangan tersebut setelah melihat masyarakat di Selatan. Tetapi tidak bagi Maliq yang rupanya masih mahu menerukan rancangan tersebut. Pada Maliq, masyarakat di Selatan masih mundur dan tidak boleh menguruskan telaga minyak yang dijumpai itu.

Puak pemberontak berasa marah lalu menyerang mereka berdua. Meskipun berasa marah terhadap Malina dan Maliq, Katara dan Sokka melindungi mereka berdua. Hakoda ditikam. Namun akhirnya pemberontak semuanya berjaya ditangkap. (ni aku dah ringkaskan seringkas-ringkasnya.. cerita dia lagi complicated sebenarnya).

Haa point aku di sini sekadar nak tunjuk pada mereka yang menganggap tengok kartun anime untuk kanak-kanak je. Aku sendiri tertanya cerita Avatar ni untuk kanak-kanak atau orang dewasa sebab temanya walaupun nampak ringkas tapi isinya berat. Hahaha.. cerita punya panjang sekali nak tunjuk cerita kartun bukan untuk budak-budak je. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita Water Tribe ni sebenarnya tapi nanti ada masa in sha Allah aku ulas ye nanti. Setakat ni itu saja untuk malam ni. Sekian...

Sabtu, 11 Mac 2017

Melawat UPSI

Ok.. entri kali ni pendek je..

Fuhh.. baru saja balik daripada melawat UPSI. Tempat aku mengambil diploma. Perasaan? Puas. Seronok. Teruja. Eh semua perasaan positif la. Walaupun sangat sekejap sebab satu malam je kat sana dek kerana Ahad ni aku ada kem kepimpinan apa entah. Tapi serius kata memang seronok aku kat UPSI jumpa beberapa sahabat lama yang dah sekian lama berpisah. (ecewaaahhhh)

Kalau nak diikutkan, tak banyak benda berubah di Kampus Lama dan aku suka tu sebab banyak memori lama yang aku boleh ingat. Tapi di kampus baru, memang banyak benda berubah. Baik daripada kafe, hinggalah kepada fakulti. Mujur masjid tak ada apa-apa perubahan sangat semenjak kali terakhir aku sembahyang di sana. Kolej? Sama je.

Tapi tujuan utama aku melawat upsi ni bukanlah sekadar nak tengok-tengok keadaan upsi tu. Mestilah nak jenguk kawan-kawan kat sana yang satu ketika dulu pernah berkongsi suka dan duka bersama. Hehehe.. Terubat juga rindu aku kat diorang. Masing-masing perangai tak berubah. Ada yang jumpa terus bahan aku. Hahaha. Malam kat upsi terasa meriah dengan gelak tawa dan saling bahan membahan. Seronok. Sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada zaman kegemilangan diploma dulu. Hahaha. Kebetulan juga minggu ni KUO ada buat hari terbuka. Sangat-sangat meriah jika hendak dibandingkan dengan hari terbuka kolej masa aku kat upsi dulu. Wow. Memang banyak perubahan yang ada kat upsi. Baguslah.

Sememangnya perasaan melawat upsi ni memang sukar untuk digambarkan. Tak tergambar keseronokannya. Kebetulan aku banyak stress beberapa bulan kebelakangan ni. Alhamdulillah aku dapat lepaskan stress aku ni sekejap. Terima kasih Faizal, Azim, Hans, Mustakim, Teah, dan semua laa kerana sudi terlibat.. hehe.. Ini boleh kata antara perkara terbaik yang berlaku kat aku dalam tempoh beberapa bulan ni semenjak semester 2 itu hari. Ok.. esok kem. Mula stress balik. Hahaha

Rabu, 8 Mac 2017

Buku Fattah Amin punya pasal

Salam. Aku tau aku tulis ni untuk perkara yang dah sejuk. Pasal buku Fattah Amin yang viral itu hari. Pertama kali baca orang kongsi, serius aku ingat orang bergurau atau gambar tu edit semata-mata. Tak sangka memang betul. Lepas tau bahawasanya pelakon Fattah ni ada buat buku, aku tak dapat bayangkan buku pasal apa? Novel? Atau apa.. Rupa-rupanya, hrmmm... macam kita semua tau macam mana.

Rasanya kita semua tahu akan pelambakan buku-buku macam ni yang banyak dijual. Ada baik dan buruknya. Tak semestinya semuanya buruk. Pada yang menyokong pasti akan kata "Baguslah, kita galakkan orang-orang muda membaca.." Pada yang membangkang pula "Kewujudannya buat orang baca perkara yang tak berfaedah. Baik baca buku ilmiah yang mengembangkan minda..." Pada jenis rakyat moden sejati di masa kini pula akan kata "Eh, lantaklah dia nak buat apa. Bukannya ganggu korang pun.." Jadi kita dalam kategori yang mana satu?

Apa aku nak tulis ni bukanlah untuk menyokong atau bangkang buku Fattah Amin ni. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Cuma apa pengajaran yang kita boleh dapat daripada isu yang mungkin pada sesetengah orang 'entah apa-apa.. benda camni pun nak jadi isu..' Ohh ada pengajaran ke daripada buku Fattah Amin ni? Ya, ada beberapa benda yang buat aku sedar daripada buku Fattah Amin ni.

Benda yang boleh aku dapat daripada isu ini adalah kita sememangnya sedar bahawa generasi kita sangat kurang membaca. Kalau baca pun pada perkara yang kurang berfaedah. Ok kita letak tepi dulu pada mereka yang baca perkara yang kurang berfaedah. Kita cerita pasal yang tak suka membaca ni. Memang aku perasan kebanyakan kita malah kawan-kawan aku sendiri tak suka membaca. Aku tak ada harapkan korang baca benda yang berat pasal politik atau sains yang buat kepala korang pening. Aku sendiri jarang dan tak berapa minat baca mengenai soal-soal politik aras tinggi dengan perkataan pelik-pelik yang jarang aku dengar. Tapi cukuplah kita rajin membaca isu-isu terkini. Nak suruh baca sejarah, korang tak minat. Bukan semua minat sejarah.

Sejak daripada sekolah lagi sebenarnya, kementerian dah berusaha nak galakkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak supaya boleh dijadikan amalan kepada mereka apabila dewasa. Contoh, program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Dari kita darjah satu cikgu perpustakaan kita kalau cakap kat perhimpunan mesti pasal program NILAM ni. Tapi aku tertanya, berkesan ke program NILAM ni? Program ni mungkin akan jadi lebih berkesan kalau ibu bapa atau keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Seharusnya ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak mereka akan budaya membaca sejak mereka seawal 5-6 tahun lagi.

Aku ingat masa aku kecik mak dengan atuk aku rajin belikan buku untuk aku. Bila aku masuk umur 9 tahun entah macam mana aku tergerak nak beli novel Harry Potter (yang dalam BM punyalah..). Kebetulan aku beli siri yang pertama. Dan sejak tu aku selalu mintak nak beli yang kedua, ketiga sampailah ketujuh daripada keluarga aku supaya belikan. Biasalah budak-budak, mana ada duit banyak nak beli Harry Potter ni. Walaupun selalu diorang bebel asyik baca novel tak berfaedah, tapi diorang belikan jugak. Sebab apa? Sekurangnya aku membaca, bukan buat benda bukan-bukan pun. Daripada membaca novel Harry Potter ni aku sedar yang benda aku minat buat adalah membaca. Kebetulan atuk aku ada banyak buku-buku cerita pasal sejarah Nabi-Nabi dan sahabat. Dari situ aku mula minat sejarah.

Ok aku pun dah tak tau point aku ke mana sebenarnya tapi aku teruskan juga sebab sedap pula menaip ni. Apa yang nak aku tekankan di sini, untuk menerapkan budaya membaca dalam generasi kita seharusnya bermula dari kanak-kanak lagi. Bukan remaja. Seawal yang mungkin. Kalau sesetengah ibu bapa mampu beli ipad untuk senyapkan anak-anak, kenapa tak mereka belikan buku yang menarik untuk mereka? Kalau tak mampu, buku terpakai banyak je. Majalah kanak-kanak banyak yang bagus-bagus. Contohnya dulu aku ingat lagi aku suka baca Majalah Asuh. Yang ada komik godaan syaitan tu. Selain daripada komik tu banyak bahan bacaan menarik dalam tu. Cerita-cerita Nabi, cerpen dan sebagainya yang bagus untuk kanak-kanak membacanya. Banyak je cara untuk kita ajak anak-anak kita membaca. Bak kata pepatah yang kita belajar sejak sekolah rendah lagi 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya..'

Ok di mana kita tadi? Oh ya buku Fattah Amin. Haa punya panjang aku melalut. Jadi, terpulanglah pada kita nak sambut baik atau buruk buku dia ni. Dah dijual dah pun. Bukannya boleh kita suruh kerajaan haramkan buku ni pun. Cuma pada aku, dengan harga sebanyak RM 55 sangat-sangatlah tak berbaloi. Sebab bukannya ada apa pun dalam buku tu. Setakat kata-kata dia dengan gambar dia. Harga mahal tu pun aku rasa sebab kertas, print warna dan sebagainya. Yalah, dia pun buat buku tu untuk peminat dia. Tapi pada aku laa, Fattah Amin ni dah ramai peminat. Kenapa tak gunakan peminat dia yang ramai tu untuk buat buku yang lagi bermanfaat? Dan dengan harga yang lebih berpatutan. Aku tak rasa ada peminat dia dalam kalangan baya aku. Kebanyakan yang lebih muda daripada aku iaitu remaja sekolah. Kalau dia hargai peminat dia, mesti dia akan letak dengan harga yang lebih murah supaya peminat dia boleh beli. Ni harga macam suruh peminat hargai dia je aku rasa. Mungkin penerbit nak letak harga tinggi aku tak tau. Budak sekolah bukannya berduit sangat. Itu pandangan aku la. Nak galakkan anak muda membaca mestilah letak harga yang sesuai dengan anak muda. RM 55 tu boleh beli 3 buah buku yang lagi banyak isinya.

Ok sekian penulisan aku yang berterabur ni. Sebab hari ni tak ada kelas dan aku dalam mood introvert sekarang. Jadi aku pun bazirkan masa tulis benda ni. Assalamualaikum.

Selasa, 7 Mac 2017

Politik Tak Bertempat

Sehari dua ni heboh timbul sedikit konflik antara hubungan Malaysia dan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA. Aku malas nak cerita panjang pasal benda ni sebab korang semua boleh dapatkan informasi dekat mana-mana berita, page fb (yang bersesuaian macam The Patriots) dan banyak medium lain. Cuma yang menarik perhatian aku sampai tergerak nak tulis ni adalah sikap segelintir orang kita yang mengutuk kerajaan sendiri sedangkan apa yang kerajaan buat setakat ni kira baik demi mempertahankan kedaulatan negara.

Sebenarnya bukan isu konflik Korea Utara dengan Malaysia saja yang kita nampak perangai orang kita yang macam ni. Isu sebelum ni macam isu Rohingya misalnya. Bila saja kerajaan mengatakan mahu bantu saudara kita di Rohingya, maka nampaklah kita komen orang kita yang katanya kerajaan tolong rakyat luar, tapi rakyat negara sendiri tak terbela. Sanggup dia samakan nasib Rohingya tu dengan dia? Orang di sana kena bunuh hari-hari. Anak bini dirogol sesuka hati. Tak ada perikemanusiaan ke?

Sekiranya kita ada perselisihan antara kita sekalipun, itu urusan dalaman kita. Bila mana melibatkan negara luar, kita perlu bersatu padu tanpa mengira latar belakang politik sekalipun. Walaupun sebenarnya perangai 'keyboard warrior' yang majoritinya menggunakan akaun palsu ni tak beri kesan yang ketara, tapi sebenarnya benda macam ni boleh mengubah 'mind set' sesetengah orang. Sikit-sikit lama-kelamaan akan jadi bukit juga. Jadi sebelum ia jadi lebih parah, seeloknya kita cantas awal-awal lagi.

Kalau kita selusuri sejarah pun, banyak tamadun hebat tumbang kerana konflik dalaman. Apabila musuh datang menyerang, masing-masing tak bersatu. Korang pernah perasan tak kenapa tanah semenanjung Arab ni walaupun zaman jahiliyah pun, kerajaan Rom dan Parsi tak pernah serang? Ya mungkin sebab kawasannya yang gurun panas. Tapi aku pernah terbaca dulu Kerajaan Parsi pernah menyerang sebuah kawasan di Tanah Arab. Masa ni berlaku zaman jahiliyah (sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW). Macam kita tau, bangsa Arab ni hidup berpuak-puak dan sering berperang antara satu sama lain. Tapi bila mana mereka tau pihak luar (dalam cerita ni Parsi) mereka bersatu padu mengusir Parsi daripada memasuki wilayah mereka.

Di zaman sahabat juga. Saidina Ali dan Saidina Muawiyah pernah berselisih. Perselisihan antara dua sahabat Nabi yang agung ni sehingga membawa kepada Peperangan Siffin. Pada ketika itu datang tawaran daripada Rom kepada Muawiyah untuk membantu Muawiyah mengalahkan Ali. Tapi adakah Muawiyah terima tawaran tersebut? Tidak sama sekali. Malah dia siap bagi amaran seandainya Rom cuba serang Ali pada ketika itu, dia sendiri akan ada di hadapan barisan tentera Ali mempertahankan Ali.

Ok, dari dua contoh ni tak nampak sangat kaitannya dengan keadaan kita sekarang ni. Tapi sebenarnya sikap kita sekarang yang terlalu berlebih-lebihan dalam berpolitik tak kira masa dan keadaan ni jika dibiarkan akan menjadi semakin parah. Berhala pertama dicipta pun bermula daripada untuk memperingati seorang tokoh agama. Lama-kelamaan dibiar akhirnya disembah pada generasi berikutnya. Maka tak mustahil sikap kita yang pada mulanya kutuk kerajaan sendiri dalam perkara berkaitan kedaulatan negara, akhirnya pada dua tiga generasi akan datang sudah berani mengkhianat negara sendiri. Dah laa warisan bangsa sendiri pun tak nak bangga. Lepas tu kutuk kerajaan sendiri tak bertempat. Agak-agak apa generasi akan datang akan lakukan kalau perkara ini dibiarkan?

Kesimpulannya, nak berpolitik sokong parti itu ini tak salah. Tapi asalkan bertempatlah. Janganlah jadi macai. Haa kan dah kena macai. Parti lain buat semua salah. Parti dia sokong buat semua betul. Kalau terbukti salah pun mulalah guna ayat '...setiap manusia melakukan kesalahan...' Kalau parti orang lain kena musibah katanya bala Tuhan, kalau parti dia kena katanya ujian Tuhan. Kelakar kan?

Khamis, 12 Januari 2017

Melayu dan Illuminati

Baru-baru ini album terbaru Malique sudah mula dijual secara online. Sambutan yang diterima menggalakkan. Album yang diberi nama TKO memuatkan beberapa lagu Malique dan tiga lagu terbaru beliau. Sebagai antara orang yang meminati lagu ciptaan beliau (yang Melayu je.. yang Inggeris payah sikit aku nak faham.. hehe), aku mestilah rasa teruja nak dengar lagu baru tu. Lagu bertajuk 'Pejamkan Mata' nyanyian beliau dengan Dayang Nurfaezah.

Tapi apa yang aku nak cerita ni bukanlah mengenai lagu beliau. Aku nak cakap pasal gambar pada kulit album beliau. Ada kat bawah ni haa...



Ok, jujur aku cakap sepintas lalu, tipu kalau aku tak terdetik "Eh.. macam simbol illuminati ni.." tapi aku yakin, mesti ada maksud di sebalik gambar ni lebih daripada maksud Illuminati itu sendiri. Sebab ini Malique kot.. buat apa nak agungkan illuminati tiba-tiba. Kalau kita amati lirik-lirik single beliau yang sebelum ni pun tak ada satu pun yang kita boleh kaitkan dengan illuminati. Itu gambaran secara kasar aku la mula-mula.

Lepas tu, keluarlah kat Harian Metro cerita pasal album ni. Macam dijangka ramai yang mengecam katanya kenapa perlu guna gambar macam ni dan sebagainya. Rasanya sebelum ni, Faizal Tahir pun pernah dikecam kerana cover albumnya juga kononnya ada yang kaitkan dengan unsur illuminati. Padahal sebenarnya tidak. Daripada komen tersebut, ada juga yang membalas mereka yang mengecam dengan hujah yang pada aku boleh pakai punya hujah.

Lihat pada gambar tersebut. Gambar seorang manusia (lelaki mungkin) menutup telinga, mulut dan matanya. Dan ada tambahan satu mata pada dahinya. Mungkin maksud di sebalik gambar ini ialah, mudah saja... lihat guna akal. Jangan asyik nak komplen semberono. Mungkin rujuk kepada lirik pada lagu-lagu di dalam album ini. Jangan sekadar dengar dan baca liriknya begitu saja. Perlulah ditafsir menggunakan akal. Itu yang aku boleh simpulkan daripada gambar tersebut.

Dan dari sudut kenapa letak satu mata kat dahi tu. Itu kan simbol dajjal. Sebenarnya di dalam hadis pun ada menerangkan bahawa Dajjal ni buta sebelah mata dan pada dahinya tertulis huruf kaf fa dan ra yang membawa maksud kafir. Dalam gambar ni yang di dahi adalah mata dan dua mata yang terpejam. Jadi ada tiga mata. Dajjal buta sebelah mata ya rakan-rakan sekalian. Bukan ada tiga mata dan dua daripadanya ditutup. Jadi ini bukanlah simbol dajjal.

Mungkin ada yang kata.. "Ahh.. kau ni kalau dah taksub, semua orang tu buat betul.." tak ada la aku nak kata taksub. Dah memang jelas bukan. Lainlah kalau si Malique ni guna simbol piramid macam dalam satu dolar Amerika tu. Lepas tu siap ada ayat 'New World Order' dengan simbol freemason bagai. Haa tu bolehlah kalau nak kecam. Tapi masalahnya dia tak guna. Kalau nak sebut mata satu tu Dajjal, tengok logo PKR tu. Kan mata satu... tak ada pula nak kecam simbol dajjal ke apa pula kan... Aku cadangkan pada mereka yang mengecam tu, cuba google maksud-maksud lirik lagu Malique ni. Banyak yang kau boleh pelajari. Nak suruh kita tafsir maksud dia sendiri memang tak lepaslah.. hahaha..

Kadang orang kita ni terlalu takut dengan Illuminati Dajjal dan seumpamanya. Sedangkan selain daripada mengenal simbol Dajjal tu, apa yang lagi penting macam mana kita nak hindari fitnah Dajjal tu sendiri. Tak payah pergi jauh-jauh teori konspirasi apa semua tu. Pergi yang paling dekat sekarang. Pakaian perempuan-perempuan kita. Hari tu ada artikel fitnah mengenai mufit Wilayah. Bukan satu tu je. Banyak lagi artikel fitnah sebelum ni pasal mufti-mufti kita. Kalau ulama pun kita tak reti nak hormat, ada hati nak melawan Dajjal? Ingat cukup sekadar hapuskan simbol-simbol illuminati tu dah boleh selamat daripada fitnah dajjal. Surah Al-Kahfi bila last baca? Solat cukup? Kalau azan kita dah dengar dan kita kat sebelah surau, kita pergi surau dulu atau buat hal sendiri dulu? Macam mana hubungan kita dengan Allah?

Selasa, 10 Januari 2017

Faiz Subri dan minda orang Malaysia

Dua tiga hari ini, antara isu yang hangat diperkatakan adalah mengenai Faiz Subri. Semua sedia maklum bahawa anak Malaysia ini telah berjaya mengharumkan nama negara dengan melayakkan dirinya di dalam anugerah PUSKAS dan memenangi anugerah gol tercantik (macam tu lebih kurang bunyi anugerahnya). Walaupun mungkin ada yang kata gol itu sekadar nasib, tapi sekurangnya beliau telah berjaya mengharumkan nama negara.

Tetapi, isu yang hangat diperkatakan bukanlah mengenai gol cantiknya itu. Itu cerita setengah tahun yang sudah. Isu kini yang hangat diperkatakan adalah mengenai hasrat Faiz yang ingin mengenakan baju Melayu ketika menerima anugerah. Banyak respon positif dan negatif yang diterima. Secara peribadi, aku bersetuju dengan hasrat beliau. Seperti yang sedia maklum, ini mungkin kali pertama dan mungkin saja tiada lagi anak Malaysia yang akan hadir untuk menerima anugerah ini. Jadi apa salahnya kita pergi membawa identiti negara kita. Walaupun pada akhirnya Faiz mengenakan kot biasa (tuksedo entah apa nama dia) kerana cuaca yang sangat sejuk, aku tak kisah kerana sekurangnya beliau mempunyai hasrat untuk mengenakan baju Melayu.

Image result for baju melayu faiz subri
Apa yang overnya?
Image result for baju melayu faiz subri
Ok kalau yang atas tu ramai yang kata over...
tapi kenapa yang ni pun orang nak kata over?
Isu kedua adalah bahasa. Pada asalnya Faiz ingin bertutur di dalam Bahasa Melayu ketika memberi ucapan. Tetapi kerana FIFA tiada penterjemah Melayu dan hanya bahasa Sepanyol dan Perancis sahaja yang ada penterjemah, maka terpaksalah beliau memberi ucapan di dalam Bahasa Inggeris. Walaupun agak kekok kerana terlalu gemuruh tapi aku tak ada apa masalah mengenainya. Cuma ada segelintir (aku rasa tak ramai pun spesis bengong ni) yang kononnya malu Faiz tak fasih cakap Inggeris. Aku tak tau apa masalah mereka. Tak reti cakap Melayu tak apa pula, tapi tak fasih cakap Inggeris kononnya memalukan negara.

tengok link ni http://www.malaysiakini.com/news/368825 entah apa masalah dia ni?


screen-shot-2017-01-11-at-11-25-52-am
Ni lagi satu contoh. Mungkin dia rakyat England atau USA tak tau la..
Berdasarkan daripada dua isu ini aku melihat satu bukti yang menunjukkan bahawa minda kita ini masih dijajah walaupun sudah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan. Kita seolah malu dengan identiti kita sendiri. Satu bukti juga bahawa ramai orang kita (Melayu) yang tidak tahu menahu dan tidak ambil tahu akan budaya bangsa mereka sendiri. Kita lebih berbangga mengenakan pakaian barat daripada pakaian kita sendiri. Mari sini aku nak buka beberapa kisah sejarah.

Mesti ramai tahu mengenai Tamadun Islam di Andalusia Sepanyol. (kalau tak tau google sekarang!). Mungkin ramai tak tahu yang Ibnu Khaldun antara tokoh yang dihasilkan oleh tamadun Islam yang hebat ini. Pada zaman Ibnu Khaldun, ramai pemuda pemudi Islam di Andalusia sudah mula gemar mengenakan pakaian rom daripada pakaian rasmi bangsa mereka. Tak silap aku jubah. Pada ketika itu, Ibnu Khaldun meramalkan seandainya ini berterusan, satu hari nanti pasti Islam di Andalusia akan jatuh ke tangan Kristian semula. Adakah ramalan beliau benar? Kita semua tahu. (siapa Ibnu Khaldun? google sendiri... panjang cerita pasal tokoh hebat ni)

Lagi satu contoh. Aku pernah menghadiri satu ceramah oleh seorang ulama Al-Quran daripada Syria iaitu Syeikh Kurayyim Rajih. (kalau salah eja maaf). Beliau berkata salah satu sebab umat Islam lemah adalah kerana kita terlalu mengagungkan budaya barat. Dia kata masa dia kecil dahulu, masih jadi kebiasaan orang-orang di sana makan dengan menggunakan tangan, memakai jubah dan sebagainya. Tapi apabila masa berlalu dan pemuda-pemudi di sana makin gemar memakai kot daripada jubah, makan menggunakan sudu, maka kita dapat lihat keruntuhan bangsa Arab di sana.

Sebenarnya kita terlalu mengagungkan barat. Satu ketika dulu, orang-orang Eropah mengenakan jubah dan wanita bangsawan Eropah mengenakan kerudung dan berniqab sama seperti orang-orang Islam. Ketika itu Islam megah di seluruh dunia dan dunia berlumba-lumba ikut budaya mereka. Sekarang? Kita masih tertanya-tanya kenapa Islam tak megah. Kita rasa hairan kenapa umat Islam tak kuat. Bagaimana kita mahu jadi kuat jika asyik nak maju mengikut acuan barat?

Mungkin dari sudut bahasa kita perlu menguasai bahasa Inggeris itu terutama mereka yang berada dalam bidang ekonomi dan sains contohnya kerana mudah untuk berkomunikasi dengan orang luar. Tetapi wajarkah di dalam segenap aspek kita hendak mengagungkan bahasa Inggeris itu? Dan dari sudut pakaian, kadangkala kita terlampau mengikut acuan barat. Lihat saja anugerah-anugerah di tanah air kita sendiri. Setakat ini, yang aku tahu, hanya Beto Kusyairi sahaja yang pernah mengenakan baju Melayu ketika mereka yang lain mengenakan kot. Tak tahulah mungkin ditaja atau apa yang pakai kot semua tu.