Isnin, 5 September 2016

Diploma Sains Upsi - Sebuah pengalaman

Aku lepasan Diploma Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris (A2000) ambilan Jun 2013/2014. Ikhlas kata aku tak perasan pun masa mohon UPU aku mohon kursus ni. Sebab masa tu tak fikir apa sangat. Jujur aku cakap, tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku yang aku akan sambung diploma kat UPSI. Untuk makluman, kursus ni bukan kursus pendidikan. Tempoh pengajian 2 tahun setengah camtu. Walaupun dalam surat tawaran tulis 2 tahun masa aku dapat tu.

Jadi kenapa aku pilih untuk sambung pengajian dalam bidang diploma ni? Jujur aku cakap sebab aku takut masuk matrik. (Ya aku dapat matrik dan aku tolak sebab takut) Nampak tak betapa teruknya aku. Takut. Haha. Apa-apa pun mesti korang tertanya, aku menyesal ke ikut jalan diploma ni? Ada rasa nak undurkan masa balik ke?

Ikhlas kata, pernah laa sekali sekala terdetik dalam hati tu menyesal. Dan aku yakin, kawan-kawan aku masa diploma dulu yang pernah dapat matrik, lepas tu dia tolak pun ada perasaan yang sama. Terutama bila dah masuk Sem 4, tengok kawan yang matrik dah mula degree. Gila tak jeles. Tapi apa-apa pun kalau secara umumnya, aku tak menyesal sangat ikut jalan diploma ni.

Jadi apa sebenarnya Diploma Sains UPSI ni? Entah aku pun tak reti nak hurai semua. Hahaha.. (course sendiri pun tak reti nak explain). Tapi apa yang aku boleh kata, lebih kurang matrik & stpm sains jugak, cuma bezanya konsep universiti dan lama sikit dari matrik dengan stpm. Tapi aku pernah tengok silibus stpm, aku rasa stpm lagi banyak belajar. Lagi pening (dan aku pelik kenapa ada orang kutuk budak stpm).

Aku kira batch yang pertama untuk course Diploma Sains yang dua tahun ni. Sebelum ni, senior-senior amik tiga tahun. Dan course ni mula dibuka tahun 2011. Jadi masa aku masuk tu, batch pertama pun belum habis belajar pun lagi. Maka, biasalah.. bila course baru bukak ni, macam-macam masalah yang ada. Terutamanya untuk kitorang yang batch pertama dua tahun.

Ok aku cerita laa sikit pengalaman aku sepanjang belajar Diploma Sains kat UPSI ni. Masa mula-mula masuk Sem 1. Relax je. Tak ada rasa tekanan belajar tu sangat. Sebab kebanyakan benda dah belajar masa SPM dulu. Kau sekadar refresh balik. Lepas tu kau banyak amik subjek universiti macam TITAS, Kenegaraan, Bahasa Melayu semua. Jadi pada yang baru nak masuk tu, sem 1 ni laa masa nak dapatkan pointer paling terbaik. Masa majlis dekan, budak dekan untuk sem 1 paling ramai. Sem lain? Hahaha...

Naik semester 2. Tekanan pertama mula melanda dengan subjek Kimia Asas II dan Calculus terutamanya. Aku yakin siapa pernah amik subjek ni akan faham betapa peningnya kepala kau nak belajar subjek ni. Diikuti dengan beberapa subjek lain. Assignment mula bertimbun dengan subjek sains punya assignment. Jadi agak tekanan di situ. Aku sendiri secara peribadi banyak benda jadi kat aku masa semester 2 ni. Sampai rasa down bagai. Haha.. padahal baru sem 2 kot. Dah rasa down. Pelik je.

Habis semester 2 kita pergi ke semester 3. Untuk ambilan Jun, semester 3 ialah short sem. Di mana kau akan belajar selama 7 minggu (biasa 14 minggu). Jadi subjek tak banyak ada tiga je. Satu subjek enam jam kredit. Maksudnya, sekali kau belajar straight tiga jam. Mak aihh tiga jam? Ya tiga jam straight kau dengar lecturer membebel kat depan tu. Tapi jangan risau, pensyarah pun penat, selalunya 2 jam 15 minit atau 2 jam setengah kau dah habis dah. Tapi memang kena belajar cepat. Seminggu kadang tiga empat bab dapat habiskan. Lepas tu final exam dan cuti beberapa hari (macam time aku 4 hari je) untuk ke semester 4.

Ok, sem 4. Siapa batch aku tau laa betapa merananya. Sebab kitorang amik tiga subjek je untuk sem 3, maka banyak subjek ditarik ke sem 4. Lapan subjek untuk sem 4 ni. 8 subjek. Enam subjek sains. Enam lab. Satu subjek universiti (Hubungan Etnik) dan kokurikulum (masa zaman aku olahraga... sekarang kembara alam rasanya). Memang jadual kau akan pack gila. Tiap minggu akan kelam kabut nak siapkan lab report. Hujung minggu kadang ada dua tiga test, kuiz online dsb. Jadi ketabahan tu perlu. Nak merungut? Pastikan kau bukan merungut dengan budak satu course dengan kau. Pergi cari budak degree atau budak senior sebab kawan-kawan kau pun dilanda masalah yang sama.. haha... Tapi pada aku, memang seronok jugak laa.. kita dapat stress sama-sama. Pening sama-sama. Keluar coursework rasa macam... WHAT!! sikitnya markah coursework aku. Dan masa tu kau berdoa banyak-banyak agar kau lulus semua subjek sem tu. Antara subjek yang paling stress sem 4 tu, Organic Chemistry, Wave & Optic dan Electric and Magnetism. Kejap, Biotech, Biochem dengan Physical Chem pun stress jugak. Ok, semua subjek susah dan stress... haha.

Habis semester 4 yang penuh kenangan pahit dan sikit manis, kita naik semester 5 dengan kita nampak ada rakan-rakan kita yang kecundang beberapa paper masa semester 4. Tak kisah, diorang boleh bawak subjek untuk semester 5 dan boleh repeat kemudian. Sem 5 biasa je. Sebelum naik sem tu kau kena ada pilih subjek. Sekarang aku rasa kau kena pilih masa semester 4 lagi. Apa-apa pun masa aku, kitorang ada dua pilihan untuk subjek Kimia, Biologi dan Fizik. Kimia, sama ada kau pilih Analytical (zaman aku itu.. junior lain tajuk dia pulak) dan Technique in Chemistry Lab. Untuk Fizik, Non-Destructive Testing atau Technique Lab Physic dan Biologi, Technique Lab Biochem atau Lab biotech. Aku Kimia dengan Fizik aku tak pilih lab sebab aku tak minat lab. Bio pulak sebab dua-dua lab aku pilih Biochem. Tapi sebenarnya tajuk lab la senang. Mudah nak score. Tapi sebab aku tak minat dan takut nanti aku bosan dan main-main.. ecehh.. sebenarnya tak sempat masa add subjek tu. Ya, korang akan berebut-rebut pilih subjek lab.

Sem 6, kau praktikal (aku sebenarnya dah malas nak tulis. tapi aku nak tulis jugak.. jadi ayat dah lintang pukang). Aku praktikal kat Zoo Negara. Best tak? Ok je pada aku. Lepas tu kau kena buat report itu ini daannnn.. tadaa habis sudah pengajian diploma kau.

Hahaha.. aku rasa kalau ada batch aku baca ni mesti diorang pelik. Eh tu je? Mana kes praktikal kena tangguh? Mana kes graduan diploma takde topi masa konvo? Mana kes perpindahan kolej perempuan? Mana... mana... mana... mana oh mana... Ya, aku tak nafikan memang sepanjang aku amik diploma ni banyak isu dan kekurangan daripada pihak UPSI. Tapi pada aku, lumrah untuk setiap universiti ada cacat celanya sikit. Lebih-lebih lagi untuk course aku yang baru je bukak dan untuk batch aku yang merupakan batch pertama dua tahun. Ditambah lagi batch aku antara yang teramai (paling ramai aku rasa). 250 orang. 10 Group Kelas. Punya ramai wei.

Cuma kepada yang baru nak amik tu. Mesti tertanya-tanya. Bagus ke program diploma ni? Ok ke? Pada aku ok je. Lagipun sekarang aku dengar boleh pilih nak ambil subjek apa. Masa aku tak boleh. Apa yang diberi kena ambil jugak melainkan elektif tu je. Jadi sekarang bila boleh pilih, boleh plan untuk semester 4 supaya tak stress sangat. Maklumlah masa aku, program aku ni kira masih baru jugak. Ditambah dengan batch aku yang pertama program dua tahun. Agak kelam kabut sikitlah. Tapi sekarang rasanya dah elok dah pengurusannya. Tengok junior tak ada sangat yang merungut.

Tapi kalau kau nak ada degree, kalau korang diberi pilihan antara diploma dengan matrik, aku rasa baik matrik je. Sebab tempohnya satu tahun, lepas tu kau boleh terus degree. Tapi macam sesetengah orang kata, sijil matrik ni tak berapa nak laku buat kerja. Jadi contoh kalau kau sambung matrik, lepas tu masa ijazah sesuatu terjadi, kau terpaksa mula dari bawah semula. Kalau ada diploma sekurangnya bolehlah guna untuk kerja. Cuma kurangnya diploma ni lama la sikit. Ada tiga tahun, ada yang dua tahun setengah.

Tapi kalau kau tanya aku laa.. aku rasa bersyukur jugak aku masuk diploma ni. Sebab aku jumpa ramai kawan-kawan yang dari latar belakang yang berbeza. (tu kat matrik pun boleh jumpa). Lepas tu, aku jumpa member yang pernah kecundang masa stpm ataupun matrik. Tapi diorang tak berputus asa untuk kejar cita-cita diorang dalam sains. Mungkin bila aku masuk matrik, sekarang aku dah degree. Tapi aku tak akan faham ada sorang kawan aku tengah struggle mohon degree sama dengan aku. Dia stpm. Mohon upu tak dapat. Entah, ada hikmah di sebalik semua ni. Dan aku semakin nampak hikmah aku masuk diploma ni. Tapi kalau ada yang tanya aku, matrik atau diploma? Aku akan kata matrik. Sebab masa depan orang lain berbeza-beza. Dan kita kena jugak berpaksikan pada realiti yang sebenar. Tak boleh ikut pengalaman kita je. Ok apa aku merepek ni? Tak faham.. Ok babai.. tata.. Assalamualaikum.

Selasa, 12 Julai 2016

ENGLISH IS IMPORTANT NOWDAYS

Tajuk je Bahasa Inggeris. Aku tulis dalam Bahasa Melayu juga. Ok, kali ni aku nak tulis mengenai Bahasa Inggeris. Sesetengah yang mengenali aku mesti kadang-kadang pelik, dulu status aku di 'facebook' kadangkala memperjuangkan Bahasa Melayu dan sebagainya. Sedangkan penguasaan Bahasa Melayu aku taklah sehebat mana. Alhamdulillah ujian MUET (Malaysian University English Test) aku dapat Band 4. Ni aku nak cerita sikit sejarah Bahasa Inggeris aku.

Masa kanak-kanak (sebelum naik darjah satu) keluarga aku ada la juga memperkenalkan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris pada aku. Sejujurnya aku kenal 'plus' baru tambah. 'Minus' baru tolak dan 'Equal' baru sama dengan. Kira ada sesetengah perkataan aku kenal Bahasa Inggeris dulu. Kebetulan, atuk dan nenek sebelah mak aku bersekolah di sekolah inggeris dulu. Mak aku sekolah di sekolah yang kebanyakan pelajarnya mahir berbahasa inggeris. Secara tak langsung didikan Bahasa Inggeris aku banyak dari rumah. Tapi, tak sepenuhnya. Lebih kepada sambilan. Selalunya kami akan bertutur dalam Bahasa Melayu je.

Naik sekolah rendah, atuk aku mula memperketatkan penguasaan Bahasa Inggeris aku. Diikuti mak dan nenek aku. Kadang-kadang diorang paksa la aku cakap Inggeris. Mungkin sebab di sekolah memang kebanyakan kawan aku tak cakap inggeris pun. Jadi aku pelik kenapa aku kena cakap bahasa inggeris di rumah. Mungkin itu salah satu sebab aku tak minat nak ikut diorang cakap bahasa ingeris dengan aku. Atau mungkin jiwa aku lebih kepada Bahasa Melayu. Tapi kecik lagi masa tu, takkan dah ada jiwa-jiwa bagai ni.

Dan perkara ini berterusan terjadi kepada aku sampai tingkatan 5. Walaupun tak pernah dipukul, tapi sedikit sebanyak aku rasa tertekan sikitlah yang aku kena paksa cakap bahasa inggeris kat rumah. Dan mulalah timbul bibit-bibit kebencian terhadap bahasa inggeris. Benci kepada orang British yang menjajah (kira baguslah kan.. semangat kebangsaan.. hehe). Mujur sepanjang persekolahan aku dikurniakan cikgu-cikgu Bahasa Inggeris yang baik dan tak garang. Kalau tak, mungkin memang aku tawar hati terus nak belajar bahasa inggeris meskipun subjek sains dan matematik aku belajar dalam bahasa inggeris.

Ya. Aku tau penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting dalam zaman sekarang. Kalau tak tau, memang susah nak maju ke hadapan. Cuma, memang aku susah nak minat. Bukanlah aku tak suka bahasa inggeris. Kalau tulis atau baca bahan bacaan Inggeris aku ok je. Tengok filem-filem inggeris (kena ada sari kata la) pun aku banyak je tengok. Tak ada apa-apa masalah sangat pun. Tapi bila sampai kepada bertutur, aku rasa berat dan kekok. Ok, sebenarnya boleh biasakan dengan berlatih dan sebagainya. Tapi kalau dah hati tak suka tu, memang susah sikitlah.

Pernah juga aku terfikir. Sampai bila kita nak macam ni? Mengagung-agungkan Bahasa Inggeris? Tak boleh ke kita cuba memajukan bahasa Melayu kita? Maksud aku, apa salahnya karya-karya sains (sebab aku rasa masalah besar dia kat sini) atau matematik dari sarjana barat kita terjemahkan kepada Bahasa Melayu sebanyak yang boleh? Tak boleh ke, subjek Bahasa Inggeris menjadi subjek pilihan seperti Bahasa Arab? Ya..ya aku tau ini akhir zaman. Memang aku pernah terbaca dalam hadis di mana pengaruh Rom (barat) akan tersebar sementara pengaruh Arab akan terpinggir. Rom, Latin, Inggeris bawah kategori yang sama. Tapi apa salahnya kan kita cuba majukan bahasa kita? Tapi dari mana nak mula? Haha.. bercakap senang Adib...

Maka, nak tak nak, aku kena juga mahir dalam Bahasa Inggeris. Sebab kalau nak maju kena tau cakap Inggeris. It is because English is important nowdays. Whether you like it or not, if you want to move forward like other countries, you must master English language. Thank you to all my english teacher and family for all of the hardwork (very hard actually) teaching me English. I know, all of you want to see me success and make you proud.. :)

ps: Sorry bad grammar... nama je muet band 4, tapi grammar pun lintang-pukang lagi... huhu.

Khamis, 19 Mei 2016

RAMADAN SEMAKIN HAMPIR.. ^_^

Dalam dua tiga minggu lagi kita bakal menghadapi bulan Ramadan. Ok la, sebenarnya aku tergerak nak tulis pasal Ramadan sebab 7 Jun 2016 (2 Ramadan 1437 ke berapa hijrah?) aku ada program Iftar bawah Persatuan SEEDS (Science Education Society). Aku bawah AJK Program. Jadi kami cadang nak buat tayangan video dalam 15 minit. Jadi aku pun menjelajah Youtube cari video-video pasal Ramadan. Dan, hasilnya, aku tak tau nak pakai video mana tapi tergerak pulak nak menulis.

Ok, aku tak tau nak bermula dari mana, tapi macam kita semua tau laa, bulan Ramadan ni bulan paling mulia dalam kalender Islam. Dan kita, sebagai orang-orang yang beriman wajib menjalankan ibadah berpuasa di siang hari sepanjang bulan Ramadan pada yang berkemampuan bersesuaian dengan dalil yang terkenal :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Di sini jelas dia sebut, 'orang-orang yang beriman'. Jadi ayat ini diturunkan di Madinah. Maka, sewajarnya kita sedar untuk menjadi seorang yang beriman, kita perlulah menunaikan ibadah puasa ni.

Lalu apa tujuan kita berpuasa? Ya dalam ayat ni disebut dengan jelas tujuan kita berpuasa adalah 'agar kamu bertaqwa'. Allah nak didik kita jadi orang yang bertqawa. Apa maksud taqwa. Buka buku Pendidikan Islam ada sebut, 'melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang Allah..' Ini yang aku ingat laa. Jadi apakah dengan berpuasa sahaja kita menjadi seorang yang bertaqwa. Jawapan dia mestilah tak. Yelah kalau kita puasa tapi tak solat, taqwa ke tu?

Berpuasa ni tujuan utama dia macam aku sebut tadi Allah nak kita jadi orang yang bertaqwa. Salah satu cara untuk didik kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Itu sebab, berpuasa ni bukan setakat menahan lapar, dahaga dan bersetubuh sahaja, tapi kita kena tahan diri buat segala apa yang dilarang. Dan itu sebab di bulan Ramadan, syaitan dari golongan jin diikat. Sebab Allah nak memudahkan kita beribadah di dalam bulan Ramadan. Allah nak memudahkan kita memperbaiki diri kita sepanjang bulan Ramadan. Supaya bila kita keluar dari bulan Ramadan, kita dapat sesuatu yang positif atau kebaikan atau seumpamanya.

Tapi malang sekali, berapa ramai antara kita (termasuk aku) yang berjaya dapat kebaikan tu? Sepatutnya dalam setiap kali kita keluar daripada Ramadan, kita jadi seorang yang lebih baik. So, sepatutnyalah, iman kita meningkat setiap tahun. Tapi masih ditakuk lama. Mungkin sebab 'mind-set' kita bulan Ramadan ni bulan ibadah tapi bila masuk Syawal, dalam kepala kita apa? Nak beraya atau teruskan ibadah bulan Ramadan tu? Selalunya kita tak teruskan pun kan.. T.T

Baru tadi aku dengar ceramah Ustaz Saiful kat Surau Ibnu Sina ni, dia ada sebut kat sini kalau satu Ramadan jemaah yang hadir melimpah ruah, tapi bila semakin susut hari demi hari. Aku rasa kat mana-mana pun macam tu. Pelik kita ni kan, awal Ramadan bukan main kita ke masjid tapi akhir Ramadan sibuk fikir raya. Sedangkan kita sendiri tahu 10 malam terakhir ada satu malam Lailatul Qadar, malam lebih baik dari seribu bulan.

Ok, aku sendiri pun tak tau apa aku merepek. Nak kongsi sikit Ramadan tahun 2014 aku. Kira ini merupakan Ramadan paling bermakna dalam hidup aku. Pertama sekali, buat pertama kali aku berjaya khatamkan satu Al-Quran untuk Ramadan. Rasanya tu je la sekali. Tahun lepas tak dapat. Ramadan 2014 (aku lupa tahun hijrah dia sebenarnya.. ) juga merupakan bulan yang betul-betul berjaya mengubah aku sikit. (tak banyak... sikit je..). Masa Ramadan tahun tu laa aku paksa diri aku pergi Subuh berjemaah dekat Masjid UPSI (masa tu aku masih diploma kat UPSI) dan solat-solat fardu yang lain aku berjaya berjemaah. Alhamdulillah aku berjaya kekalkan jugak lepas Ramadan tu walaupun kadang-kadang selalu je terlepas berjemaah kat masjid.

Dan Ramadan tahun 2014 masihi tu juga aku mula kenal dan rapat dengan masjid. Sebelum ni aku ke masjid solat jumaat je. Masa tu aku baru faham apa maksud bila ada ustaz-ustaz umpamakan Ramadan ni dengan madrasah. Sebab sepatutnya bulan Ramadan ni dia didik kita menjadi lebih baik. Jadi bila keluar kita jadi seorang hamba Allah yang meningkat ketaqwaannya.

Ok, akhir kata (uishh terus akhir kata...) untuk Ramadan tahun ni, kita tanamkan azam untuk kita berubah. Tak perlu tergesa-gesa sangat 1 Ramadan nak terawih 20 rakaat tahajjud sampai berpuluh-puluh. Buat perlahan-lahan pun tak apa. Masa Ramadan 2014 aku tu pun, awal-awal Ramadan, terawih aku dua rakaat je. Kadang-kadang lepas Isyak aku terus blah. Tapi Alhamdulillah aku usaha jugak sepanjang Ramadan tu tambah rakaat tarawih. Sampai lapan je, yelah masjid universiti selalu buat lapan je.

Semoga ramadan kali ni bermakna buat kita. Dan sama-sama kita doa Allah panjangkan umur kita sehingga Ramadan dan permudahkan usaha kita untuk berubah. Mula dari sekarang lagi elok. Tak payah nak tunggu Ramadan. Nanti dah masuk Ramadan senang, tinggal nak tambah dan tambah lagi je. Ok, sekian karangan aku ni. Ambil yang baik, yang tak betul tu janganlah ambil. :)


Ahad, 15 Mei 2016

Nakbah dan Hari Guru

16 Mei setiap tahun, kita menyambut Hari Guru. Sambutan yang kita semua pernah merasainya semasa di sekolah. Hari kita menghargai guru-guru kita atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka setiap tahun. Tidak dinafikan, sumbangan para guru dalam melahirkan generasi yang cemerlang amat besar. Guru merupakan salah satu kelompok atau komuniti yang sangat-sangat penting dalam sistem masyarakat kita dalam mencorak generasi akan datang. Lebih-lebih lagi di zaman serba moden ini, cabaran guru semakin sukar setiap tahun. Dengan kerenah pelajar yang semakin banyak ragamnya, 'kerja-kerja' selain mengajar yang perlu diselesaikan, dan ditambah pula oleh kerenah ibu bapa pelajar yang tak sedar diri.

Di kesempatan ini, sempena Hari Guru esok, terima kasih kepada semua cikgu, sir, teacher, ustaz dan ustazah, pensyarah dan semua tenaga pengajar yang pernah mengajar saya secara langsung atau tak langsung. Segala jasa tidak mampu untuk dibalas. ^_^ (ayat klise sangat rasanya.. huhu)

Tarikh sambutan Hari Guru Malaysia ini juga berdekatan (sesetengah kata sama) dengan tarikh hari penting di dalam Sejarah Umat Islam. Tanggal 15 Mei (atau 16 Mei atau 14 Mei.. perbezaan ini mungkin atas faktor perbezaan masa di setiap negara) 1948. Sejarah hitam untuk kita umat Islam. Hari di mana tanah Palestin dirampas secara rasmi dan jatuh ke tangan Yahudi Zionis. Semenjak Nakbah, rakyat Palestin merana dan terus merana sehingga ke hari ini. Tanah mereka dirampas, dibom dan sebagainya. Kini, setelah 68 tahun sejak peristiwa Nakbah, nasib rakyat Palestin masih belum terbela. Malah, negara-negara di sekitarnya seperti Syria menjadi semakin huru-hara.

Lalu, apakah kaitan di antara Hari Guru Malaysia dan Nakbah ini? Secara umum memang tak berapa nampak perkaitannya. Apa yang aku cuma nampak, peranan guru dalam memberi kesedaran kepada pelajarnya (khusus kepada yang beragama Islam) tentang penderitaan rakyat Palestin. Bukan sahaja Palestin tetapi kita lihat jiran-jiran di sekitarnya, Syria. Tanah Syria sedang bergolak. Syria dan Palestin termasuk dalam Tanah Syam. Memang di akhir zaman, tanah Syam bakal bergolak sebelum kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa untuk mengalahkan dajjal laknatullah.

Apa peranan kita? Apa yang sudah aku lakukan untuk membantu mereka? Hanya kata maaf yang mampu aku beri kerana hanya mampu berdoa serta menyumbang sedikit. T.T

Isnin, 21 Mac 2016

EDUCATION IN ANCIENT CHINESE CIVILIZATION

Ø  Historically, Chinese was a great empire ruled by a series of dynasties for more than forty centuries from 2200 BCE until 1912
Ø  Many its educational tradition (especially Confucianism), still have influence today.
Ø  The early Chinese were ethnocentric and believed their cultures are superior to all others. They refuse to adapt technology from other cultures until in 19th century, they are vulnerable to foreign exploitation
Ø  Chinese philosophy was more concerned about living here and now than with universal questions about afterlife and immortality of the soul.

THREE COMPETING PHILOSOPHIES
1.      Legalism
-          During Chin Dynasty, with the association of Shih Huang Ti, Legalism became imperial China’s official philosophy
-          Emperor’s edicts were unquestioned law. Legalism advocated a highly disciplined authoritarian government that would ruthlessly maintain order.
-          Fearing dissent, they imposed a strict censorship to repress alternative philosophies (eg: Taoism and Confucianism).
-          The purpose of education was to impose their definition of Chinese culture through indoctrination.
2.      Taoism
-          Associated with Lao Tzu.
-          Still influences Chinese culture and education
-          Alternative way to Legalism.
-          Tao Te Ching (The Way and Virtue), Lao Tzu began a philosophical search to find the path of true reality often hidden by appearances.
-          Advised people to stop trying to control other people
-          Education’s purpose is to encourage the self-reflection needed to find one’s true self and become free of the control of others.
3.      Confucianism
Replace Legalism when Han dynasty takes power
Need for harmony
-         Did not deal with theological or metaphysical issues about human relationship to God/Universe
-          Believed it was much more important to establish conditions for an ethical society than seek to answer unanswerable question.
-          Construct an educational philosophy based on ethical hierarchy of responsibilities began with emperor and going downward.
-          Idea of hierarchy can be depicted as ethical ladder (each rung is connected to people above/below
-          Major purpose of education is to maintain harmonious society
Rituals and manners
-          Emphasized civility-polite, correct and proper behavior. Believed that children learn to behave ethically when they have a clear role model. Teacher needs to personify this model
-          Maintains its social harmony as all its members learn and responsibly perform behavior their ranks require.
-          Established an academy to prepare students as officials in China’s Imperial Government. He set precise standards for admission to his school. Believes that high academic admission standards would select highly motivated students.
-          He taught rituals of polite behavior, court etiquette and ceremonies.
-          Developed well defined system of classroom management. Maintained a proper distance from his students but was approachable to them. He corrected and criticized his students in a positive and constructive ways.
-          Mentoring was important in Confucius’s philosophies of education. Confucius was esteemed by his students as ‘the master’
-          Confucian teacher is entrusted with guarding and transmitting the cultural heritage to maintain cultural continuity and school stability. The Confucian great books such as Classics of Change, Of Documents, Of Poetry, Of Rites, and the Spring and Autumn Annals. These text were used in Chinese education from 1313 – 1905.
Hierarchy
-          Confucius’s concept of hierarchical relationships, in which some individuals are superior and other subordinate.
-          People are accorded various levels of respect based on their position, status and achievements.
Respect for teacher
-          In China, teacher-student relationships were formal and followed hierarchical rules of approved behavior. Students behaved properly when they held their teachers in high regard and respect.
-          In China, Japan, South Korea and Singapore, Confucius is highly esteemed as the world’s greatest philosopher and educator. It shows how educational ideas and processes are transferred across cultures.
CHINA’S CONTRIBUTION TO WORLD AND WESTERN EDUCATION
-          National examinations
-          The examinations emphasized recalling memorized information rather than solving actual problems.
-          The examinations process, like the society, operated hierarchically and selectively, Students had to pass a series of rigorous examinations in ascending order. If they failed, they were dismissed from the process.
-          In imperial days, only a few finalists were eligible for the empire’s highest civil service position. The educational and examinations were reserved exclusively for upper-class males.
-          Now days, national examinations, especially for university entrance, dominate education in China, Singapore, Japan and South Korea. Other countries such as United Kingdom and France also require national tests.

Reference

            Ornstein Levine Gutek. Foundations of Education. s.l. : Wadsworth Cengage Learning.

Khamis, 10 Mac 2016

Masalah weiii..

Ok. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Tapi disebabkan soalan kalkulus yang menyerabutkan kepala aku membuatkan aku buka blog dan mula menulis. Jadi, kali ni aku nak merepek pasal masalah.

Setiap manusia mesti menghadapi masalah. Siapa yang tak ada masalah tu tak lojik sebab tiada masalah juga satu masalah. Tak faham? Baca beberapa kali sampai faham. Setiap manusia menghadapi masalah yang berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.

"Tapi masalah aku ni aku tak mampu nak lalui..."

Aku tak mampu nak cari jawapan lain selain ayat Quran paling terkenal yang telah digunakan sepanjang zaman,

...لا يكلف الله نفسا الا وسعها
Surah Baqarah ayat ke 286.

Maksud ayat ini adalah "Allah tidak membebani seseorang melainkan kesanggupannya.." Aku ni bukanlah ada ilmu sangat dalam bab tafsir Al-Quran. Jadi sebagai seorang yang noob aku hanya mengambil maksud ayat ni secara literal sahaja di mana Allah tidak akan menimpakan kita masalah yang kita tak mampu nak pikul.

Sejujurnya, aku banyak kali je fikir yang aku ni tak mampu nak pikul masalah yang aku hadap sekarang. Tapi sebenarnyalah lepas aku dah lalui masalah tu, tak kisah sama ada jumpa atau tak jalan penyelesaiannya atau masalah tu sekadar lenyap begitu sahaja, antara perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku adalah, "Eleh masalah kecik je. Kenapalah aku nak gelabah sangat dulu.."

Sebenarnya masalah atau dugaan atau ujian hidup ni (senang guna satu perkataan je... leceh nak taip banyak-banyak), mengajar kita untuk lebih matang. Ya.. aku tau ayat klise. Korang dah dengar benda ni beratus-ratus kalinya. Tapi benda ni laa yang kita akan ulang dan sebenarnya aku tak taulah, mungkin dari segi psikologi, aku rasa tenang sikit bila dengar ada orang cakap macam ni kat aku walaupun ayatnya dah diulang banyak kali.

Mungkin sebab tu kita kena baca Quran banyak kali. Lagi elok hafal semua. Sebab ayatnya walaupun ayat yang sama kita baca tapi dia punya kehebatannya tu tak akan pernah padam. Berapa ramai yang tau akan ayat 286 Surah Baqarah ni? Terlampau ramai. Boleh kata semua Muslim tau ayat ni. Tapi bila ditimpa masalah, kita sendiri akan berasa tenang bila dengar ayat 'klise' yang kita selalu dengar ni. Masha Allah, hebat sungguh mukjizat Al-Quran yang Allah turunkan kepada hambaNya.

Jadi, kepada sahabat, teman, siapa-siapa je la yang baca ni yang tengah hadapi masalah, lepas tu tak ada siapa nak dengar rungutan kita (macam apa yang aku lalui sekarang... weii rindu member upsi..), Allah sentiasa ada dengan kita. Sebenarnya ini lebih ditujukan kepada aku yang rasa kesunyian duduk kat UiTM ni ha.. Bukan sebab tak ada kawan. Aku ada ramai kawan dan sahabat kat UiTM ni. Alhamdulillah semua baik-baik, tapi biasalah, kita akan nak cari orang yang kita selesa untuk luahkan segala masalah.

Tapi manusia ni datang dan pergi. Hanya Allah yang ada dengan kita. Dia je yang boleh tolong kita. Mungkin Allah datangkan kesunyian kepada kita (kebetulan roomate aku balik, housemate aku semua hilang entah ke mana) untuk kita kembali kepadaNya.

Wahh.. sebagai seorang yang minat mengarang, menaip antara perkara yang memberi kepuasan. Apabila jari jemari mula menekan papan kekunci untuk menulis bait-bait ayat yang hebat.. ecehh... nak bersastera sekejap. ok dah.. sekian.

Isnin, 7 Mac 2016

Ijazah UiTM dan Diploma UPSI

Ok. Sekarang Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Aku mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) ; Kod: EDU 260 di Universiti Teknologi Mara. Fakulti aku (Pendidikan) kebetulan baru berpindah ke Kampus Puncak Alam. Jadi, aku nak cerita sikitlah perbezaan UiTM dengan UPSI (tempat aku buat diploma) ni.

Pertama, dari segi pengurusan semasa hari pendaftaran. Daripada apa yang aku lalui, UPSI lagi sistematik dan mudah. Aku tak pasti mungkin disebabkan fakulti yang baru sahaja berpindah menjadikan pengurusan UiTM lebih khusus, Fakulti Pendidikan agak kelam kabut sikit. Ikhlas kata, aku memang penat sangat masa hari pendaftaran. Penat sampai aku tak tertidur. Hari pertama sahaja dah kena fikir macam-macam benda. Dari tambah gugur kursus sehingga ke nak 'log in' wifi. Hehe

Kedua, dari segi kemudahan kolej. Keseluruhan UPSI lagi elok. Tapi UiTM tak adalah teruk. Walaupun sesetengah kolej (kolej aku) tak dapat wifi tapi ada kabel. Cuma kabel ada satu. Jadi kena kongsi atau guna 'hotspot'. Kafe untuk kolej pula tetap pada aku UPSI lebih elok dari segi susunannya tapi dari segi harga makanan UiTM aku rasa lebih murah dan berpatutan walaupun tidak begitu banyak pilihan yang ada.

Ketiga. Dari segi pengurusan (tadi masa pendaftaran, ni secara keseluruhan), pada aku pengurusan UiTM agak kelam kabut buat masa sekarang kerana fakulti baru saja berpindah. Jadi ada masalah dari segi kelas dan sebagainya. Aku sendiri ada kelas yang memerlukan aku untuk ke Kampus Induk di Shah Alam. Perlu tunggu bas selepas subuh. Memang memenatkan. Penyelaras kami juga tertekan dengan keadaan macam ni. Sebab baru pindah kan.

Keempat, dari segi pembelajaran. Aku rasa sama sahaja. Walaupun sebenarnya aku lebih berkenan dengan cara UPSI yang tak berapa menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Sebab aku tak begitu mahir dalam bertutur di dalam Bahasa Inggeris, UiTM sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Dalam perbentangan juga sesetengah pensyarah sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Tapi pada aku satu hari nanti perlu juga.. err... nantilah bincang pasal benda ni.. hehe

Kelima, dari segi rakan-rakan. Ok la juga. Walaupun tak seronok macam geng aku masa kat UPSI tapi baik-baik semuanya. Jaga hati masing-masing. Nanti lama-lama rapatlah juga tu. Yalah, masa kat UPSI jumpa kawan yang terus rapat macam dah jadi sahabat baik 10 tahun. Hehe

Keenam. Yang ni mungkin bukan perbezaan antara universiti. Ini lebih kepada perbezaan antara menjadi pelajar diploma dan pelajar ijazah. Masa diploma dulu banyak berehat-rehat. Ijazah, semester satu ni dah rasa macam semester 4 diploma dulu dah. Hehe.. Banyak benda nak kena fikir. Nak beli buku lagi. Masa diploma dulu buku kalau nak baca pun pinjam dekat perpustakaan je (pinjam ke?). Sekarang ijazah kena beli sebab memang akan digunakan untuk semester berikutnya. Betul apa kawan aku kata, 'degree ni tak boleh main-main'.

Kesimpulannya, ada baik dan buruknya di setiap universiti. Aku rasa antara hikmah Allah takdirkan aku di UiTM adalah supaya aku membuka mata dan sedar bahawa UPSI yang satu ketika dulu aku pernah merungut akan sistemnya, sebenarnya taklah seburuk mana. Aku mula nampak baik pada UPSI dan Alhamdulillah, aku nampak baik pada UiTM meskipun aku asyik kena buruknya... Haha. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis, tapi cukup saja sampai sini. Aku tulis panjang-panjang, bukannya orang suka baca pun. Hahaha..
Sekian.