Isnin, 5 September 2016

Diploma Sains Upsi - Sebuah pengalaman

Aku lepasan Diploma Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris (A2000) ambilan Jun 2013/2014. Ikhlas kata aku tak perasan pun masa mohon UPU aku mohon kursus ni. Sebab masa tu tak fikir apa sangat. Jujur aku cakap, tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku yang aku akan sambung diploma kat UPSI. Untuk makluman, kursus ni bukan kursus pendidikan. Tempoh pengajian 2 tahun setengah camtu. Walaupun dalam surat tawaran tulis 2 tahun masa aku dapat tu.

Jadi kenapa aku pilih untuk sambung pengajian dalam bidang diploma ni? Jujur aku cakap sebab aku takut masuk matrik. (Ya aku dapat matrik dan aku tolak sebab takut) Nampak tak betapa teruknya aku. Takut. Haha. Apa-apa pun mesti korang tertanya, aku menyesal ke ikut jalan diploma ni? Ada rasa nak undurkan masa balik ke?

Ikhlas kata, pernah laa sekali sekala terdetik dalam hati tu menyesal. Dan aku yakin, kawan-kawan aku masa diploma dulu yang pernah dapat matrik, lepas tu dia tolak pun ada perasaan yang sama. Terutama bila dah masuk Sem 4, tengok kawan yang matrik dah mula degree. Gila tak jeles. Tapi apa-apa pun kalau secara umumnya, aku tak menyesal sangat ikut jalan diploma ni.

Jadi apa sebenarnya Diploma Sains UPSI ni? Entah aku pun tak reti nak hurai semua. Hahaha.. (course sendiri pun tak reti nak explain). Tapi apa yang aku boleh kata, lebih kurang matrik & stpm sains jugak, cuma bezanya konsep universiti dan lama sikit dari matrik dengan stpm. Tapi aku pernah tengok silibus stpm, aku rasa stpm lagi banyak belajar. Lagi pening (dan aku pelik kenapa ada orang kutuk budak stpm).

Aku kira batch yang pertama untuk course Diploma Sains yang dua tahun ni. Sebelum ni, senior-senior amik tiga tahun. Dan course ni mula dibuka tahun 2011. Jadi masa aku masuk tu, batch pertama pun belum habis belajar pun lagi. Maka, biasalah.. bila course baru bukak ni, macam-macam masalah yang ada. Terutamanya untuk kitorang yang batch pertama dua tahun.

Ok aku cerita laa sikit pengalaman aku sepanjang belajar Diploma Sains kat UPSI ni. Masa mula-mula masuk Sem 1. Relax je. Tak ada rasa tekanan belajar tu sangat. Sebab kebanyakan benda dah belajar masa SPM dulu. Kau sekadar refresh balik. Lepas tu kau banyak amik subjek universiti macam TITAS, Kenegaraan, Bahasa Melayu semua. Jadi pada yang baru nak masuk tu, sem 1 ni laa masa nak dapatkan pointer paling terbaik. Masa majlis dekan, budak dekan untuk sem 1 paling ramai. Sem lain? Hahaha...

Naik semester 2. Tekanan pertama mula melanda dengan subjek Kimia Asas II dan Calculus terutamanya. Aku yakin siapa pernah amik subjek ni akan faham betapa peningnya kepala kau nak belajar subjek ni. Diikuti dengan beberapa subjek lain. Assignment mula bertimbun dengan subjek sains punya assignment. Jadi agak tekanan di situ. Aku sendiri secara peribadi banyak benda jadi kat aku masa semester 2 ni. Sampai rasa down bagai. Haha.. padahal baru sem 2 kot. Dah rasa down. Pelik je.

Habis semester 2 kita pergi ke semester 3. Untuk ambilan Jun, semester 3 ialah short sem. Di mana kau akan belajar selama 7 minggu (biasa 14 minggu). Jadi subjek tak banyak ada tiga je. Satu subjek enam jam kredit. Maksudnya, sekali kau belajar straight tiga jam. Mak aihh tiga jam? Ya tiga jam straight kau dengar lecturer membebel kat depan tu. Tapi jangan risau, pensyarah pun penat, selalunya 2 jam 15 minit atau 2 jam setengah kau dah habis dah. Tapi memang kena belajar cepat. Seminggu kadang tiga empat bab dapat habiskan. Lepas tu final exam dan cuti beberapa hari (macam time aku 4 hari je) untuk ke semester 4.

Ok, sem 4. Siapa batch aku tau laa betapa merananya. Sebab kitorang amik tiga subjek je untuk sem 3, maka banyak subjek ditarik ke sem 4. Lapan subjek untuk sem 4 ni. 8 subjek. Enam subjek sains. Enam lab. Satu subjek universiti (Hubungan Etnik) dan kokurikulum (masa zaman aku olahraga... sekarang kembara alam rasanya). Memang jadual kau akan pack gila. Tiap minggu akan kelam kabut nak siapkan lab report. Hujung minggu kadang ada dua tiga test, kuiz online dsb. Jadi ketabahan tu perlu. Nak merungut? Pastikan kau bukan merungut dengan budak satu course dengan kau. Pergi cari budak degree atau budak senior sebab kawan-kawan kau pun dilanda masalah yang sama.. haha... Tapi pada aku, memang seronok jugak laa.. kita dapat stress sama-sama. Pening sama-sama. Keluar coursework rasa macam... WHAT!! sikitnya markah coursework aku. Dan masa tu kau berdoa banyak-banyak agar kau lulus semua subjek sem tu. Antara subjek yang paling stress sem 4 tu, Organic Chemistry, Wave & Optic dan Electric and Magnetism. Kejap, Biotech, Biochem dengan Physical Chem pun stress jugak. Ok, semua subjek susah dan stress... haha.

Habis semester 4 yang penuh kenangan pahit dan sikit manis, kita naik semester 5 dengan kita nampak ada rakan-rakan kita yang kecundang beberapa paper masa semester 4. Tak kisah, diorang boleh bawak subjek untuk semester 5 dan boleh repeat kemudian. Sem 5 biasa je. Sebelum naik sem tu kau kena ada pilih subjek. Sekarang aku rasa kau kena pilih masa semester 4 lagi. Apa-apa pun masa aku, kitorang ada dua pilihan untuk subjek Kimia, Biologi dan Fizik. Kimia, sama ada kau pilih Analytical (zaman aku itu.. junior lain tajuk dia pulak) dan Technique in Chemistry Lab. Untuk Fizik, Non-Destructive Testing atau Technique Lab Physic dan Biologi, Technique Lab Biochem atau Lab biotech. Aku Kimia dengan Fizik aku tak pilih lab sebab aku tak minat lab. Bio pulak sebab dua-dua lab aku pilih Biochem. Tapi sebenarnya tajuk lab la senang. Mudah nak score. Tapi sebab aku tak minat dan takut nanti aku bosan dan main-main.. ecehh.. sebenarnya tak sempat masa add subjek tu. Ya, korang akan berebut-rebut pilih subjek lab.

Sem 6, kau praktikal (aku sebenarnya dah malas nak tulis. tapi aku nak tulis jugak.. jadi ayat dah lintang pukang). Aku praktikal kat Zoo Negara. Best tak? Ok je pada aku. Lepas tu kau kena buat report itu ini daannnn.. tadaa habis sudah pengajian diploma kau.

Hahaha.. aku rasa kalau ada batch aku baca ni mesti diorang pelik. Eh tu je? Mana kes praktikal kena tangguh? Mana kes graduan diploma takde topi masa konvo? Mana kes perpindahan kolej perempuan? Mana... mana... mana... mana oh mana... Ya, aku tak nafikan memang sepanjang aku amik diploma ni banyak isu dan kekurangan daripada pihak UPSI. Tapi pada aku, lumrah untuk setiap universiti ada cacat celanya sikit. Lebih-lebih lagi untuk course aku yang baru je bukak dan untuk batch aku yang merupakan batch pertama dua tahun. Ditambah lagi batch aku antara yang teramai (paling ramai aku rasa). 250 orang. 10 Group Kelas. Punya ramai wei.

Cuma kepada yang baru nak amik tu. Mesti tertanya-tanya. Bagus ke program diploma ni? Ok ke? Pada aku ok je. Lagipun sekarang aku dengar boleh pilih nak ambil subjek apa. Masa aku tak boleh. Apa yang diberi kena ambil jugak melainkan elektif tu je. Jadi sekarang bila boleh pilih, boleh plan untuk semester 4 supaya tak stress sangat. Maklumlah masa aku, program aku ni kira masih baru jugak. Ditambah dengan batch aku yang pertama program dua tahun. Agak kelam kabut sikitlah. Tapi sekarang rasanya dah elok dah pengurusannya. Tengok junior tak ada sangat yang merungut.

Tapi kalau kau nak ada degree, kalau korang diberi pilihan antara diploma dengan matrik, aku rasa baik matrik je. Sebab tempohnya satu tahun, lepas tu kau boleh terus degree. Tapi macam sesetengah orang kata, sijil matrik ni tak berapa nak laku buat kerja. Jadi contoh kalau kau sambung matrik, lepas tu masa ijazah sesuatu terjadi, kau terpaksa mula dari bawah semula. Kalau ada diploma sekurangnya bolehlah guna untuk kerja. Cuma kurangnya diploma ni lama la sikit. Ada tiga tahun, ada yang dua tahun setengah.

Tapi kalau kau tanya aku laa.. aku rasa bersyukur jugak aku masuk diploma ni. Sebab aku jumpa ramai kawan-kawan yang dari latar belakang yang berbeza. (tu kat matrik pun boleh jumpa). Lepas tu, aku jumpa member yang pernah kecundang masa stpm ataupun matrik. Tapi diorang tak berputus asa untuk kejar cita-cita diorang dalam sains. Mungkin bila aku masuk matrik, sekarang aku dah degree. Tapi aku tak akan faham ada sorang kawan aku tengah struggle mohon degree sama dengan aku. Dia stpm. Mohon upu tak dapat. Entah, ada hikmah di sebalik semua ni. Dan aku semakin nampak hikmah aku masuk diploma ni. Tapi kalau ada yang tanya aku, matrik atau diploma? Aku akan kata matrik. Sebab masa depan orang lain berbeza-beza. Dan kita kena jugak berpaksikan pada realiti yang sebenar. Tak boleh ikut pengalaman kita je. Ok apa aku merepek ni? Tak faham.. Ok babai.. tata.. Assalamualaikum.

127 ulasan:

  1. haii junior sem 1 diploma sains upsi here hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai junior.. hahaha. Good luck for your second semester.

      Padam
    2. Macam mana upsi sekarang? Ok? Bangunan dekat depan Kampus Baru tu dah siap ke belum? Hahaha..

      Padam
  2. hai..dri bdk sma batch dip upsi..hahahaha

    BalasPadam
  3. Hai Abam Adib. Saya pon junior abam. seronok bce blog abam nih....bt la cerita utk dgree life plk yer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai... hahaha.... degree life tu nantilah. Panjang nau 4 tahun.

      Padam
  4. Question:
    It is confirmed that all UPSI graduate can be a teacher?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Not really. Tengok pada course. Kalau ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) memang untuk jadi cikgu. Kalau diploma bukan Pendidikan kira bukan untuk jadi cikgu.

      Padam
  5. bang, saya budak lepasan spm 2016 ingin sambung diploma sains di UPSI ni . brapa pointer untuk dapat ISMP tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Kalau ikut dari tengok syarat kemasukan sebelum ni atas 2.75. Tapi lagi selamat pointer atas 3.00 la. Lepas tu kena lepas ujian MEDSI dengan interview.

      Padam
    2. kalau dah graduate diploma sains kat UPSI , boleh sambung degree sains kepujian kat USM ?

      Padam
    3. In sha Allah boleh. Sebab ramai kawan sambung degree sains kat USM gak..

      Padam
    4. terima kasih banyak bang. sorry lambat reply , tak sangka pula abang reply tak sampai 12 jam hahaha

      Padam
    5. Eh kebetulan je tu balas awal. Biasa kadang selepas dua minggu baru balas.. hahaha

      Padam
  6. Asslam bang kiranya masuk upsi ni untuk jadi cikgu ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada kursus yang diambil. Sebab sekarang upsi dah banyak diwujudkan kursus open market (bukan perguruan). Tapi kursus perguruan (ISMP) masih majoriti.

      Padam
  7. Asslam bang kiranya masuk upsi ni untuk jadi cikgu ke ?

    BalasPadam
  8. " Kalau nak mohon degree, tak semua degree sains terima budak diploma sains "
    maksudnya kalau ambik diploma sains peluang nak sambung degree in science tak luas? agak susah nak sambung degree in science? skop pekerjaan luas tak? thank you

    BalasPadam
  9. " Kalau nak mohon degree, tak semua degree sains terima budak diploma sains "
    maksudnya kalau ambik diploma sains peluang nak sambung degree in science tak luas? agak susah nak sambung degree in science? skop pekerjaan luas tak? thank you

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skop pekerjaan luas. Ramai rakan-rakan saya yang dah sambung dalam pelbagai bidang. Degree.. ya, sesetengah kos macam medik, nursing, dentistry tak masukkan diploma dalam syarat kelayakan mereka. Mereka lebih utamakan matrik & asasi.

      Padam
    2. *sambung bekerja... tapi ada je yang dapat sambung kos bioteknologi, forensik perhutanan dan seumpamanya. Maksudnya pilihan tak terlalu sempit. Cuma tak begitu luas sampai boleh pergi semua...

      Padam
    3. Nak tanya, habis diploma sains kt upsi boleh amik degree pure chemistry ?

      Padam
  10. kalau pohon diploma sains upsi, untuk ijazah sarjana nanti dpt sambung tak untuk medic,farmasi , dentistry ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya tak dapat. Bukan tak dapat langsung tapi agak sukar. Saya kurang pasti, tapi tak dengar lagi lepasan diploma sains upsi sambung kos-kos medik, farmasi & dentistry

      Padam
  11. Abang boleh ker sambung dlm kejuruteraan kimia dlm bidang diploma sains ni?

    BalasPadam
  12. Abang boleh ker sambung dlm kejuruteraan kimia dlm bidang diploma sains ni?

    BalasPadam
  13. saya ada mohon diploma sains kat upsi ni...xtau la dpt ke tak...so,saya nk tnya,klau sem 4 tu...kita pilih salah satu drpd 3 subjek tu atau salah satu subtopik(yg lab2 apa smua tu)..

    BalasPadam
  14. Assalam..saya fadhila..bru dapt ofer upsi dip.sains...alhamdulillah...nk tya..if saya nk sambung degree d upsi boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah tahniah dpt masuk upsi. btw saya bakal senior awak kalau awak msuk upsi sekarang. boleh sambung degree lepas abis diploma kat upsi

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  15. Kalau menerima diploma sains upsi, memang tdk blh sambung dentistry?

    BalasPadam
  16. Sampai sekarang program sains diploma upsi mengambil masa 2 tahun? Bukan 3 tahun eh? Well basically untuk sains diploma ni kita akan belajar semua subject killer tu dengan lebih mendalam eh? Means takda pilihan nak pilih amik subject chemistry je. Memang kena amik semua? Lagi satu terbaca dekat web web lain yang graduan yang dari upsi ni, tak semestinya jadi cikgu means masa depan tak terjamin lagi jadi cikgu #tanyajejanganmarah betul ke? then betul ke sebenarnya upsi ni susah nak masuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Setahu saya masih dua tahun. Tak tahu mungkin dah ubah ke apa. Tapi selalunya dia akan tulis pada surat tawaran berapa tahun.
      2. Kena ambil semua. Sebab sains. Kalau nak mendalam rasanya kena pilih kursus yang spesifik dia sebut Chemistry. Itu yang saya tahu la.
      3. Tak semestinya jadi cikgu tu sebab nak tunggu posting memakan masa yang agak lama. Tapi kalau keinginan nak jadi cikgu tu tinggi, banyak je sekolah swasta, pusat-pusat tusyen yang kita boleh mengajar dulu di situ sambil nak tunggu posting.
      4. Susah nak masuk tuu... saya pun tak pasti. Hahaha.. atas rezeki jugak.

      Padam
  17. Saya dapat tawaran dip sains kt upsi.. Lpastu sy masih keliru antara matriks dgn upsi. Abg rase lebih baik yg mna stu sbb matriks sy bleh utk 1thun shj.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara umumnya matrik. Setahun matrik lepas tu degree dalam 3-4 tahun habis. Kalau diploma 2 tahun macam tu.
      Cuma yalah satu kurangnya matrik sijilnya tak boleh nak buat mintak kerja. Jadi lepas matrik awak kena sambung degree. Sebenarnya dua-dua ada pro & cons dia. Tapi pandangan saya matrik je. Study elok-elok kat matrik tu, kasi pointer tinggi-tinggi.

      Padam
  18. Kalau amik dip sains, boleh ke terus diserap masuk ke upsi untuk degree pendidikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya kena mohon macam biasa cuma tak silap ada permohonan khas untuk lepasan diploma upsi. Kira macam serap masuk jugak la.

      Padam
  19. Hi, saya Ada dpt diploma sains untuk intake bulan june ni. Saya masih kurang jelas dengan kerjaya yang berkaitan dengan diploma sains ni. Kalau tempat practical nanti, kalau saya memilih untuk mengajar di sekolah rendah/menengah, bolehkah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh rasanya. Sebab diploma ni open market. Bukan untuk mengajar...

      Padam
    2. Hbis tu prktical kat tmpt mcm mana?? ���� kalau degree nanti mohon ijazah pendidikan guna diploma sains ni boleh kh? Sambung kat upsi terus kh? Nnti degree ada kurang tak tahun belajar?

      Padam
    3. Praktikal banyak tempat boleh. Ijazah pendidikan, boleh je sambung guna diploma sains. Tapi setakat ni kami tak dapat kurang tahun belejar. Tak tahu laa di masa akan datang nanti macam mana..

      Padam
  20. Diploma sains ni rare sekali...kalau nak jadi cikgu boleh kah? Sila beri keterangan...saya takut saya kecundang kali kedua.. dulu saya ambil bidang sains masa STPM, tp cgpa saya xlepas syarat, then skrng sy mohon diploma, alhamdullilah upsi terima saya...tp sy risau sbb sy dapat diploma sains! RISAU SANGAT SAYA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada ramai kawan macam awak masa diploma. Memang sama. Salah seorang kawan rapat saya. Dia pun kecundang STPM. cgpa tak lepas syarat untuk degree. Masa diploma dia memang belajar bersungguh-sungguh. Dan sekarang Alhamdulillah dalam ijazah bioteknologi tak silap di UMP. Saya walaupun tak ada di tempat awak tapi saya ada rakan-rakan yang seperti awak. Saya faham kerisauan awak. Jangan risau, in sha Allah kalau awak belajar bersungguh-sungguh, fokus dan baik dengan pensyarah awak boleh berjaya.

      Padam
  21. Saya nak pursue psikologi tapi tiba tiba dapat diploma sains upsi... Abg rasa saya patut amik diploma sains ke matrik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua-dua boleh. Cuma cepat atau lambat je. Matrik kalau awak masuk, setahun je lepas tu boleh ke psikologi. Diploma Sains dua tahun setengah macam tu dan boleh je dapat psikologi. Kawan-kawan diploma saya ada je dapat course psikologi. Saya je mohon-mohon tak dapat.. T.T huhuhu..

      Padam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Kat upsi ok tak life dia? BTW saya baru dapat offer dip sains ..
    Tgk yuran dia pun minimum rm1k nak daftar ... mana nak cari tu??
    Then diploma sains ni laku tak utk skop keje ? Keje apa je yg berkaitan dgn kos ni?? Yuran dia dahlah rm9k total .. Bantuan kewangan selain PTPTN ada tak kat situ ?? Just tanya thx :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Life dia saya rasa sama saja macam U lain. Bergantung pada siapa awak berkawan nanti sebenarnya. Kawan memainkan peranan yang sangat penting.
      2. Yuran.. ye memang buat kita semua tercekik. Masa saya untuk daftar rm 500. Memang agak terbeban di situ.
      3. Untuk skop kerja saya pun tak berani cakap. Tapi ramai saja rakan-rakan saya yang dapat kerja berdasarkan diploma sains ni. Kalau awak pandai cari tempat praktikal dan perform masa praktikal (buat kerja bagus, rajin etc) awak boleh kerja terus di tempat praktikal tu.
      4. Selain ptptn ada je bantuan yayasan negeri, zakat dan sebagainya. Lagi satu bank rakyat. Yang ini awak boleh refer di portal bank rakyat untuk maklumat lebih lanjut. Bagus bantuannya ni.
      Harap membantu ya jawapan ni..

      Padam
  24. Kat UPSI dekat tak dgn bandar utk jalan2 ke ada cc tak situ?? Ada wifi tak kat hostel laju x ?? Kat situ kwn saya ckp banyak org asli betul ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekan Tg Malim ada je. Wifi tu tengok jugak keadaannya. Orang asli secara jujurnya saya tak ada la jumpa. Mostly penduduk tempatan biasa je. CC ada je. Senang cerita nak hidup tu boleh je kat upsi ni. Mudah. Tapi kalau nak berlebih-lebihan enjoy tu memang tak laa... hahaha.. lagipun tempat belajar kan. Keperluan belajar tu memang boleh kata cukuplah jugak. Kedai repair laptop semua ada..

      Padam
    2. Oh ya hari sabtu ada pasar malam kat tg malim...

      Padam
  25. Salam Sejahtera sume siswazah2 upsi (/bakal) kat sini. saya calon siswazah sini, bakal amik program A2000 diploma sains under fakulti sains dan matematik. Saya ingin bertanyakn mengenai persediaan saya sblom 30 mei ni. Apa kemudahan yg disediakn di hostel2 upsi? washing machine? dryer? 1 bilik brape org duduk? bantal kene bawak? cadar saiz king ke��? perlu ke bawak termos, microwave, kuali, dapur sume��? saya x de mengalaman tu yg bertanye kpd yg berpengalaman. saya tersgt2 perlu guideline nk kene bawak brg ape je (1 sbb i'm perfectionist,2 sbb otak tgh beku asal dpt upsi�� uitm x nk aq ke, 3 cuak gak kang over2 je siap brg last2 kat sne dh ade. x pon siap punye bagai brg last2 rayuan matrik dpt). yg pasal kod pemakaian pon pening gak. dlm kelas sahaja kn yg wajib kemeja lengan panjang bagai sume tu (x kesah la korang panggil kelas ke kuliah ke). most important, memang dh lulus kn disember 2016 cuty raye aidilfitri 2017 1 minggu. harap senior2 kat sini leh bantu. dh la duit berabis buat songket�� (x abis pon) tapy yelah bile bab2 cerewet ni, sorang dh start sampai abis aq cerewet. please!!! help me berkenaan brg ape nk bawak nnty. baldi sume tu. n locker/almari pon nk tau saiz gak. kang bli kunci besar x muat, bli kunci kecik x ngam.

    -sincerely, your most adorable future tan sri (aamiiiin)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Washing machine, dryer memang ada je. 1 bilik dua orang. Bantal dia bagi satu biasanya. Cadar tu saiz katil bujang biasa. (saya tak reti bab saiz cadar ni... hahaha)
      2. Microwave, kuali, dapur adalah dilarang dibawa ke kolej. Setakat heater tu bolehlah.
      3. Saiz mangga loker kalau awak risau sangat beli je masa hari daftar tu. Ada je dijual...
      4. Dalam kelas je pakai formal. Takdenya pergi makan kat kafe pakai gitu.. hahaha

      Padam
    2. Thanks a lot... most helpful review. but raye cuty memang seminggu eh, x pe ar. bdk uitm bln pose dok umah je depa.

      Padam
  26. nak tnya kn dekat upsi satu sem je kn boleh duk hostel ,umh sewa dekat dekat situ mahal tk ?pastu bleh ke klau nk mintk ngn pihak u nak duk hostel lagi lps sem 1?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa saya sampai semester 2 wajib duduk kolej. Tak tau la sekarang. Tapi memang tiap-tiap sem akan ada permohonan untuk duduk kolej pada semester akan datang.

      Padam
  27. Get ready guys bakal bakal upsi esok daftar ahha takut lak nak gi situ ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menjadi anak kandung suluh budiman. Nyanyi lagu upsi tu bersemangat sikit. Nanti dah habis rinduuu~ hahaha

      Padam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Btw saya senior First Batch A2000 Diploma Sains UPSI sesi 2011/2012. Masa dapat surat tawaran tu, tertulis 3 tahun..tapi masa masuk ke UPSI, ada perjumpaan Dekan yg kata diploma nie akan dishortkan menjadi 2 tahun...tapi entah smpai la ke penghabisan 3 tahun jgak include LI..maybe sebab Diploma Sains nie terlalu pack kot..bnyak sejarah manis dan hitam saya di sana...masa tu kolej kediaman kami dekat Taman Bahtera, then masa sem5 baru move ke PC..kalau laa boleh undur balik masa...menyesal...

    BalasPadam
  31. bukan menyesal dengan UPSI yee...menyesal dengan diri sendiri..rindu kot UPSI...;( btw ada yg tanya, boleh ke bt Medic kan..setahu saya x boleh...tapi Dentistry boleh...sebab my colleague ada sambung USM buat dentistry..tapi result dia smpai ke konvo is 3.99...pinggsannn bahh kau

    BalasPadam
    Balasan
    1. hello boleh tak bagi contoh kat mana practikal and nanti kerja bahagian apa ? macam farmasi tu ke ? or senang ke nak dapat kerja ? nanti belajar semua yg berkaitan sains ke ? okay tu je nak tanya

      Padam
    2. Saya praktikal kt Jabatan Kimia..bab keja terserah rezeki..ade je kawan saya dpt keja kt LHDN, jadi pembantu makmal kt SPP yg penting perform well...mcm saya further degree kt UiTM ambk Masscomm...hahaha...mmg keciwaa kauu...lari topikk abiss...yea blaja smua bkaitan sains..Fizik, Kimia, Bio but utk Math smpai sem 3 ja masa batch saya dlu...x silap math for diploma, calculus (mmg killer subject, make sure carry mark tinggi) dan statistics for dip(so so laa susahnyee..)

      Padam
  32. Assalamualaikum.. masa spm dulu saya tak ambil subjek bio, tapi fizik, chem and addmath ambil, boleh ke ambil diploma sains upsi ni?

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum, saya nak mohon degree electrical engineering, tapi di sini saya nak tahu adakah diploma sains merupakan salah satu jalan untuk saya mencapai hasrat tersebut? Mohon penjelasan, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bergantung pada syarat kelayakan universiti yg awak nak mohon.

      Padam
  34. Assalamualaikum. Kalau dpt dip sains di upsi dan nnti nk further degree dlm pendidikan di upsi jugak boleh ke pendekkan sem waktu degree?

    BalasPadam
  35. ASSALAMUALAIKUM,SY NAK TANYE KLAU SY AMBIK DIPL SAINS KAN, DEGREE SY BOLEH SAMBUNG APE ERK?? THEN NT BOLEY TAK KLAU SY NK AMBIK COURSE DLM BIDANG COMP PLAK??

    BalasPadam
    Balasan
    1. bergantung pada syarat kelayakan universiti masa awak mohon degree nanti. kwn saya ada yg sambung bidang IT lepas dip...

      Padam
  36. Hai, saya nak tanya, nak smbung perubatan dekat u mana yg better? Usm boleh ke? Atau ipta mana yang menawarkan ijazah perubatan ni? Saya ada tengok kebanyakan fakulti tengok result spm tapi result spm saya teruk sangat. agak-agak boleh ke diterima?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kurang pasti mengenai perubatan. Maaf ye.

      Padam
    2. Rasanya from Dip Sc UPSI ke medic tak boleh..tapi Dip Sc UiTM boleh ke medic...tapi tak ramai...as usual priority medic ni slalunya utk budak2 Matrik, Asasi dan STPM

      Padam
  37. Hye , kenapa kalau nak sambung psychology mmg flow dia kene sambung in dip sains . i mean dip sains belajar subjek sains tulen tu kan? so apa kena mengena dengan psychology?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Psychology tak semestinya kena dip sains... matrik pun boleh. Sbb psychology memang berkaitan sikit dengan sains tulen.. sebab ada juga belajar tentang fisiologi otak.. dan ada juga mengenai ubat-ubatan untuk penyakit berkaitan mental... tu semua berkaitan dengan bio dan kimia... itu apa yang saya tau la

      Padam
  38. hai, bolehkah saya tanya apakah bahasa yang digunakan dalam pengajaram diploma sains upsi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa Inggeris bagi subjek sains... subjek universiti seprti TITAS etc.. Bahasa Melayu

      Padam
  39. Assalamualaikum, saya mau tanya.. Klau smbung degree nti boleh kan pegi U lain? Tk semestinya kena stay dekat UPSI ?

    BalasPadam
  40. Asslmualaikum.. Nak tanya diploma upsi boleh sambung degree uiam tak?? Thnk u;')

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh... bergantung pada kursus apa yang awak hendak

      Padam
  41. Nak tanya, klau masuk upsi mmg keluar jd cikgu ke? Sbb saya tknk jd cikgu tp saya nk study kat upsi 😂

    BalasPadam
  42. Salam. Nak tanya kalau masuk dip sains math dekat upsi. Boleh ke sambung ijazah pendidikan dekat upsi. And ape beza dip sains dengan dip sains math? Thankyou😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je... dip sains lebih fokus kat sains, manakala dip math fokus banyak kat math...

      Padam
  43. Assalam,sy lepasan spm 2017..mase skola dlu amek sc stream,pastu dpt result lak ckup² mkn je. Pastu lagi sy semak la syarat kelayakan nak masuk mne² ua enn before isi dkat upu tu,pastu seterusnya,sy layak la jgak amek dip sc ni.. Tapi mcm mnakutkan je bidang ni.. Boleh tak explain psl bidang,sbb sy masi minat nk amek sc,tapi tak confident.

    BalasPadam
  44. Salam and hi. I only got 6A's in spm. So, ada chance tak nak dapat diploma sains kat upsi ni ya? :')

    BalasPadam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. Asslmualaikum,, boleh tak nak tahu 2 tahun stgh tu mknanya 2 thn 6 bln la kan? Tapi kenapa dalam borang cakap 2 thn je ye??
    Kalau kat uitm pun 2 thn stgh jugak tapi dlm surat cakap 2 tahun 6bln😅
    Boleh tak terangkan 2 tahun 6 bln ke 2 thn berape bulan yg setengah tu kalau kat upsi?? Trimas ksih

    BalasPadam
  47. hi ..bahasa apa yg digunakan untuk belajar di sains matematik..subjek matematik bahasa apa yg digunakan..trima kasih..

    BalasPadam
  48. Yuran pengajian anggaran brapa dari start pendaftaran smpai laa nak ambil sijil dip sains ni?

    BalasPadam
  49. Hi Saya nak tanya bahasa apa yg digunakan oleh guru-guru di upsi utk mengajar subjek Sc dan Math? Guna BI atau BM?

    BalasPadam
  50. Assalammualaikum sya dpt diploma sains ni? Susah sgt ke? Hehe taktau nk stay in f6 sports science or ambil je diploma ni??? Skrg abg smbung degree????

    BalasPadam
  51. tumpang tanya, apa eh beza diploma sains dgn diploma sains (matematik) dkt upsi ni? mana lg bagus n mana lg susah?
    twrn dpt yg (matematik) tu, boleh ke nk tukar masa register nnti?

    BalasPadam
  52. 2 tahun 6 semester mcm mane tu...

    BalasPadam
  53. assalamualaikum. masa dlm kelas tu, boleh record ke spjg lecturer menerangkan?

    BalasPadam
  54. Ada kwn sya dia ambik pengajian malaysia... kiranya kluar jadi cgu tingkatan enam lh.. pluang dia jdi cgu tu tinggi ke? N ada diberi bantuan kewangan kh? Sbb kwn sya ni bkn golongan berkemampuan.. ptptn pulak tdk menawarkan smua student U dh.. thanks

    BalasPadam
  55. nak tanya.. saya baru dpt result spm utk tahun 2018.. Kalau lepas diploma sains di upsi. kerjaya apa yg kita boleh dpt?

    BalasPadam
  56. assassalamualai bang..saya nak jadi sngt cikgu sains.. sains biasa bukan sains tulen.. saya tngk dkt upsi dia ada tawarkan mcm2 sains.. sains sahaja,sains mathematik, sains kemanusiaan,sains komputer, mna satu yg perlu saya mohon bang.. dan saya nk smbung degree nnti,

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak smbung degree nnti. .saya kena amik ijazah sarjana perguruaan la ye untuk jdi seorang guru. saya nk jdi guru sains bang,tlng bang 1 ari bulan 4 nnti upu dh tutup.. andai kata saya mohon diploma sains mathematik di uitm lps tu smbung degree pon blh jdi guru ke

      Padam
  57. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  58. assalamualaikum , sy nk tanye . contohnya kalau nak jd cikgu . lepas diploma kena ambik ijazah pendidikkan la ye ? kalau sy mintak kerja dgn diploma sains sahaja . agak² kerja mcm mne ? sbb sy kurg jelas dgn baca² kkmen tu je .mohon pencerahan yee . dan ismp tu ape

    BalasPadam
  59. Salam saya nk tnye,kalu dah hbis diploma sains . Bole ke nk smbng degree pndidikn sains??

    BalasPadam
  60. Haiipp...saya super senior Dip Sains first batch 2011...Actually masa kitorg pon ada ura2 nak dipendekkan Dip nie jadi 2 tahun...tapi x boleh sbb terlalu pack..jadi back to normal...rindunyaa UPSI...but skrg rasa dah Okeyy kott...kalau dulu masa zaman kitorg kena berebut2 bas nak ke Bilik kuliah Tmn Bahtera, nk ke PT, nk ke Kampus baru...

    BalasPadam
  61. Hai~ saya Lepasan STPM tapi result hancur so terpaksa apply diploma balik...and yes saya dpt diploma sains kt UPSI tapi kan diploma sains tu saya letak paling last sekali kt upu, tak sangka dpt...sbnrnya dh x sanggup dh nk ambil subject sains ni,tapi itu jugak yg dpt...dulu pun saya dpt matriks tapi tolak, memang menyesal jugak la, sbb tgok kwn² syok je kat matriks tu, Kita kt sini stpm struggle bagai nk gila, mmg susah giler la stpm ni...mmg setuju sngt yg takut x leh score tu better ambil matriks

    BalasPadam
  62. Assalamualaikum admin, tumpang iklan untuk hebahan..

    Memandangkan masih rmai pelajar keliru laluan belajar selepas tamat diplama sains di Malaysia, sy buka peluang utk pelajar yg mencari peluang pengajian dlm degree medicine (MBBS), dentistry, pharmacy dan vet yg tidak mendapat tmpt dlm IPTA di Malaysia utk mnyambung pengjian di luar negara.


    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

    .

    ISTIMEWA UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN DIPLOMA SAINS

    Berminat untuk sambung Medicine (MBBS), Dentistry, Pharmacy & Veterinary?


    ✔ Masih binggung halauan selepas tamat pengajian Diploma Sains?
    ✔ Pointer kurang dari 3.5?
    ✔ Terlepas peluang ke IPTA kerana kuota yang terhad?
    ✔ Yuran IPTS tempatan yang tinggi dan membebankan?
    ✔ Tidak lulus ujian kemasukkan bagi IPTA di Malaysia?


    Jangan risau, masih ada jalan dan cara untuk sambung pengajian dalam bidang yang lebih pratikal (peluang pekerjaan luas) dengan kos pengajian yang lebih rendah.

    1. Mesir MBBCH twining Manchester University Programme - RM180K
    2. Bangladesh MBBS - RM150K
    3. Bangladesh Agriculture University
    (Kerjasama kajian & penyelidikan dengan UPM dan UMS - RM57K untuk 5 tahun pengajian)
    4. Institut Pertanian Bogor (IPB)
    (Universiti ke-147 terbaik Asia - RM97K untuk 4 tahun pengajian)

    di University Awam yang diiktiraf MQA, MMC, MDC, MVC & WHO.

    Free Consultation

    Maklumat lanjut :
    http://wasap.my/601114799976/BelajarLuarNegara

    Pendaftaran online :
    http://bit.ly/prapendaftaranonline

    Facebook: Belajar Medic Dentistry Luar Negara

    BalasPadam
  63. hai adik2..yg mana result tk brp ok..bole je msuk isntitut latihan mcm ranaco ke..utk bidg osha dan perkapalan oilgas-bbole roger sis 011-16930576 utk lebih info..selain tu.jika ade nak tye psl program pendidkan kanak-kanak pun boleroger

    BalasPadam
  64. Assalamualaikum.. Sy bru je dpt twrn dalam diploma sains matematik d upsi.. Boleh sy thu ape yang akan d pelajari dalam sains matematik mean ape subject perlu dpelajari.. N then if keluar saya boleh sambung dalam bidang ape degree nnti.. Terima kasih.

    BalasPadam
  65. Assalamualaikum.. Sy bru je dapat twrn diploma sains matematik d upsi.. Can i know ape yang akan d pelajari selma diploma sains math ni.. N if nk sambung degree ape bidang yg sesuai..

    BalasPadam
  66. Hye bro.. Bro nak tanye.. Sye dpt diploma teknologi makmal upsi.. Rasanya blh sambung degree x di uni lain upm.. UKm.. USM jika pointer baik?

    BalasPadam
  67. Nak tanye, if dh graduated diploma sains, boleh ke degree nnti ambil pendidikan khusus subjek sains.. Hehe ingat nk jdi guru sekolah menengah dan ade credit transfer tk if sambung degree dlm bidang ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ambil degree pendidikan
      Credit transfer bergantung pada universiti.

      Padam
  68. Nak tanya...bagi diploma sains ni kan...kampus dia kat mn hee...sbb upsi kat sana ada dua

    BalasPadam
  69. hi bro, saya nak tanya tentang praktikal. boleh tak berkongsi pengalaman bro bekerja di zoo dan menjelaskan cara permohonan and so on. Saya juga pljr Dip Sains sem 1.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Maaf lambat reply memang dah jarang sangat buka blog. Komen pun ramai kan. So reply mana yang rajin je.
      Pengalaman masa kerja kat zoo, time tu kitorang bawah Education Department. Banyak handle volunteer & ada buat dua tiga projek pengayaan haiwan.
      Nak buat permohonan boleh call pihak zoo. Sebab rasanya lepas 6 tahun ni mesti sistem dah berubah apa semua. Jadi eloknya tanya pihak di sana macam mana prosedurnya

      Padam
  70. Course ni ada subject matematik tak?

    BalasPadam
  71. Hi nak tanya saya dapat dip sains dekat upsi tapi nanti bila nk smbung degree boleh ke nk smbung farmasi or makmal perubatan dekat uni lain mcm uitm ke?

    BalasPadam
  72. Bang nak tanya kalau ambik diploma sains,lepas habis semua sem boleh mohon cos ke dalam bidang perubatan tak atau ia sekadar untuk bidang pendidikan saje? Sebab kerjaya yang ingin sy ceburi selepas tu berkaitan dengan kedoktoran.

    BalasPadam