Sabtu, 19 November 2016

KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG SAYANGKAN NEGARA

Dalam cerita Avatar The Last Airbender, meskipun Fire Nation merupakan negara yang memulakan perang 100 tahun (100 Years War) dan melenyapkan keseluruhan Air Nomad, namun jika kita perhati rakyat Fire Nation bukanlah semuanya suka kepada peperangan. Mereka hidup seperti rakyat negara yang lain. Cuma telah tertanam di dalam jiwa mereka bahawa negara mereka telah berkongsi kemakmuran dan kekayaan dengan kerajaan lain tetapi negara lain seperti Earth Kingdom menolak dan melawan mereka. Ini adalah dakyah yang telah diterapkan oleh Fire Lord Sozien serta anak cucu beliau ke dalam sistem pendidikan mereka. Walaupun pada hakikatnya FIre Nation sangat digeruni dan dibenci oleh negara lain.
"Growing up, we were taught that the Fire Nation were the greatest civilization in history and somehow the world was our way to share our greatness to the rest of the world. What an amazing lie that was. The people of the world are terrified by the Fire Nation. They don't see our greatness. They hate us. We create an era of fear in the world...." (Zuko)
Pada satu episod yang lain, Aang menyamar sebagai pelajar sekolah rendah dan salah satu subjek pada ketika itu merupakan sejarah. Masa tu ada 'pop quiz'. Soalan pertama, "In what years Fire Lord Sozien defeat the Air Nation army?" Satu penipuan yang jelas pada Aang kerana beliau datang daripada Air Nomad/Nation dan mana ada tentera Airbender pada ketika itu.
Di sini jelas bahawa sistem pendidikan merupakan perkara yang penting untuk memastikan kestabilan negara terjamin. Masa zaman kolonial British pun, orang-orang Eropah seperti British, mereka diajar bahawa mereka merupakan kerajaan yang hebat dan kerajaan mereka telah membantu kerajaan-kerajaan Asia yang kononnya mundur, tidak bertamadun dan tidak berpendidikan. Sedangkan pada hakikatnya sangat berbeza.
Masa awal-awal semangat nasionalisme bangkit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, beberapa tokoh-tokoh Melayu KMM contohnya antara yang paling awal bangkit pergi ke kampung-kampung untuk menyedarkan masyarakat Melayu dan mengajak untuk memerdekakan tanah ini. Masa tu pada pandangan orang Melayu, British merupakan pelindung dan penjaga tanah ini. Satu persepsi yang mungkin sudah tertanam sejak kecil. Meskipun orang tua mereka pernah merasai zaman sebelum penjajahan, tapi mungkin tidak diceritakan kepada mereka.
Maka terbuktilah pendidikan merupakan antara elemen terpenting dalam membangunkan sesebuah negara yang hebat di samping dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negaranya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan