Sabtu, 5 November 2016

HARI INI 5 NOVEMBER

Hari ini, 5 November 2016. Empat tahun yang sudah, tarikh ini merupakan tarikh hari pertama untuk peperiksaan SPM aku dan kawan-kawan aku. Ok, sebenarnya aku tak tau apa main point aku tulis pasal ni. Tapi sebab dah lama tak tulis kan, jadi... tulislah sesuatu.

Aku tak nak la bukak macam mana aku lalui hari pertama SPM aku. Paper BM untuk hari pertama ni. Apa yang aku ingat aku nangis hari ni. Jangan tanya kenapa... malas nak cerita huhu. Cuma apa yang aku mungkin nak cerita adalah bagaimana cepatnya masa berlalu. Aku masih boleh ingat lagi (yelah.. bukannya lama sangat pun.. baru 4 tahun kan) macam mana berdebarnya aku untuk SPM ni. Yelah, bak kata cikgu-cikgu aku masa sekolah menengah, "SPM ni ibarat periuk nasi..." Well.. aku tau rezeki di tangan Allah, tapi yelah boleh kata perjalanan hidup kita di kemudian hari sedikit sebanyak (aku rasa banyak je) dipengaruhi oleh SPM ni.

Selain itu (cewahh.. dah lama tak pakai penanda wacana ni... hahaha), SPM ini juga kira macam tanda tamatnya zaman persekolahan kita secara umumnya. Aku tak nafikan, ada yang dah berhenti sekolah lebih awal atas dasar masalah kewangan dan sebagainya, cuma kebanyakan daripada kita tamat sekolah selepas SPM. Jadi SPM ni kira ada signifikannya juga.

Setelah empat tahun menamatkan zaman persekolahan, aku masih susah apa kata orang moved on sikit. Tapi masih dalam proses. Kadang-kadang boleh kata selalu juga (macam mana tu? kadang-kadang tapi selalu.. haha) aku rindu pada zaman persekolahan. Lebih-lebih lagi zaman di mana kita fikir nak seronok je. Tapi masa SPM tak ada fikir macam tu sangat 100%. Semua dah fikir masa depan masa tu. Cuma masih ada lagi sisa-sisa sikap keanak-anakan kita masa tu.

Pada aku, zaman sekolah merupakan antara zaman kegemilangan aku. Seronok gila. Walaupun aku akui, perangai aku masa tu agak tak disukai oleh kawan-kawan tapi diorang terima aku juga. Kawan juga dengan aku dan itu aku sangat-sangat hargai. Instead, sampai sekarang kitorang masa contact (ada group whatsapp kan..) dan group tu tak ada la krik..krik sangat. Bila sampai masa meriah dia memang meriah gila la. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Aku sangat hargai diorang. Aku berharap hubungan ini berkekalan.

Zaman sekolah juga mengajar aku macam-macam. Boleh kata kebanyakan perangai aku dipengaruhi oleh kawan-kawan aku masa sekolah. Bila aku sambung universiti ni, yes aku kecoh. Tapi aku selalu dengar diorang kata walaupun aku kecoh tapi tak annoying sangat. Meriah. Bila difikirkan balik aku masa sekolah kecoh yang annoying. Bila aku sambung diploma, aku cuba mengubah kecoh aku kepada yang lebih baik dengan mengambil contoh kawan-kawan aku masa sekolah yang kecoh yang tak annoying. Cuma sekali-sekala tu annoying jugak. Tak tau mungkin sebab kematangan atau apa, tapi aku rasa sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sikap kawan-kawan aku masa sekolah yang bising, kasar tapi ada hadnya.

Walaupun selalu jumpa antara satu sama lain, kadang-kadang aku malu nak buat ayat jiwang pasal member sekolah. Mungkin sebab diorang pun tak ada jiwang sangat. Dan aku kadang-kadang suka gak. Tak ada la nak cepat terasa atau apa kan. Tapi still ada hadnya. Pernah aku terlanjur bahan kawan aku 'Anak Indon...'. Jujur aku lupa dia punya parent dari sana. Dan banyak juga macam orang rendahkan dia sebab status dia tu. Dan lepas tu aku minta maaf... aku tau dia terasa dan dia pun kata dia terasa. Well... aku bukannya baik sangat kan. Cuma aku bersyukur tak ada la dia masam muka dengan aku ke apa.

Cakap pasal anak indon kan. Kawan aku boleh kata separuh bertaraf tu. Sangat sedih bila tengok diorang tak dapat masuk matrik atau asasi disebabkan tu. Senang cerita fast track. Tak silap tu untuk Bumiputera saja kan. Cuma yelah, diorang score tinggi-tinggi, tapi tak dapat tempat yang sepatutnya. Ya, mungkin kaum lain macam Cina atau India, tapi yelah sebab aku tak ada kawan rapat dari mereka, jadi tak ada perasaan yang sama. Tapi apa-apa pun aku gembira kebanyakan mereka sekarang berjaya sambung degree dalam course yang hebat-hebat juga. Sangat layak. Pandai... baik... ok puji terlebih.. hahahaha..

Ok, tu je la. Mungkin aku tengah mengimbau perkara lampau. Yelah aku kan orang sejarah, asyik terkenang benda yang dah lalu. Hahaha.. Sekian..

Ni gambar kedudukan dalam kelas masa Form 5 dulu. Kawan yang ohsem tolong buatkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan