2015. Sebuah lembaran baru. Walaupun lewat setelah 10 jam
berlalu dalam 2015 baru nak post. Sempena tahun baru masihi ini aku hanya
berharap cerita yang lebih baik yang bakal kita sama-sama lakar pada tahun ini.
Malam semalam aku buat apa? Duduk bilik dan pukul 12 malam laptop aku terpadam
sebab terputus charger. New Year sangat.. hahaha..
Seperti yang kita semua tahu, tahun 2014 meninggalkan banyak
kenangan buruk di samping kenangan gembira di negara kita mahupun dunia.
Dimulai dengan MH370 hilang, kemudian diikuti kemarau, jerebu, catuan air. MH17
kena tembak, harga minyak naik (dah turun balik. yeaaa), soalan UPSR bocor,
Gaza diserang lagi, dan baru-baru ni, QZ8501 dan banjir di Kelantan dan Pantai
Timur secara umumnya.
Semua ini membawa kita semua kembali mengingati Tuhan dan berdoa
dan terus berdoa agar segala ujian ini kita dapat jumpa jalan penyelesaiannya.
Maka, kita dapat lihat perubahan sambutan tahun baru di Dataran Merdeka
semalam. Sesuatu yang bagus. Aku berharap perubahan ini kekal. Jangan mengharap
musibah tiba baru nak berubah, lepas tu buat balik.
Secara peribadi tahun 2014 memberi banyak pengajaran yang
bermakna kepada aku. Banyak air mata yang mengalir dan tak kurang juga gelak
tawa (rasanya terlampau banyak) pada tahun 2014. Banyak suka duka, ilmu,
pengalaman yang aku peroleh pada tahun 2014.
Tahun 2014 juga mencatatkan banyak jugak peristiwa yang aku tak
tau nak bagi reaksi gembira atau sedih. (macam mana tuu? hahaha). Macam apa?
Obama datang Malaysia, coklat cadburry ada DNA babi lepas tu takde balik,
Malaysia kalah AFF ( erkkk???...ermm cam sedih tapi takde laa sedih sangat
pun.. huhu)...
Tidak kurang juga tahun 2014 memberi banyak kenangan gembira
kepada kita.
Tapi apa yee??
(nampak sangat sifat bersyukur dalam diri aku ni tak banyak sebab ingat yang buruk je. yang baik terus lupa. Ibarat kacang lupakan kulit...)
Tapi apa yee??
(nampak sangat sifat bersyukur dalam diri aku ni tak banyak sebab ingat yang buruk je. yang baik terus lupa. Ibarat kacang lupakan kulit...)
Ketibaan tahun 2015 ini membawa seribu harapan kepada rakyat
Malaysia. Berharap tahun ini membawa berita gembira. Bukan berita-berita yang
kurang enak didengar.
Di negeri pantai timur, di beberapa tempat, kebanyakan mangsa banjir sedang membersihkan rumah, kawasan yang teruk dilanda banjir. Maafkan aku kerana aku sedang bermalas-malasan di sini sementara kalian pula sedang bangkit dari musibah yang melanda kalian dan aku tidak pula membantu kalian. (maaf mudah untuk diungkap. adakah berharga maafku ini?)
Sementara dari segi politik, di belah pihak pembangkang memainkan isu ekonomi manakala di belah yang lagi satu aku macam tengok diorang mainkan isu Hudud dan sebagainya. Politik biasalah.
Dari segi ekonomi, kita berharap ekonomi kukuh dan tak jatuh. (tak tau nak hurai apa sebab aku tak reti bab ekonomi ni.. huhu)
Dari segi sosial, semoga keamanan Malaysia berkekalan, tiada pergaduhan, perpecahan, rusuhan dan seumpamanya.

Akhir sekali di sini aku kongsikan beberapa hashtag yang agak
popular pada tahun 2014. (motif???... hahaha suka hati aku laa..)
#Pray4MH370 #Pray4MH17 #CDM25 #AlQassam #SaveGaza#PrayForPantaiTimur #Pray4QZ8501
Sekian sahaja perutusan saya. Semoga kita berjaya melakar kenangan indah pada tahun ini. In sha Allah.
#Pray4MH370 #Pray4MH17 #CDM25 #AlQassam #SaveGaza#PrayForPantaiTimur #Pray4QZ8501
Sekian sahaja perutusan saya. Semoga kita berjaya melakar kenangan indah pada tahun ini. In sha Allah.
ps:
kan bagus kalau ada tengok anak bulan Rabiul Awal. Maulud jatuh hari sabtu. tu
kalau ikut kalender. kalau tengok anak bulan mana la tau boleh dipercepatkan
sehari.. hehehehe... oh lagi satu, yang stress baca perutusan aku ni sebab
panjang sangat, padan muka. hahahahahhahahaaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan