Rabu, 19 Jun 2013

Hanafi

Kali ni nak cerita sejarah pasal Imam Hanafi serba sedikit. Sebab dia merupakan Imam Mazhab yang pertama. Nanti yang lagi tiga aku cerita. Insya Allah
Nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di sebuah daerah yang bernama Kufah di Baghdad. Beliau mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak yang bernama Hanifah. Sesetengah pendapat lain mengatakan beliau mendapat gelaran Abu Hanifah kerana beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi. Hal ini kerana perklataan 'Hanifah' bermaksud dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di zaman pemerintahan Khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau sendiri menuntut ilmu daripada lebih 200 orang ulama terbilang pada masa itu seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Mas'ud. Beliau sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehan beliau itu sangat dihormati oleh kawan dan lawan.

Beliau akhirnya meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 150 Hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Al-Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad

Begitulah sedikit sebanyak tentang Imam Hanafi. Sekian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan