Isnin, 10 Jun 2013

Syukur

Janganlah kita berasa sombong kalau seandainya kita mempunyai harta yang banyak kerana Allah boleh mengutus seorang pencuri untuk mencurinya.

Janganlah berasa bongkak kalau seandainya kita mempunyai kehidupan yang bahagia kerana Allah boleh menjumpakan kita dengan seseorang yang akan menghancurkan kehidupan bahagia kita.

Janganlah berasa riak kalau seandainya ilmu kita penuh di dada kerana Allah boleh mengambil semua ilmu kita dengan menjadikan kita lupa.

Kita semua mesti ingat Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Seandainya kita mempunyai harta yang banyak dan melimpah ruah, kita mesti bersyukur. Macam mana nak bersyukur, memperbanyakkan sedekah jariah.

Seandainya kita mempunyai kehidupan yang bahagia, kita mesti bersyukur. Macam mana nak tunjuk kesyukuran tu? Membantu orang yang kehidupan dia tak bahagia.

Seandainya kita mempunyai ilmu yang banyak, kita mesti bersyukur. Macam mana nak bersyukur? Kita sebarkan ilmu bermanfaat yang ada pada kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Apabila mati seorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga. Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."

Jadi, aku teringin pulak nak mengajak korang yang membacanya blog ni bersyukur atas segala apa yang terjadi kepada kita. Kalau ada perkara buruk yang terjadi kepada kita, kita pun mesti bersyukur kerana Allah SWT masih ingat nak menghantar ujian kepada kita supaya kita tak tersasar dari jalanNya. Selain itu, aku pun nak nasihat kat korang banyakkanlah sedekah jariah. Macam sedekah kat masjid ke dan yang seumpanya. Kalau kita orang pandai, kita tolonglah orang yang tak pandai. Sebab bila kita mengajar orang, ilmu kita semakin bertambah, bukan semakin berkurang. Ingat tu.. (Oh.. yang ni bukan nasihat untuk korang je. Nasihat untuk aku sekali jugak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan