Rabu, 19 Jun 2013

Hanafi

Kali ni nak cerita sejarah pasal Imam Hanafi serba sedikit. Sebab dia merupakan Imam Mazhab yang pertama. Nanti yang lagi tiga aku cerita. Insya Allah
Nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di sebuah daerah yang bernama Kufah di Baghdad. Beliau mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak yang bernama Hanifah. Sesetengah pendapat lain mengatakan beliau mendapat gelaran Abu Hanifah kerana beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi. Hal ini kerana perklataan 'Hanifah' bermaksud dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di zaman pemerintahan Khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau sendiri menuntut ilmu daripada lebih 200 orang ulama terbilang pada masa itu seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Mas'ud. Beliau sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehan beliau itu sangat dihormati oleh kawan dan lawan.

Beliau akhirnya meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 150 Hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Al-Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad

Begitulah sedikit sebanyak tentang Imam Hanafi. Sekian sahaja.

Isnin, 10 Jun 2013

Syukur

Janganlah kita berasa sombong kalau seandainya kita mempunyai harta yang banyak kerana Allah boleh mengutus seorang pencuri untuk mencurinya.

Janganlah berasa bongkak kalau seandainya kita mempunyai kehidupan yang bahagia kerana Allah boleh menjumpakan kita dengan seseorang yang akan menghancurkan kehidupan bahagia kita.

Janganlah berasa riak kalau seandainya ilmu kita penuh di dada kerana Allah boleh mengambil semua ilmu kita dengan menjadikan kita lupa.

Kita semua mesti ingat Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Seandainya kita mempunyai harta yang banyak dan melimpah ruah, kita mesti bersyukur. Macam mana nak bersyukur, memperbanyakkan sedekah jariah.

Seandainya kita mempunyai kehidupan yang bahagia, kita mesti bersyukur. Macam mana nak tunjuk kesyukuran tu? Membantu orang yang kehidupan dia tak bahagia.

Seandainya kita mempunyai ilmu yang banyak, kita mesti bersyukur. Macam mana nak bersyukur? Kita sebarkan ilmu bermanfaat yang ada pada kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Apabila mati seorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga. Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."

Jadi, aku teringin pulak nak mengajak korang yang membacanya blog ni bersyukur atas segala apa yang terjadi kepada kita. Kalau ada perkara buruk yang terjadi kepada kita, kita pun mesti bersyukur kerana Allah SWT masih ingat nak menghantar ujian kepada kita supaya kita tak tersasar dari jalanNya. Selain itu, aku pun nak nasihat kat korang banyakkanlah sedekah jariah. Macam sedekah kat masjid ke dan yang seumpanya. Kalau kita orang pandai, kita tolonglah orang yang tak pandai. Sebab bila kita mengajar orang, ilmu kita semakin bertambah, bukan semakin berkurang. Ingat tu.. (Oh.. yang ni bukan nasihat untuk korang je. Nasihat untuk aku sekali jugak)

Cara Hidup Yang Lengkap

Assalamualikum. Ni adalah tulisan pertama aku untuk blog ni. Jadi kalau tak sedap tolong komen tau. Aku buat blog ni sebab aku rasa teringin nak kongsi apa-apa je la kat semua orang. Jadi untuk tulisan pertama ini, ingin sekali aku memberi peringatan kat semua yang membaca. Kalau salah tolong bagitau tau.

Jadi, aku nak ingatkan kat diri aku dan semua yang baca blog aku ni, marilah sama-sama mengingati Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Ikhlaskanlah diri kita dalam beribadah. Seandainya kita dapat beribadah kepada Allah dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dari-Nya, pasti kita akan berasa tenang.
Suka sekali aku memetik soalan yang pernah ditanya oleh Rabiatul Adawiyah "Seandainya syurga dan neraka itu tidak wujud, adakah kalian masih akan beribadah kepada Allah?"
Secara jujur aku mengaku, aku pun tak boleh membuat ibadah sampai ikhlas macam tu. Tapi kita boleh je berusaha nak menanamkan rasa ikhlas melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Ikhlas ni maksud dia mendalam. Jujur aku cakap, aku sendiri pun tak tau aku ni ikhlas ke tak dalam beribadah. Jadi marilah sama-sama kita berdoa agar hati kita sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah. Amin..
Hmmm.... aku tak tau nak tulis apa lagi. Jadi sampai di sini sahaja tulisan pertama aku untuk blog ini. Walaupun pendek, tapi sekurang-kurangnya aku ada bagi nasihat kat orang hari ni.. Assalamualaikum