Ahad, 12 Julai 2015

INIKAH YANG DIPANGGIL UKHWAH?

Jujur aku cakap, aku tak sangka benda ni jadi kat aku.
ermmm... macam mana nak mula eh.
Ok, aku ni mahasiswa kat satu universiti ni (sekarang tengah praktikal final sem). Jadi biasalaa, hidup dekat U ni kita ada ramai kawan baik yang kita sayang, yang ada di kala kita susah dan senang bla..bla.. Cuma masa aku sem 3, aku mula berjinak-jinak ke masjid (dulu gi masjid solat jumaat je). Malas nak cerita panjang, tapi alhamdulillah sampai sem akhir aku kat upsi, masjid tu dah macam rumah kedua aku kat U lepas rumah kolej tu la. Jadi aku ada laa kenal beberapa orang kat masjid ni. Nak kata rapat tak jugak walaupun ada yang tinggal depan rumah aku je pun. Tapi kalau jumpa tu tegur-tegur laa jugak. Senyum, bagi salam dan sebagainya. Lepas tu, diorang ni merupakan jemaah tabligh. Kira baru lagi jugak laa diorang join tapi serius aku cakap, diorang memang awesome.

Sebab apa?

Sebab kalau nak ikutkan, separuh dari diorang ni dulu macam aku jugak. Nak ke masjid tu memang solat jumaat je la. Dan masa aku mula-mula nak berubah diorang pun baru nak berubah jugak. Tapi semenjak diorang join tabligh ni diorang memang insan luar biasa laa senang cerita. Sampai yang memang dah baik dari dulu pun kagum tengok diorang ni. Kadang-kadang diorang ada laa jugak ajak aku ikut diorang keluar. Sehari pun jadi laa katanya. Tapi aku tak bagi jawapan. Bukan tak nak, cuma macam segan. Diorang gempak dan siapa laa aku. (hasutan syaitan... ermm)

Kalau lepas sembahyang subuh tu, diorang ada buat macam tazkirah la. Tapi simple je. Sorang baca kitab hadis yang ada huraian, yang lain dengar. Kadang ramai je yang tertidur. Termasuk aku. Awal-awal tu fokus, lepas tu hanyut. Huhu. Tapi bagi aku, kira ok laa, dari tak join langsung. Mula-mula aku pun malas nak join benda macam ni. Balik rumah sambung tidur kejap sebelum kelas lagi best. Tapi dah diorang ajak, ikutkan aje la. Dan sampai benda tu jadi rutin harian aku laa jugak walaupun kadang-kadang aku tak dengar.

Sekarang, aku dah takde merasa semua benda ni. Semenjak aku tinggalkan kampus U aku untuk praktikal. Subuh jemaah aku pun entah ke mana. Dan aku mula merasakan satu kekosongan dalam hati aku. Mula-mula rasa pelik jugak laa, kenapa hati ni macam ada rindu kat sesuatu atau seseorang. Nak kata rindu kat member U yang rapat, selalu je contact. Last-last sedar rupanya aku rindu kat sahabat aku yang selalu aku jumpa kat masjid. Yang selalu ajak aku sembahyang jemaah. Yang selalu ajak aku stay lepas subuh dengar tazkirah. Mungkin inilah yang dinamakan ukhwah. Entah aku tak tau.

Tapi ada sekali tu aku mesej salah seorang dari diorang, pastu aku rasa ok sikit. Dapat secebis nasihat dari diorang.
Ingat lagi ayat dia bila aku merungut dah lama aku tak subuh jemaah. "Doakan Allah terima kita ke masjid untuk Subuh.." ringkas dan padat. Selama ni aku ingat aku dapat bangun pergi subuh berjemaah sebab aku rajin ke apa. Tapi atas keizinan Allah jugak.
Serius aku cakap, aku rindukan diorang. Walaupun tak rapat. Tak pernah keluar sama-sama. Tak pernah kongsi masalah. Tak pernah lepak kat mana-mana. Tapi aku tetap rindukan segala nasihat, ajakan, teguran yang diorang pernah bagi walaupun sikit.
......
Sahabat,
aku rindukan kalian,
semoga kalian tabah,
dalam perjuangan dakwah kalian,
aku di sini sentiasa mendoakanmu,
walupun tidak begitu membantu... :'(



Sekian
-Adib-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan