Aku lepasan Diploma Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris (A2000) ambilan Jun 2013/2014. Ikhlas kata aku tak perasan pun masa mohon UPU aku mohon kursus ni. Sebab masa tu tak fikir apa sangat. Jujur aku cakap, tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku yang aku akan sambung diploma kat UPSI. Untuk makluman, kursus ni bukan kursus pendidikan. Tempoh pengajian 2 tahun setengah camtu. Walaupun dalam surat tawaran tulis 2 tahun masa aku dapat tu.
Jadi kenapa aku pilih untuk sambung pengajian dalam bidang diploma ni? Jujur aku cakap sebab aku takut masuk matrik. (Ya aku dapat matrik dan aku tolak sebab takut) Nampak tak betapa teruknya aku. Takut. Haha. Apa-apa pun mesti korang tertanya, aku menyesal ke ikut jalan diploma ni? Ada rasa nak undurkan masa balik ke?
Ikhlas kata, pernah laa sekali sekala terdetik dalam hati tu menyesal. Dan aku yakin, kawan-kawan aku masa diploma dulu yang pernah dapat matrik, lepas tu dia tolak pun ada perasaan yang sama. Terutama bila dah masuk Sem 4, tengok kawan yang matrik dah mula degree. Gila tak jeles. Tapi apa-apa pun kalau secara umumnya, aku tak menyesal sangat ikut jalan diploma ni.
Jadi apa sebenarnya Diploma Sains UPSI ni? Entah aku pun tak reti nak hurai semua. Hahaha.. (course sendiri pun tak reti nak explain). Tapi apa yang aku boleh kata, lebih kurang matrik & stpm sains jugak, cuma bezanya konsep universiti dan lama sikit dari matrik dengan stpm. Tapi aku pernah tengok silibus stpm, aku rasa stpm lagi banyak belajar. Lagi pening (dan aku pelik kenapa ada orang kutuk budak stpm).
Aku kira batch yang pertama untuk course Diploma Sains yang dua tahun ni. Sebelum ni, senior-senior amik tiga tahun. Dan course ni mula dibuka tahun 2011. Jadi masa aku masuk tu, batch pertama pun belum habis belajar pun lagi. Maka, biasalah.. bila course baru bukak ni, macam-macam masalah yang ada. Terutamanya untuk kitorang yang batch pertama dua tahun.
Ok aku cerita laa sikit pengalaman aku sepanjang belajar Diploma Sains kat UPSI ni. Masa mula-mula masuk Sem 1. Relax je. Tak ada rasa tekanan belajar tu sangat. Sebab kebanyakan benda dah belajar masa SPM dulu. Kau sekadar refresh balik. Lepas tu kau banyak amik subjek universiti macam TITAS, Kenegaraan, Bahasa Melayu semua. Jadi pada yang baru nak masuk tu, sem 1 ni laa masa nak dapatkan pointer paling terbaik. Masa majlis dekan, budak dekan untuk sem 1 paling ramai. Sem lain? Hahaha...
Naik semester 2. Tekanan pertama mula melanda dengan subjek Kimia Asas II dan Calculus terutamanya. Aku yakin siapa pernah amik subjek ni akan faham betapa peningnya kepala kau nak belajar subjek ni. Diikuti dengan beberapa subjek lain. Assignment mula bertimbun dengan subjek sains punya assignment. Jadi agak tekanan di situ. Aku sendiri secara peribadi banyak benda jadi kat aku masa semester 2 ni. Sampai rasa down bagai. Haha.. padahal baru sem 2 kot. Dah rasa down. Pelik je.
Habis semester 2 kita pergi ke semester 3. Untuk ambilan Jun, semester 3 ialah short sem. Di mana kau akan belajar selama 7 minggu (biasa 14 minggu). Jadi subjek tak banyak ada tiga je. Satu subjek enam jam kredit. Maksudnya, sekali kau belajar straight tiga jam. Mak aihh tiga jam? Ya tiga jam straight kau dengar lecturer membebel kat depan tu. Tapi jangan risau, pensyarah pun penat, selalunya 2 jam 15 minit atau 2 jam setengah kau dah habis dah. Tapi memang kena belajar cepat. Seminggu kadang tiga empat bab dapat habiskan. Lepas tu final exam dan cuti beberapa hari (macam time aku 4 hari je) untuk ke semester 4.
Ok, sem 4. Siapa batch aku tau laa betapa merananya. Sebab kitorang amik tiga subjek je untuk sem 3, maka banyak subjek ditarik ke sem 4. Lapan subjek untuk sem 4 ni. 8 subjek. Enam subjek sains. Enam lab. Satu subjek universiti (Hubungan Etnik) dan kokurikulum (masa zaman aku olahraga... sekarang kembara alam rasanya). Memang jadual kau akan pack gila. Tiap minggu akan kelam kabut nak siapkan lab report. Hujung minggu kadang ada dua tiga test, kuiz online dsb. Jadi ketabahan tu perlu. Nak merungut? Pastikan kau bukan merungut dengan budak satu course dengan kau. Pergi cari budak degree atau budak senior sebab kawan-kawan kau pun dilanda masalah yang sama.. haha... Tapi pada aku, memang seronok jugak laa.. kita dapat stress sama-sama. Pening sama-sama. Keluar coursework rasa macam... WHAT!! sikitnya markah coursework aku. Dan masa tu kau berdoa banyak-banyak agar kau lulus semua subjek sem tu. Antara subjek yang paling stress sem 4 tu, Organic Chemistry, Wave & Optic dan Electric and Magnetism. Kejap, Biotech, Biochem dengan Physical Chem pun stress jugak. Ok, semua subjek susah dan stress... haha.
Habis semester 4 yang penuh kenangan pahit dan sikit manis, kita naik semester 5 dengan kita nampak ada rakan-rakan kita yang kecundang beberapa paper masa semester 4. Tak kisah, diorang boleh bawak subjek untuk semester 5 dan boleh repeat kemudian. Sem 5 biasa je. Sebelum naik sem tu kau kena ada pilih subjek. Sekarang aku rasa kau kena pilih masa semester 4 lagi. Apa-apa pun masa aku, kitorang ada dua pilihan untuk subjek Kimia, Biologi dan Fizik. Kimia, sama ada kau pilih Analytical (zaman aku itu.. junior lain tajuk dia pulak) dan Technique in Chemistry Lab. Untuk Fizik, Non-Destructive Testing atau Technique Lab Physic dan Biologi, Technique Lab Biochem atau Lab biotech. Aku Kimia dengan Fizik aku tak pilih lab sebab aku tak minat lab. Bio pulak sebab dua-dua lab aku pilih Biochem. Tapi sebenarnya tajuk lab la senang. Mudah nak score. Tapi sebab aku tak minat dan takut nanti aku bosan dan main-main.. ecehh.. sebenarnya tak sempat masa add subjek tu. Ya, korang akan berebut-rebut pilih subjek lab.
Sem 6, kau praktikal (aku sebenarnya dah malas nak tulis. tapi aku nak tulis jugak.. jadi ayat dah lintang pukang). Aku praktikal kat Zoo Negara. Best tak? Ok je pada aku. Lepas tu kau kena buat report itu ini daannnn.. tadaa habis sudah pengajian diploma kau.
Hahaha.. aku rasa kalau ada batch aku baca ni mesti diorang pelik. Eh tu je? Mana kes praktikal kena tangguh? Mana kes graduan diploma takde topi masa konvo? Mana kes perpindahan kolej perempuan? Mana... mana... mana... mana oh mana... Ya, aku tak nafikan memang sepanjang aku amik diploma ni banyak isu dan kekurangan daripada pihak UPSI. Tapi pada aku, lumrah untuk setiap universiti ada cacat celanya sikit. Lebih-lebih lagi untuk course aku yang baru je bukak dan untuk batch aku yang merupakan batch pertama dua tahun. Ditambah lagi batch aku antara yang teramai (paling ramai aku rasa). 250 orang. 10 Group Kelas. Punya ramai wei.
Cuma kepada yang baru nak amik tu. Mesti tertanya-tanya. Bagus ke program diploma ni? Ok ke? Pada aku ok je. Lagipun sekarang aku dengar boleh pilih nak ambil subjek apa. Masa aku tak boleh. Apa yang diberi kena ambil jugak melainkan elektif tu je. Jadi sekarang bila boleh pilih, boleh plan untuk semester 4 supaya tak stress sangat. Maklumlah masa aku, program aku ni kira masih baru jugak. Ditambah dengan batch aku yang pertama program dua tahun. Agak kelam kabut sikitlah. Tapi sekarang rasanya dah elok dah pengurusannya. Tengok junior tak ada sangat yang merungut.
Tapi kalau kau nak ada degree, kalau korang diberi pilihan antara diploma dengan matrik, aku rasa baik matrik je. Sebab tempohnya satu tahun, lepas tu kau boleh terus degree. Tapi macam sesetengah orang kata, sijil matrik ni tak berapa nak laku buat kerja. Jadi contoh kalau kau sambung matrik, lepas tu masa ijazah sesuatu terjadi, kau terpaksa mula dari bawah semula. Kalau ada diploma sekurangnya bolehlah guna untuk kerja. Cuma kurangnya diploma ni lama la sikit. Ada tiga tahun, ada yang dua tahun setengah.
Tapi kalau kau tanya aku laa.. aku rasa bersyukur jugak aku masuk diploma ni. Sebab aku jumpa ramai kawan-kawan yang dari latar belakang yang berbeza. (tu kat matrik pun boleh jumpa). Lepas tu, aku jumpa member yang pernah kecundang masa stpm ataupun matrik. Tapi diorang tak berputus asa untuk kejar cita-cita diorang dalam sains. Mungkin bila aku masuk matrik, sekarang aku dah degree. Tapi aku tak akan faham ada sorang kawan aku tengah struggle mohon degree sama dengan aku. Dia stpm. Mohon upu tak dapat. Entah, ada hikmah di sebalik semua ni. Dan aku semakin nampak hikmah aku masuk diploma ni. Tapi kalau ada yang tanya aku, matrik atau diploma? Aku akan kata matrik. Sebab masa depan orang lain berbeza-beza. Dan kita kena jugak berpaksikan pada realiti yang sebenar. Tak boleh ikut pengalaman kita je. Ok apa aku merepek ni? Tak faham.. Ok babai.. tata.. Assalamualaikum.