Ahad, 12 Julai 2015

INIKAH YANG DIPANGGIL UKHWAH?

Jujur aku cakap, aku tak sangka benda ni jadi kat aku.
ermmm... macam mana nak mula eh.
Ok, aku ni mahasiswa kat satu universiti ni (sekarang tengah praktikal final sem). Jadi biasalaa, hidup dekat U ni kita ada ramai kawan baik yang kita sayang, yang ada di kala kita susah dan senang bla..bla.. Cuma masa aku sem 3, aku mula berjinak-jinak ke masjid (dulu gi masjid solat jumaat je). Malas nak cerita panjang, tapi alhamdulillah sampai sem akhir aku kat upsi, masjid tu dah macam rumah kedua aku kat U lepas rumah kolej tu la. Jadi aku ada laa kenal beberapa orang kat masjid ni. Nak kata rapat tak jugak walaupun ada yang tinggal depan rumah aku je pun. Tapi kalau jumpa tu tegur-tegur laa jugak. Senyum, bagi salam dan sebagainya. Lepas tu, diorang ni merupakan jemaah tabligh. Kira baru lagi jugak laa diorang join tapi serius aku cakap, diorang memang awesome.

Sebab apa?

Sebab kalau nak ikutkan, separuh dari diorang ni dulu macam aku jugak. Nak ke masjid tu memang solat jumaat je la. Dan masa aku mula-mula nak berubah diorang pun baru nak berubah jugak. Tapi semenjak diorang join tabligh ni diorang memang insan luar biasa laa senang cerita. Sampai yang memang dah baik dari dulu pun kagum tengok diorang ni. Kadang-kadang diorang ada laa jugak ajak aku ikut diorang keluar. Sehari pun jadi laa katanya. Tapi aku tak bagi jawapan. Bukan tak nak, cuma macam segan. Diorang gempak dan siapa laa aku. (hasutan syaitan... ermm)

Kalau lepas sembahyang subuh tu, diorang ada buat macam tazkirah la. Tapi simple je. Sorang baca kitab hadis yang ada huraian, yang lain dengar. Kadang ramai je yang tertidur. Termasuk aku. Awal-awal tu fokus, lepas tu hanyut. Huhu. Tapi bagi aku, kira ok laa, dari tak join langsung. Mula-mula aku pun malas nak join benda macam ni. Balik rumah sambung tidur kejap sebelum kelas lagi best. Tapi dah diorang ajak, ikutkan aje la. Dan sampai benda tu jadi rutin harian aku laa jugak walaupun kadang-kadang aku tak dengar.

Sekarang, aku dah takde merasa semua benda ni. Semenjak aku tinggalkan kampus U aku untuk praktikal. Subuh jemaah aku pun entah ke mana. Dan aku mula merasakan satu kekosongan dalam hati aku. Mula-mula rasa pelik jugak laa, kenapa hati ni macam ada rindu kat sesuatu atau seseorang. Nak kata rindu kat member U yang rapat, selalu je contact. Last-last sedar rupanya aku rindu kat sahabat aku yang selalu aku jumpa kat masjid. Yang selalu ajak aku sembahyang jemaah. Yang selalu ajak aku stay lepas subuh dengar tazkirah. Mungkin inilah yang dinamakan ukhwah. Entah aku tak tau.

Tapi ada sekali tu aku mesej salah seorang dari diorang, pastu aku rasa ok sikit. Dapat secebis nasihat dari diorang.
Ingat lagi ayat dia bila aku merungut dah lama aku tak subuh jemaah. "Doakan Allah terima kita ke masjid untuk Subuh.." ringkas dan padat. Selama ni aku ingat aku dapat bangun pergi subuh berjemaah sebab aku rajin ke apa. Tapi atas keizinan Allah jugak.
Serius aku cakap, aku rindukan diorang. Walaupun tak rapat. Tak pernah keluar sama-sama. Tak pernah kongsi masalah. Tak pernah lepak kat mana-mana. Tapi aku tetap rindukan segala nasihat, ajakan, teguran yang diorang pernah bagi walaupun sikit.
......
Sahabat,
aku rindukan kalian,
semoga kalian tabah,
dalam perjuangan dakwah kalian,
aku di sini sentiasa mendoakanmu,
walupun tidak begitu membantu... :'(



Sekian
-Adib-

Jumaat, 3 Julai 2015

LGBT? -c/p from TARBIAH SENTAP-

CARA MENCEGAH GOLONGAN LGBT(GAY LESBIAN BISEXUAL TRANSEXUAL).
Tahukah anda?

1. Tahukah anda, sekarang di Malaysia, ada beberapa buah sekolah menengah(banyak juga) yang mana PELAJAR di dalamnya telah menubuhkan kumpulan underground, yang mana kumpulan itu mengumpulkan mereka-mereka yang Gay dan Lesbian, dan mereka melakukan projek terkutuk mereka di malam hari tanpa pengetahuan pihak sekolah? Mereka buat perkara ini beramai-ramai, pergi dorm ke dorm, dan melakukan perkara terlaknat itu.

2. Tahukan anda, sekarang di Malaysia, ada beberapa buah Universiti yang mana segelintir MAHASISWA/WI di dalamnya menubuhkan kelab Gay dan Lesbian underground, dan melakukan perbuatan terkutuk mereka bersama-sama tanpa pengetahuan pihak atasan university?

3. Tahukah anda, sekarang di Malaysia, ramai sangat anak muda yang terjebak dengan video lucah/pornografi, dan antara yang di lihat oleh mereka ialah video adegan lucah lesbian dan gay? Bahkan ada yang tengok beramai-ramai di makmal computer sekolah, rumah sewa dan sebagainya?

4. Tahukan anda, sekarang di Malaysia ada beberapa NGO dan pertubuhan bukan kerajaan yang sedang memperjuangkan LGBT, yang mana mereka telah melobi PBB untuk mendesak kerajaan Malaysia agar mengiktiraf dan membenarkan perbuatan Lesbian Gay Bisexual Transexual di Malaysia atas nama hak kebebasan?

Antara pertubuhan COMANGO, yang mana di dalamnya ada Sister In Islam(SIS), IRF, Suhakam, Suaram, Bersih, Ambiga dan sekutu-sekutunya yang lain. Tahukah anda, mereka bertungkus lumus nak menukar Status Malaysia sebagai NEGARA ISLAM kepada NEGARA SEKULAR, supaya dengan ini, akan bergerak bebaslah puak-puak liberal, dan maksiat-maksiat yang berleluasa atas nama kebebasan, hak asasi manusia dan rahmat.

Baru-baru ni, hangat di perkatakan tentang isu Amerika mengiktiraf golongan LGBT, yang mana, golongan gay lesbian bagai ni rasa gembira seolah-olah satu perayaan besar untuk mereka.

Jika dahulu, mereka lakukan maksiat terlaknat itu secara sembunyi-sembunyi, namun sekarang mereka dah boleh buat secara terang-terangan, besar-besaran dan bangga.

NAMUN, yang menjadi masalah besarnya, ada sesetengah golongan muslim di malaysia hatta yang ikut tarbiah sekalipun, seolah-olah MENYOKONG golongan LGBT tu dan backup mereka atas nama hak asasi manusia dan yang sama waktu dengannya. Apakah ini semua?


Saya nak ulas sedikit tentang bagaimana nak tangani isu ini di malaysia:


1) Jika perbuatan gay lesbian semua tu di lakukan dengan sembunyi-sembunyi dan perasaan bersalah.

Ada golongan yg sebenarnya baik, tapi Allah uji dia dgn perasaan suka dgn sesama jantina. Mereka usaha nak lawan benda tu. Cuma mereka sering tewas dengan nafsu.
Kami dalam Tarbiah Sentap dah dapat PULUHAN soalan dari followers, yang mana mereka luahkan yang mereka gay, lesbian bahkan ada yang dah terlanjur. Tapi mereka NAK BERUBAH, rasa bersalah dan rasa berdosa dengan perbuatan mereka.
MAKA, untuk golongan yang sebegini, kita bimbing mereka dengan lembut, bagi mereka semangat, tunjukkan mereka jalan keluar, dorangkan untuk mereka langkah-langkah untuk bebas, dan sentiasa doakan mereka.


2) Jika perbuatan gay dan lesbian dan lesbian tu di lakukan secara terang-terangan, bangga, dan tak rasa bersalah.

Untuk golongan sebegini, kita perlu TEGAS dan ambil tindakan pada mereka. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka, jika perlu tangkap, tangkap, bahkan, dalam perundangan islam juga ada tindakan yang perlu di lakukan buat mereka-mereka yang adakan hubungan sejenis seperti liwat dan sebagainya.

Jika ada parti seks bebas seperti “seksualiti merdeka”, parti transgender, pertandingan ratu pondan, dan yang sama waktu dengannya, harap sangat semua pihak dari sekecil-kecil pihak iaitu insitusi keluarga, kawasan perumahan, jiran-jiran, masyarakat setempat, negeri, sehinggalah kepada menteri-menteri, Perdana menteri, menteri besar, adun-adun, ahli parlimen, NGO-NGO, harakah islam dan sebagainya, bersama-samalah mencegah perbuatan ini!


Para pendakwah dan penceramah juga perlu turun jumpa masyarakat untuk bagitahu betapa bahayanya perbuatan LGBT ini.

- Kemurkaan Allah dan azab bakal menimpa. Andai bukan di dunia, di akhirat kelak.
- Melanggar fitrah.
- Mengundang penyakit.
- Rosak akhlak dan gejala sosial bertambah.

Dan banyak lagi.

Manakala, andai mereka di tangkap dan sudah di kenakan tindakan, pihak berwajib juga perlu memberi pengisian rohani pada mereka. Saya juga pernah di jemput untuk memberi pengisian/ceramah di penjara tahun lepas.

Para pendakwah tak boleh tunjukkan sokongan buat para lgbt. Lagi mereka di sokong akibat perbuatan terang-terangan mereka, lagi mereka bangga dan rasa di support oleh "golongan agama" ni.

Hatta nabi Lut bertungkus lumus berdakwah pada umatnya yang songsang, nabi Lut cegah, memberi penerangan, memberi ancaman, memberi peringatan, tapi baginda masih di tentang.


Tapi adakah nabi Lut menyokong mereka?? Tidak.



***


Secara kesimpulan:


1) Ada beza nak cegah orang yang buat maksiat secara sembunyi dan rasa bersalah, dengan golongan yang buat maksiat secara terang-terangan dan bangga dengannya.


2) Hari ni, bila kita menegur dan mencegah golongan LGBT ni, ada puak-puak yang kononnya baik nak backup golongan LGBT ni, depa kata:


"Janganlah hina mereka. Mereka pun ada hak nak amalkan apa yang mereka suka".
Kalau perasan, sebijik skrip mereka dengan Abu Jahal serta kaum musyrikin mekah. Bila nabi dakwah mereka, mereka jawab:

"Muhammad menghina tuhan-tuhan kami! Muhammad menghina agama nenek moyang kami!!"
Adakah nabi menghina mereka? Tidak. Tapi, nabi sebenarnya nak mengeluarkan mereka dari kehinaan.

Samalah dalam situasi ini.

Kami tidak menghina golongan gay lesbian pondan dan sebagainya. Tapi, kami menghina PERBUATAN tersebut. Kami ingin menyelamatkan kalian dari kehinaan perbuatan tersebut.

Kerana Allah dan rasul sendiri melaknat perbuatan tersebut. Bila Allah dan rasul hina seseorang, maka Allah akan campakkan dalam hati orang yang beriman untuk merasakan perbuatan mereka itu hina.

Kerana itulah kita perlu selamatkan manusia agar keluar dari kehinaan ini.



3) Janganlah MENYOKONG pertubuhan dan NGO yang menyokong LGBT ini.

Kerana, menyokong dan bekerjesama dengan mereka sebenarnya seolah-olah kita REDHA dengan perbuatan itu. Itu bukan caranya nak dakwah. Nabi dan Rasul dan tunjuk dah cara berdakwah. Bacalah kitab-kitab Fiqh dakwah, Fiqh Nahi Mungkar, Fiqh Sirah, Fiqh Siyasah Syariyyah dan sebagainya. Lagi kita bersama mereka, lagi mereka bangga dengan apa yang mereka buat.

Saya secara jujurnya, hari ni rasa sebak, muram dan pilu. Kerana, tak sangka ada juga golongan yang islamik, tetapi masih lagi backup perbuatan LGBT, menyokong mereka, menghormati hak mereka, tidak mengatakan perbuatan mereka itu salah, bahkan terus menerus menyalahkan golongan yang berusaha untuk menyelematkan malaysia dari perbuatan terkutuk ini.

Wahai mereka-mereka yang di uji dengan Gay Lesbian, Pondan dan Pengkid sekalian…
Saya merayu, saya menyeru, saya melutut.

Kembalilah pada ALLAH.

Allah sayang kalian. Sebab tu Allah bagi kalian hidup lagi, agar kalian dapat bertaubat.

Usahalah untuk berubah, lawan nafsu, bergaul dengan orang soleh, doa nangis-nangis pada Allah. Allah pasti akan bantu.

Allah pasti akan bantu hambanya yang mahu KEMBALI. Pasti.





Ikhlas,
Team Tarbiah Sentap