Dah lama tak update blog aku ni kan.
Kali ni aku rasa nak cerita mengenai pengaruh 'alien' di Malaysia terutama dalam kalangan remaja kita sekarang ni. Ok bunyinya macam pelik. Alien? Wujud ke? [bajet nak pakai ayat kiasan laa]
Sebenarnya aku nak sentuh pasal isu bahasa adik-adik (ermmm... adik laa sangat) remaja kita dalam bermesej dengan kawan atau 'kekasih'. Rasanya dah ramai yang tahu pasal benda ni. Yalah, dah berlambak kita tengok kat media sosial sekarang ni. Benda ni bukanlah baru jadi sekarang, sebenarnya benda ni ada laa jugak jadi masa sekolah dulu. Zaman tu (alaa zaman fon nokia daun bagai tu) kira zaman SMS laa (tak tau laa budak-budak zaman sekarang pakai SMS lagi ke tak). Dan ramai orang-orang dewasa timbulkan isu kenapa kita guna ejaan singkatan. Contohnya, aku jadi 'ak' atau 'aq', macam jadi 'mcm' dan banyak lagi laa. Tapi kita dengan bijaksana menjawab sebab ada had perkataan nanti kena bayar kredit lebih kalau lebih had perkataan. Kan?
Tapi masalahnya sekarang budak-budak zaman kita tak pakai bahasa singkatan. Diorang pakai bahasa 'alien'. Kenapa? Meh sini aku bagi contoh,
'berz lgu nyh. sweet sngad... yunx kutok lgu nyh mcm lor suare dea sdap sngad..." atau yang lagi hebat huruf besar dengan kecik pun dah bercampur aduk, contoh; 'sHaYuNx AwUcKs teTqt-teTqt! muqchx!..' Bukanlaa aku nak tegur tatabahasa mahupun ejaan, sebab kita yang dewasa (dewasa laa sangat) ni pun kadang-kadang guna bahasa singkatan masa mesej whatsapp (padahal takde limit perkataan pun. sebab nak cepat dan terbiasa kan...).
Jadi dari mana datangnya pengaruh guna ayat-ayat macam ni? Kenapa zaman aku sekolah tak ada dengar sangat pasal benda ni (tak tau laa dah lama jadi cuma aku je yang ketinggalan zaman tak tau). Dan betul ke cuma budak sekolah je? Ermmm... sebab aku pernah je terbaca kat satu atau mungkin lebih confession satu universiti ni (tak nak bagitau universiti yang mana...) dan budak yang confess tu pakai ayat yang macam ni la. Bahasa alien. Jadi betul ke budak sekolah je yang guna ayat macam ni? Tak semua sebenarnya, sebahagian je. Apa alasan diorang? Nampak cool katanya..
Tapi sebenarnya.. salah ke diorang mesej atau post guna ayat macam ni? Sebahagian kata salah, sebahagian lagi kata tak apa laa, budak-budak lagi. nanti dah besar diorang tinggalkanlaa~
Pada aku, memang salah. Tak cukup ke masalah bahasa kita dengan kita yang guna bahasa rojak nak berhadapan pula dengan mereka yang guna bahasa 'alien' ni? Sebab diorang budak-budak lagi laa kita kena tegur diorang guna bahasa dan ejaan yang betul. Aku sebenarnya tak faham, terutama yang guna ejaan yang kejap ada tulisan kecik kejap ada tulisan besar. Tak keliru ke tekan 'shift' sambil type? (mungkin inilah kehebatan budak-budak zaman sekarang... bangga sikit) Dan yang membaca? Tak pening ke?? Yalah "Practice makes perfect".
Tapi pada yang kata tak apa tu ada betulnya. Cuma kita tak boleh nak jamin diorang yakni 'budak-budak' (budak laa sangat) tu takkan berhenti guna ayat yang macam tu bila besar. Kalau dah kebanyakan kawan-kawan diorang guna bahasa 'alien' ni sampai besar sampai dah ada anak macam mana? Kalau mak ayah dah guna bahasa macam tu masa mesej, apatah lagi anak-anaknya? Tapi yalah, bukannya semua remaja yang tulis ayat macam tu. Sebahagian je kan. Tapi sebahagian tu kita kena ambil kisah juga.
Ada kebaikan ke guna bahasa 'alien' ni? Ok, jujur aku cakap walaupun aku membangkang memang ada kebaikannya juga terutama untuk kita-kita yang muda remaja ni (aku 19 lagi okeyy... remaja la tu)
- Mak ayah kalau buka mesej kita diorang tak faham apa yang kita mesej walaupun dalam tu kita ada guna bahasa kesat atau gurauan lucah.. hehehe.
- Kalau kita aplikasikan benda ni dalam bidang ketenteraan ke atau pertahanan, Amerika nak tau rahsia pertahanan kita pun susah sebab bahasa ni kita sendiri pun kadang-kadang susah nak faham apatah lagi orang luar kan? Nak letak kat google translate pun dia pening (jangan percaya google translate sangat..)
Jadi apa tindakan kita?
- Guna serangan psikologi. Contohnya kalau ada kawan/keluarga kita post atau mesej guna ayat macam ni kita komen/balas, 'Awek kau alien eh?' (kalau lelaki) kalau perempuan 'Aku tak tau pulak pak we kau ni alien'.
- Kalau kita ternampak kawan kita mesej kat kawan dia guna ayat macam ni kita tegurlah, cakap "Tak sangka kau ada kawan dari planet lain. Dia dari planet mana?" atau kalau dia mesej kat family dia cakap je laa, "Abang kau study kat pluto ke?"
- Kalau nampak orang komen kat page mana-mana guna cara biasa, reply je 'alien detected' (klise sangat weii)
Apa-apa pun semua bergantung pada individu tu sendiri. Terpulang pada kita. Apa-apa pun, nasihat aku, tak perlulah nak guna bahasa 'alien' ni. Kalau setakat nak post kat fb guna je la ejaan yang mudah dibaca. Tak nampak cool pun sebenarnya.
Ok dah bye.. malas nak tulis panjang-panjang, btw, Mastika keluaran April 2015 (bulan ni) ada cerita pasal benda ni..
ps: bila jadi tak produktif, kerjanya makan tido makan tido tengok movie... alahai~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan